Abang memeluk adik semasa sampan yang kami naiki itu terumbang-ambing dilanda ombak. A. erat-erat C. rapat-rapat B. ketat-ketat D. dekat-dekat Munsyi, erat-erat atau rapat-rapat sesuai digunakan? | Abang memeluk adik erat-erat semasa sampan yang kami naiki itu terumbang-ambing dilanda ombak. | Tatabahasa | 16.07.2012 |
Hafizah memegang erat-erat tangan ibunya semasa melintas jalan. atau Hafizah memegang tangan ibunya erat-era semasa melintas jalan semasa melintas jalan Munsyi, yang mana satu ayatkah yang seduai digunakan? TK | Ayat yang kedua. | Tokoh | 09.03.2013 |
Ali memimpin tangan anaknya dengan erat -erat | Ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 26.09.2013 |
adakah ayat ini betul? paip ditutup dengan erat-erat atau paip ditutup dengan ketat-ketat? terima kasih.. | Ayat yang betul ialah paip ditutup dengan dengan ketat. | Tatabahasa | 03.04.2010 |
di dalam surah yasin, terdapat ayat yang mengatakan bahawa Allah akan mengunci/memeterai/atau memateri mulut2 kita dan membiarkan anggota badan lain yang berbicara? Yang mana satu tepat ye? mengunci/memeterai/memateri | Mengunci bermaksud menutup, memeterai bermaksud membubuh meterai pada (sesuatu), atau mengecap. Kata memateri bermaksud menghubungkan atau menyatukan erat-erat. Berdasarkan makna tersebut kata mengunci sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Makna | 25.07.2012 |
Salam... saya ada terbaca soalan yang sama tetapi jawapan yang diberikan berbeza iaitu persoalan "erat" sama ada e dibaca pepet atau taling dalam carian PRPM@DBP Malaysia. soalan pada 12.10.10, jenis soalan ejaan menyatakan e dibaca pepet, kemudian soalan yang hampir sama ditanyakan mengenai erat pada 6.10.11, jenis soalan tatabahasa menyatakan e pada erat adalah taling. pada 3.7.13, jenis soalan tatabahasa yang menyatakan e pada erat adalah pepet mengikut rujukan DBP edisi ke-4. Jadi, yang mana satukah yang paling tepat kerana kesukaran mengeja jawi sama ada alif ya atau alif sahaja.. jika sebutan erat yang ditambah imbuhan menjadi mengeratkan, e masih pepet atau taling? contoh, dia mengeratkan tali persahabatan. jika e dibaca pepet, seolah-olah kata dasar mengeratkan menjadi kerat... saya masih keliru... mohon penjelasan. terima kasih | 1. Apabila perkataan "erat" menerima apitan meN-...-kan, perkataan "mengeratkan" disebut dengan menggunakan e pepet. Pengguna bahasa Melayu seharusnya dapat membezakan perkataan "mengeratkan" yang kata dasar "erat" daripada perkataan "mengeratkan" yang kata dasarnya "kerat". Saudara tidak sepatutnya keliru dengan ungkapan "mengeratkan silaturrahim" kerana kata dasar "mengeratkan" dalam ungkapan ialah "erat", bukan "kerat". Orang selalu menyebut "memutuskan silaturrahim", bukannya "mengeratkan silaturrahim" yang kata dasarnya "kerat". | Tatabahasa | 07.10.2013 |
1) Dalam Kamus Dewan dinyatakan bahawa sebutan 'erat' menggunakan e pepet. Namun, mengapakah komuniti masih menggunakan e taling untuk sebutan erat itu ? Justeru, adakah kita perlu mengikut Kamus Dewan ataupun kebiasaan dalam komuniti? Contoh: Bersukan mampu mempererat hubungan antara satu sama lain. 2) Apakah perbezaan antara 'bersama' dengan 'bersama-sama' ? | 1. Walaupun perkataan ini tidak tergolong dalam homonim (seperti sepak dan sepak), masyarakat wajar menyebutnya seperti dalam pedoman/kamus. 2. Bersama membawa pelbagai maksud, antaranya ialah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. | Tatabahasa | 01.04.2010 |
Salam, Saya masih keliru dengan sebutan perkataan 'Erat' adakah ianya disebut sebagai e taling atau e pepet... apakah hukum penggunaan e taling dan e pepet. Terima Kasih | Huruf e pada kata erat ialah e taling, sebutannya sama seperti kerat, berat dan jerat. | Tatabahasa | 06.10.2011 |
Selamat Pagi, Saya masih keliru dengan sebutan bagi perkataan 'erat'. Adakah ianya disebut sebagai e-taling atau e-pepet. Mohon diberikan jawapan beserta rujukan. Terima Kasih | Sebutan e yang betul bagi perkataan erat ialah e pepet sama seperti perkataan besar dan kelam. Saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Empat dan buku Daftar Kata Bahasa Melayu-Rumi-Sebutan-Jawi. | Tatabahasa | 03.07.2013 |
apakah perkataan bagi penerangan tersebut? ''erat atau karib benar(bersahabat,berkasih-kasihan) terima kasih. | Kami tidak menjawab soalan teka silang kata. | Lain-lain | 17.04.2010 |