Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata esa-ejaan

Juga ditemukan dalam:


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ingin tahu ejaan betul untuk perkataan "keEsaan" seperti ayat berikut: "beriman terhadap KeEsaan Tuhan.." Huruf "E" ini (rujuk kepada Esa) perlu huruf besar atau kecil? Sekian. tkasihEjaan yang betul ialah keesaan, keesaan berasal daripada kata esa yang merujuk kepada sifat Allah, tidak perlu ditulis dengan huruf besar (seperti kata ganti nama Nya - untuk Allah) kecuali pada awal ayat.Tatabahasa29.11.2010
Salam 6 Ramadan, 1. Apakah bezanya ejaan 'tuhan' dan 'Tuhan'? 2. Dalam Kamus Dewan, ejaan 'Internet' ialah kata nama khas. Yang sebenarnya, kata nama am atau kata nama khas? 3. Apakah bezanya frasa 'segelung dawai' dan 'segulung dawai'? Terima kasih.1. Tuhan khusus kepada Allah Yang Maha Esa, manakala tuhan ialah sesuatu (sseperti dewa dan sebagainya) yang dipuja oleh golongan manusia yang agama atau kepercayaan mereka tidak berasaskan kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa.
2. Internet ialah istilah khusus atau kata nama khas.
3. Segelung dawai dengan segelung dawai sama sahaja maksudnya.
Tatabahasa26.07.2012
Assalamualaikum, Bagi ayat di bawah, adakah ejaan tuhan atau Tuhan yang lebih tepat penggunaannya? Contoh ayat: Dialah yang membentuk rupamu di dalam rahim (ibumu) sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. APAKAH JAWAPANNYA & ALASANNYA? Terima kasih.

Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, ejaan yang betul ialah “Tuhan”.

Tuhan khusus kepada Allah Yang Maha Esa, manakala tuhan ialah sesuatu (seperti dewa dan sebagainya) yang dipuja oleh golongan manusia yang agama atau kepercayaan mereka tidak berasaskan kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa.

Lain-lain24.01.2022
Perkataan Tuhan dalam ayat di bawah ditulis dengan huruf besar atau kecil? Orang Tamil percaya Tuhan wujud dalam semua unsur alam semula jadi.

Perkataan Tuhan khusus kepada Allah Yang Maha Esa perlu dieja huruf besar pada huruf pertama, manakala ejaan tuhan dengan huruf kecil pada huruf pertama ialah sesuatu (seperti dewa dan sebagainya) yang dipuja oleh golongan manusia yang agama atau kepercayaan mereka tidak berasaskan kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa.

Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 2414.


Tatabahasa25.11.2024

Kembali ke atas