1.Pada esok pagi,kami bersiap-siap untuk pulang ke rumah. 2.Pada pagi esok,kami bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penggunaan 'esok pagi' atau 'pagi esok' dalam ayat-ayat di atas adalah betul? | Frasa yang gramatis ialah "pagi esok" sama seperti hari esok. Walau bagaimanapun frasa "esok pagi" telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat, khususnya dalam ungkapan lisan. | Tatabahasa | 04.03.2015 |
Esok pagi Melissa akan berangkat ke Australia untuk menyambung pelajaran dalam bidang ekonomi/Ekonomi. | Esok pagi Melissa akan berangkat ke Australia untuk menyambung pelajaran dalam bidang Ekonomi. | Tatabahasa | 29.06.2012 |
Salam 1Bahasa. Esok pagi atau pagi esok dalam konteks ayat. | Frasa yang betul ialah pagi esok sama seperti hari esok. | Tatabahasa | 19.10.2012 |
manakah yang betul penggunaannya: pagi esok atau esok pagi | Frasa yang betul ialah pagi esok sama seperti hari esok. | Tatabahasa | 21.09.2011 |
1)Para peragawan dan peragawati itu akan memperagakan fesyen ciptaan pengubah pakaian yang terkenal di Asia.2)Razak sekeluarga sudah lama meninggalkan kampung halaman dan berhijrah ke tempat lain.3)Gerakan mencari mangsa lemas itu akan diteruskan hingga esok pagi.(TOLONG BETULKAN JIKA ADA SALAH DALAM 3 AYAT TERSEBUT.TERIMA KASIH.) | Para peragawan dan peragawati itu akan memperagakan fesyen ciptaan pengubah (penggubah) pakaian yang terkenal di Asia. Razak sekeluarga (dan keluarganya) sudah lama meninggalkan kampung halaman dan berhijrah ke tempat lain. Gerakan mencari mangsa lemas itu akan diteruskan hingga esok pagi. | Tatabahasa | 12.09.2012 |
Assalamaualaikum Encik, tolong bantu saya untuk memastikan ayat-ayat berikut betul atau perlu dipinda. terima kasih. 1) Izat bersikap seperti ibu dan ayahnya yang selalu membantu penduduk kampung yang hidup dalam kesusahan kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya. 2) Pakaian abang yang kotor di dalam baldi itu akan saya basuh pada pagi esok. 3)Pasukan bola jaring sekolah saya menjadi johan dalam pertandingan bola jaring itu. / Pasukan sekolah saya menjadi johan dalam pertandingan bola jaring itu. 4) Permasalahan sosial dalam / di kalangan remaja dapat diatasi hasil kerjasama daripada semua pihak. 5) Kak Yana kelam kabut mengemas ruang tamu apabila mendapat tahu bahawa/yang kenalan lamanya hendak datang ke rumah. 6) Kehidupan Abang Imran menjadi porak-peranda sejak/setelah diberhentikan kerja pada/sejak tiga bulan yang lepas. 7) Nur diminta mengemaskinikan laporan mesyuarat Persatuan Bahasa Malaysia dengan secepat yang mungkin. 8) Cikgu Badrul menyiapkan/menyediakan/membuat/membina sebuah pentas dengan dibantu oleh beberapa orang pelajar. | Ayat 1, 2 dan 3 adalah betul. Manakala ayat 4 ialah 'Permasalahan sosial dalam kalangan remaja dapat diatasi hasil kerjasama semua pihak. 5. Kak yana kelam kabut mengemas ruang tamu apabila mendapat tahu bahawa kenalan lamanya hendak datang ke rumah. Soalan 6 adalah betul. 7. Nur diminta mengemaskinikan laporan mesyuarat Persatuan Bahasa Malaysia secepat yang mungkin. 8. cikgu Badrul menyiapkan sebuah pentas dengan dibantu oleh beberapa orang pelajar. Harap maklum. | Tatabahasa | 22.07.2008 |
Selamat Pagi,Tuan/Puan. Apakah kesalahan bahasa dalam beberapa ayat yang di bawah? 1.Berbeza keadaannya dengan kita di negara bertuah ini, walaupun merasai nikmat keamanan dan kesejahteraan, namun kita sebenarnya menghadapi serangan musuh Islam. 2.Jika kita tidak mempertahankan cara pemikiran Islam, maka aliran pemikiran yang terpesong mudah mempengaruhi kita. 3.Ia semakin mempengaruhi umat Islam sehinggakan tidak lagi berkesempatan untuk berfikir amal baik apakah yang perlu dipersiapkan untuk hari esok. 4.Justeru, marilah kita bulatkan tekad, beristiqamah melaksanakan perintah Allah dan Rasul, berusaha mempersiapkan bekalan amalan baik dengan ibadah sebanyak-banyaknya di samping ikhlas mengabdikan diri kepada Allah SWT. 5.Setiap kita mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk berjihad mempertahankan kesucian Islam di negara ini. 6.MUSLIM tidak hanya dianjurkan memerhatikan hubungan vertikalnya dengan Allah SWT, sebaliknya perlu menjaga hubungan horizontal dalam konteks hidup bermasyarakat. 7.Keperluan memelihara lidah daripada menyakiti saudaranya juga sangat penting hingga Imam al-Ghazali memperuntukkan satu bab dalam kitabnya, Ihya’ Ulumuddin. | - Berbeza keadaannya dengan kita di negara bertuah ini, walaupun merasai nikmat keamanan dan kesejahteraan, namun kita sebenarnya menghadapi serangan musuh Islam.
- Jika kita tidak mempertahankan cara pemikiran Islam, maka aliran pemikiran yang terpesong mudah mempengaruhi kita.
- Ia semakin mempengaruhi umat Islam sehinggakan tidak lagi berkesempatan untuk berfikir amal baik yang perlu dipersiapkan untuk hari esok.
- Selain itu, marilah kita bulatkan tekad, beristiqamah melaksanakan perintah Allah dan Rasul, berusaha mempersiapkan bekalan amalan baik dengan ibadah sebanyak-banyaknya di samping ikhlas mengabdikan diri kepada Allah SWT.
- Setiap kita mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk berjihad mempertahankan kesucian Islam di negara ini.
- Orang Muslim tidak hanya dianjurkan memerhatikan hubungan vertikalnya dengan Allah SWT, sebaliknya perlu menjaga hubungan horizontal dalam konteks hidup bermasyarakat.
- Keperluan memelihara lidah daripada menyakiti saudaranya juga sangat penting hingga Imam al-Ghazali memperuntukkan satu bab dalam kitabnya, Ihya’ Ulumuddin.
| Tatabahasa | 01.07.2021 |
Slm. Boleh bantu saya untuk periksa ayat-ayat di bawah ini sama ada betul atau tidak? 1. Buku cerita yang baikialah buku yang dapat merangsang pemikiran pembaca menerusi penceritaanya. Inilah matlamat yang kami sasarkan kepada pembaca. 2. Banyak lagi nilai murni yang boleh kamu dapati daripada buku ini. 3. Jiran kita ini pemalas. Sudah pagi pun asihbelum bangun. 4. Bangun burung hantu! Bangun!"jerit anak burung kenari. Namun, burung hantu masih lena. 5. burung hantu haiwan yang aktif pada waktu malam. 6. dia membahagikan tugasnya kepada mereka supaya kerja lebih cepat disiapkan. 7. bagaimanakah saya mampu menyiapkan kerja ini seorang diri? lebih baik saya berehat. esok sahaja sy buat! 8. saya seorang diri tidk akan sempat kumpulkan semua jerami ini. lebih baik saya tidur dan merehatkan diri. | Cadangan jawapannya yang betul adalah seperti yang berikut: - Buku cerita yang baik ialah buku yang dapat merangsang pemikiran pembaca menerusi penceritaannya. Inilah matlamat yang kami sasarkan kepada pembaca.
- Banyak lagi nilai murni yang boleh kamu dapati daripada buku ini.
-
Jiran kita ini pemalas. Sudah pagi pun masih belum bangun. -
Bangun burung hantu! Bangun!"jerit anak burung kenari. Namun, burung hantu masih lena. -
burung hantu haiwan yang aktif pada waktu malam. -
Dia membahagikan tugasnya kepada mereka supaya kerja lebih cepat disiapkan. -
bagaimanakah saya mampu menyiapkan kerja ini seorang diri? lebih baik saya berehat. esok sahaja sy buat! - saya seorang diri tidk akan sempat kumpulkan semua jerami ini. lebih baik saya tidur dan merehatkan diri.
| Penyemakan dan penterjemahan | 06.12.2018 |
Salam sejahtera, saya dah menujukan soalan pada Jumaaat yang lepas, tetapi tiada respond. Nak tanya ayat berikut adakah betul. 1. Kami sudah belajar sampai setengah waktu kelas, dia baru datang. ( "lesson" ialah waktu kelas, macam mana jika "half lesson", boleh guna "setengah waktu kelas"?) 2. Petang masih ada dua buah pertandingan. (penjodoh bilangan untuk pertandingan) 3. Bilakah saya boleh merasa masakan yang awak buatkan? 4. Kami naik ke atas kapal pada pukul 7.30. 5. Dia sangat pandai tetapi tidak berusaha belajar. (atau tidak belajar dengan berusaha?) 6. Dia merancang pergi ke Singapore hari esok. (merancang atau berancang?) Amat terima kasih jawapan anda! | Ayat yang betul ialah: 1. Kami sudah belajar separuh waktu kelas, dia baru datang. / Dia datang semasa kami sudah belajar separuh waktu kelas. 2. Petang ini masih ada dua pertandingan. 3. Bilakah saya boleh merasa masakan awak? 4. Kami menaiki kapal pada pukul 7.30 pagi /malam. 5. Dia sebenarnya sangat pandai tetapi malas belajar. 6. Dia merancang untuk pergi ke Singapura hari esok. | Tatabahasa | 19.06.2019 |
Salam. Maaf,merujuk kepda pertanyaa saya pada 6.12.2018(sperti di bawah) tapi betulkah kesalahan ayat di atas telah disemak dengan betul. Saya rasa seperti orang yang memeriksa ini hanya copy paste sahaja sebab sebelum ini jika telah diperiksa, mereka akan betulkan ejaan atau tanda baca yang salah sekaligus. Mohon pencerahan. Tq Salam sejahtera AZMAZAIRA JAMALUDIN, Jawapan : Cadangan jawapannya yang betul adalah seperti yang berikut: Buku cerita yang baik ialah buku yang dapat merangsang pemikiran pembaca menerusi penceritaannya. Inilah matlamat yang kami sasarkan kepada pembaca. Banyak lagi nilai murni yang boleh kamu dapati daripada buku ini. Jiran kita ini pemalas. Sudah pagi pun masih belum bangun. Bangun burung hantu! Bangun!"jerit anak burung kenari. Namun, burung hantu masih lena. burung hantu haiwan yang aktif pada waktu malam. Dia membahagikan tugasnya kepada mereka supaya kerja lebih cepat disiapkan. bagaimanakah saya mampu menyiapkan kerja ini seorang diri? lebih baik saya berehat. esok sahaja sy buat! saya seorang diri tidk akan sempat kumpulkan semua jerami ini. lebih baik saya tidur dan merehatkan diri. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. | Ayat dan perkataan yang ditanda hitam (bold) ialah kesalahan ejaan, huruf besar yang telah dibetulkan. Buku cerita yang baik ialah buku yang dapat merangsang pemikiran pembaca menerusi penceritaannya. Inilah matlamat yang kami sasarkan kepada pembaca. Banyak lagi nilai murni yang boleh kamu dapati daripada buku ini. Jiran kita ini pemalas. Sudah pagi pun masih belum bangun. "Bangun burung hantu! Bangun!"jerit anak burung Kenari. Namun, burung hantu masih lena. Burung hantu haiwan yang aktif pada waktu malam. Dia membahagikan tugasnya kepada mereka supaya kerja lebih cepat disiapkan. Bagaimanakah saya mampu menyiapkan kerja ini seorang diri? Lebih baik saya berehat. Esok sahaja saya buat! Saya seorang diri tidak akan sempat kumpulkan semua jerami ini. Lebih baik saya tidur dan merehatkan diri. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka.
| Ejaan | 12.12.2018 |