Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.pis.té.mo.lo.gi] | ايڤيستيمولوݢي

Definisi : (épistémologi) teori tentang pengetahuan, terutamanya yg berkaitan dgn kajian kritis tentang kesahihan, kaedah, dan skop sesuatu pengetahuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata epistemologi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin bertanya apakah makna bagi perkataan "contrasting epistemological" saya telah rujuk kamus tetapi tidak ditemuai.Perkataan  epistemologi bermaksud teori tentang pengetahuan, terutamanya yang berkaitan dengan kajian kritis tentang kesahihan, kaedah, dan skop sesuatu pengetahuan.  Padanan bahasa Melayu bagi istilah contrasting epistemological  ialah epistemologi bertentangan.  Istilah02.05.2008
Apakah yang dimaksudkan dengan burung pegar dalam padi?Tidak ada maklumat terperinci berkaitan burung pegar dalam sumber rujukan kami. Jika yang dimaksudkan ialah pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi”  (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya, belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya, mahupun kajian epistemologi peribahasa tersebut. Wallahua’lam.Makna06.01.2012
Salam Mohon penjelasan peribahasa mana yang betul: (1): Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi, atau Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi? (2): Melepaskan Batuk Ditangga, atau Melepaskan Batok Ditangga? Terima kasih. Salam..Buku peribahasa mengekalkan ungkapan "Harpkan pagar, pagar makan padi" dan "Melepaskan batuk di tangg". Pendapat yang mengatakan peribahasa yang betul ialah "Harapkan pegar, pegar makan padi" dan "Melepaskan batok di tangga", namun belum dapat dipastikan kesahihannya. Sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya, mahupun kajian epistemologi peribahasa tersebut. Wallahua’lam.Tatabahasa26.02.2012

Kembali ke atas