Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt menjadikan [sst] bertambah + approp adj: the government ~d the war in the hope of achieving a decisive military victory, kerajaan menjadikan perang bertambah buruk dgn harapan memperoleh kemenangan ketenteraan yg muktamad. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi menjadi bertambah + approp adj; (into st) bertambah + approp adj: the prices of essential commodities have ~d rapidly, harga barang-barang keperluan menjadi bertambah tinggi dgn cepatnya; the conflict has ~d into a full-scale war, persengketaan itu bertambah buruk hingga menjadi perang besar-besaran; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata escalate


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Minta tanya: Apakah istilah padanan Bahasa Malaysia yang tepat bagi "escalate" dan "escalation level" dalam konteks aras layanan bagi sokongan teknikal? Contoh ayat konteks: "if no solution is found, we will escalate the matter to level 2 support" atau "escalation level depends on the severity of the problem."Padanan istilah bahasa Melayu untuk escalate ialah peningkatan dan padanan bahasa Melayu untuk escalation level  ialah tahap peningkatan, perluasan atau penambahan. Penyemakan dan penterjemahan17.08.2017
Salam Sejahtera, Saya ingin memastikan bahawa kini, perkataan "standard" boleh digunakan dalam Bahasa Malaysia? sebagai contoh "escalate" telah digunapakai sebagai "eskalasi". Sekiranya ya, mohon juga jelaskan maksud "standard" Terima Kasih,

Perkataan 'standard' telah diterima dalam bahasa Melayu. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, standard bermaksud, 1. sesuatu yang diterima (diiktiraf) dan dijadikan dasar untuk mengukur (menilai dan sebagainya) sesuatun yang lain (seperti berat, isi padu, nilaian wang, mutu, dll) 2. taraf (kehidupan) 3. sesuatu yang dianggap tetap nilainya sehingga dapat digunakan sebagai ukuran nilai (harga)  4. (bentuk bahasa, ejaan, dan sebagainya) yang betul (selaras) dan diterima oleh semua penuturnya, baku. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat ms. 1523. Padanan istilah bahasa Melayu untuk escalate ialah mencetuskan dan padanan bahasa Melayu untuk escalation ialah peningkatan, perluasan atau penambahan. 

Makna25.01.2011

Kembali ke atas