| memohon pencerahan perkataan term "escape extinction" bahasa inggeris yang digunapakai untuk teknik reinforcement kanak - kanak. Adakah bersesuaian jika saya menggunakan maksud bahasa melayu dari "escape extinction" keypads "melepaskan diri dari kepupusan" | Padanan bahasa Melayu bagi istilah escape extinction ialah penghapusan lepas diri. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 15.11.2022 |
| escape route dalam bahasa melayu crafted coffee dalam bahasa melayu | Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus perkataan tersebut dalam bahasa Melayu. Cadangan bahasa Melayu bagi escape route ialah laluan/jalan keluar dan crafted coffee ialah kopi seni jika bersesuaian dengan konteks. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.04.2019 |
| bolehkah kita menggunakan perkataan siarkaki itu bagi menggantikan perkataan koridor | Saudara, Saudara, Perkataan siar kaki ialah padanan bahasa Melayu bagi istilah 'pavement' dalam bahasa Inggeris yang bermaksud sidewalk, laluan jalan kaki: he jumped onto the ~ to escape the van, dia melompat ke laluan jalan kaki utk mengelak dr dilanggar oleh van itu; 2. paved area, kawasan berturap, turapan: the students sat on the ~ around the monument and started sketching, pelajar-pelajar itu duduk di atas kawasan berturap di sekeliling tugu itu dan mulai melakar; 3. (US) hard surface of road, permukaan jalan yg berturap: the ~ is pitted with holes, permukaan jalan yg berturap itu berlubang-lubang. Sila rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan. Perkataan koridor pula ialah padanan bahasa Melayu bagi istilah 'corridor' dalam bahasa Inggeris yang bermaksud : the ~s of the building, koridor bangunan itu; the Polish C~, Koridor Poland; Sila rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan. Oleh yang demikian berdasarkan kedua-dua makna ada perbezaan makna dan konteks penggunaan kedua-dua perkataan ini. | Istilah | 05.01.2010 |