Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. mistake, kesilapan, kesalahan: a typing ~, kesilapan menaip; spelling ~s, kesalahan ejaan; 2. state of being wrong, kesilapan: the accident was caused by human ~, kemalangan itu disebabkan oleh kesilapan manusia; ~ of judgement, salah /pertimbangan, perkiraan/; in ~, tersilap: the documents were given to him in ~, dokumen itu tersilap diberikan kepadanya; the ~ of o’s ways, cara-cara hidup sso yg salah: she realized the ~ of her ways and decided to turn over a new leaf, dia sedar akan cara-cara hidupnya yg salah dan membuat keputusan utk mengubahnya. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata error


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Apakah terjemahan bagi perkataan margin of error? Terima kasih Nota: The margin of error is a statistic expressing the amount of random sampling error in the results of a surveyCadangan padanan perkataan bahasa Melayu untuk perkataan "margin of error" ialah margin ralat.  Cadangan padanan perkataan bergantung pada kesesuaian bidang atau konsep.Makna12.11.2022
Apakah terjemahan untuk medical error?Kami mencadangkan "medical error" diterjemahkan sebagai "kecuaian perubatan" atau "kesilapan perubatan". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Penyemakan dan penterjemahan06.11.2021
Saya sering mengalami masalah "runtime error" di laman web ini kebelakangan ini. Sebaik menekan butang "cari"pada PRPM, muncul mesej runtime error. Mohon nasihat untuk mengatasi isu ini. Terima kasih.Aduan tuan kami panjangkan kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP untuk tindakan yang seterusnya. Semoga kesulitan yang dihadapi ini dapat diatasi dengan kadar yang segera.Lain-lain20.04.2015
Saya nak buat aduan. Mengapa selalu juga ada 5xx error dalam website DBP, maksudnya sehingga refresh banyak kali masih sama error yang muncul. Kadang-kadang perkara ni menyukarkan pencarian maklumat di DBP. Harap DBP boleh selesaikan masalah ini secepat mungkin.Salam sejahtera, Terlebih dahulu pihak kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. 2. Sehubungan dengan itu, pihak kami akan mengenalpasti masalah tersebut dan akan mengambil tindakan penambahbaikan dengan kadar yang segera. Atas keprihatinan dan kerjasama daripada pihak saudara kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian.Lain-lain09.11.2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanyakan perterjemahan perkataan dari Bahasa inggeris ke Bahasa melayu yang khusus dalam bidang ekonomi dan ekonometrik. Perkataan-perkataannya ialah: 1. Real Effective Exchange Rate 2. Error Correction Model 3. Vector Error Correction Model 4. General Autoregressive Conditional heteroskedasticity (GARCH) Terima kasih.Terjemahan perkataan tersebut tiada dalam sumber rujukan kami. Cadangan kami:
1. Real Effective Exchange Rate - kadar pertukaran berkesan sebenar
2. Error Correction Model - model pembetulan ralat
3. Vector Error Correction Model - model pembetulan ralat vektor
4. General Autoregressive Conditional heteroskedasticity (GARCH) - heteroskedastisiti bersyarat autoregresif am
Untuk makluman cadangan terjemaha ini dibuat dengan merujuk buku Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan.  
Penyemakan dan penterjemahan15.12.2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya apakah terjemahan terbaik bagi 'omission drug error' dalam bidang perubatan? terima kasihPadanan bahasa Melayu bagi istilah omission error ialah ralat tinggalan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah11.03.2024
Assalamualaikum dan salam sejahtera, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Saya ingin memohon bantuan pihak DBP untuk mengenal pasti padanan kata bagi perkataan berikut: (1) contrastive analysis; (2) error analysis; (3) critical discourse analysis. Sekian, terima kasih.Padanan contrastive analysis ialah analisis bezaan, error analysis ialah analisis kesilapan, walau bagaimanpun tidak ada terjemahan bagi critical discourse analysis dan kami mencadangkan analisis kritikal wacana digunakan jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan21.11.2014
Khidmat bahasa tengah error ke?Selamat Sejahtera. Sistem Khidmat Nasihat Bahasa DBP boleh digunakan seperti biasa oleh pelanggan. Kami dari DBP akan pantau dan mengambil tindakan segera jika ada mengalami masalah sistem. Maaf atas kesulitan.Lain-lain12.04.2024
Engine carian kata mengalami errorAduan tuan kami ambil maklum dan dikemukakan kepada bahagian berkenaan untuk tindakan selanjutnya.Lain-lain15.04.2018
Adakah terjemahan ini tepat? i. Exception Error - ralat pengecualian Terima kasih.Cadangan terjemahan tersebut boleh digunakan.Penyemakan dan penterjemahan10.04.2015
1234

Kembali ke atas