Salam sejahtera, Adakah "piring sisir lif" sesuai digunakan sebagai terjemahan "escalator combplate"? Jika tidak, sila nyatakan pendapat anda. Mohon pendapat pihak DBP. Terima kasih. | Istilah "escalator comb plate" tiada dalam rujukan kami. Namun begitu, cadangan terjemahan yang sesuai ialah plat sisir eskalator. | Istilah | 22.06.2018 |
Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "machine-room-less escalator"? "eskalator bukan mesin" atau "eskalator tidak bermesin"? Frasa digunakan dalam panduan bidang kejuruteraan. Mohon pendapat serta cadangan pihak DBP. Terima kasih. | Untuk makluman, machine-room-less escalator tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Sungguhpun demkian, kami mencadangkan supaya frasa tersebut diterjemahkan kepada eskalator kurang ruang mesin. | Penyemakan dan penterjemahan | 20.11.2018 |