yang mana betul: dalam era, atau pada era | Frasa yang betul ialah "pada era". | Tatabahasa | 21.06.2012 |
Tuan, Frasa dan ejaan berikut adalah betul atau tidak: 1) Dalam era pascakemerdekaan, ATAU 2) Dalam era pasca kemerdekaan, ATAU 3) Dalam era pascamerdeka, Terima kasih. | Frasa yang betul ialah 1. Dalam era pascakemerdekaan dan 3. Dalam era pascamerdeka | | | | Tatabahasa | 22.01.2019 |
Era globalisasi dan kemajuan teknologi maklumat dikatakan mampu mempercepatkan usaha memperkasakan dan memasyarakatkan bahasa melayu. Sejauh manakah anda bersetuju dengan keyataan ini? | Soalan saudara/ saudari tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 01.08.2010 |
Soalan ini pernah diajukan tetapi pihak tuan tidak menjawabnya. Soalannya ialah, yang mana satu betul: pada era ini atau dalam era ini? | Semua soalan yang ada dalam domain Khidmat Nasihat DBP telah kami jawab. Berkemungkinan ada masalah teknikal yang berlaku berkaitan soalan saudara. Untuk makluman tuan, ungkapan yang betul ialah "pada era ini". | Tatabahasa | 18.06.2012 |
Pembetulan tatabahasa dan struktur ayat: 1.Pada era kamera menggunakan film, jurufoto-jurufoto membeli berbagai-bagai jenis penapis cahaya ketika menghasikan karya mereka, namun pada era digital kebanyakan penapis tersebut telah disediakan dalam kamera ataupun boleh digunakan daripada perisian komputer bagi tujuan suntingan gambar. 2. Apabila mereka berada dalam talian, tidak ada had kepada perkara yang boleh dilakukan oleh para pelajar dengan sejumlah besar maklumat yang boleh didapati oleh mereka malah lebih daripada itu, cara mereka berkejasama dan belajar antara satu sama lain. | 1.Pada era kamera menggunakan filem, jurufoto-jurufoto membeli berbagai-bagai jenis penapis cahaya ketika menghasikan karya. Namun pada era digital, kebanyakan penapis tersebut telah disediakan di dalam kamera ataupun boleh digunakan daripada perisian komputer bagi tujuan suntingan gambar. 2. Apabila berada dalam talian, tiada had kepada perkara yang boleh dilakukan oleh para pelajar kerana maklumat yang banyak dan mereka boleh bekerjasama dan belajar antara satu dengan yang lain. | Tatabahasa | 11.12.2013 |
Pengesahan Bahasa 1. Perubahan Era Dunia Teknologi IT Hijau 2. Pencipta Pusat Data Hijau Pertama di Asia | Jawapan 1. Perubahan Era Dunia Teknologi IT Hijau 2. Pencipta Pusat Data Hijau Pertama di Asia | Tatabahasa | 03.07.2013 |
Mohon unruk rujukan dan Pembetulan "USAHAWAN PUTATAN SEPAKAT KE ERA KEMAJUAN, BERKHIDMAH TINGGI DAN BERMOTIVASI" | USAHAWAN PUTATAN SEPAKAT KE ERA KEMAJUAN, BERHEMAH TINGGI DAN BERMOTIVASI | Lain-lain | 18.03.2019 |
cabaran bahasa melayu dan cara-cara mempertahankan nilai ekonominya dalam era globalisasi | Cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu dalam era globalisasi amat besar. Penguasaan bahasa asing dalam teknologi maklumat amat meluas dalam penyebaran maklumat dalam pelbagai bidang. Penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat perlu dipertingkatkan bagi meyaingi cabaran daripada bahasa asing. Rujuk rencana berkenaan perkara ini dalam arkib dan perpustakaan. | Lain-lain | 12.03.2007 |
Tuan, Ayat di bawah adalah gramatis atau tidak: 1. Pada era langit terbuka ini, Internet berperanan besar dalam kehdupan kita. (penggunaan " Pada era langit terbuka ini" adalah benar?) terima kasih. | Penggunaan perkataan "pada" dalam ayat tersebut adalah betul. Salah satu definisi "pada": kata sendi nama yang digunakan untuk menunjukkan waktu atau untuk menunjukkan kata nama abstrak dalam pembentukan frasa atau ayat, contoh: pada masa ini | Tatabahasa | 02.08.2018 |
Salam sejahtera! 1. Pada/Dalam era globalisasi, pengambilan makanan segera telah menjadi suatu kebiasaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Dalam ayat ini, penggunaan pada/dalam yang sesuai? Bagaimana pula dengan pada/dalam zaman moden? Terima kasih! | 1. Pada era globalisasi, pengambilan makanan segera telah menjadi suatu kebiasaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan frasa sendi nama yang menunjukkan keterangan waktu. | Tatabahasa | 17.07.2012 |