Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. st extremely necessary or important, approp n + yg perlu: he regards money as an ~, dia menganggap wang sbg sesuatu yg perlu; we only had enough money to furnish the room with the bare ~s, kami hanya ada wang yg cukup utk melengkapi bilik itu dgn perabot yg perlu sahaja; 2. fundamental principle, asas: the ~s of English grammar, asas-asas tatabahasa Inggeris. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. (extremely important) penting; (very necessary), (sangat) perlu: it is ~ that the targets we set are realistic, adalah penting bahawa matlamat yg kita tetapkan realistik; oxygen is ~ to human life, oksigen adalah perlu utk kehidupan manusia; experience is ~ for this position, pengalaman adalah perlu utk jawatan ini; 2. basic, fundamental, asas, pokok: an ~ feature of the literary works of that period, ciri asas karya-karya sastera zaman itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata essential


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Menurut kamus DBP, Essential Oil bermaksud minyak pati. Adakah menjadi kesalahan sekiranya Essential Oil diterjemahkan sebagai 'Minyak Esensial'?. Idea ini diperolehi daripada istilah MABBIM.Seperti yang tuan ketahui, essential oil diterjemahkan kepada minyak pati, maka penggunaan selain minyak pati dianggap tidak betul.Penyemakan dan penterjemahan01.06.2015
Carikan terjemahan tepat 'essential self'. Terima kasih.Essential self tidak ada dalam pangkalan data kami. Kami memerlukan konsep dan bidang penggunaan istilah tersebut untu mencari dan mencadangkan padanan yang sesuai.Istilah17.10.2011
Bolehkah ayat "Essential oil including their flavouring constituent -isolate and concentrate" diterjemahkan seperti yang berikut: Minyak pati termasuklah juzuk perisanya - asingan dan pekatanPadanan bahasa Melayu bagi  "Essential oil including their flavouring constituent -isolate and concentrate" 
ialah Minyak pati dengan bahan perisa - asing dan pekat.
Penyemakan dan penterjemahan17.08.2021
Assalamualaikum. Saya perlu menterjemahkan frasa Essential Oil Flavoring yang merujuk kepada minyak pati yang boleh digunakan untuk memperisakan makanan. Manakah terjemahan yang tepat antara Minyak Pati Perisa atau Perisa Minyak Pati? Terima kasih.Sila pastikan penggunaan bahasa Inggeris yang betul untuk mendapatkan padanan Bahasa Melayu yang betul. Bersama-sama ini disertakan padanan bahasa Melayu yang boleh digunakan sekiranya sesuai dengan konsep yang ingin disampaikan.

1. Essential Oil Flavour: Perisa minyak pati
2. Essential Oil Flavouring: Pemerisaan minyak pati
Penyemakan dan penterjemahan14.08.2020
Apakah terjemahan istilah Essential Fatty Acid (EFA) yang betul? Ada yang menyebut Asid Lemak Perlu. Ada pula menyebut Asid Lemak Penting. Ada juga yang menyebut Asid Lemak Utama. Mohon bantuan. Terima kasih.Istilah yang betul ialah asid lemak perluIstilah09.03.2011
Salam, saya ingin bertanya apakah terjemahan bagi ungkapan berikut, "Body's essential needs." Adakah gramatis jika saya terjemahkan ungkapan tersebut sebagai "Keperluan perlu tubuh?" Saya sedar bahawa terjemahan "Keperluan penting tubuh" adalah lebih sesuai, tetapi saya ingin tahu jika terjemahan saya sebelum itu boleh digunakan. Terima kasih.Keperluan perlu tubuh tidak gramatis dalam ungkapan tersebut. Kami cadangkan ungkapan keperluan tubuh atau keperluan penting/utama tubuh digunakan.Tatabahasa31.07.2012
Selamat sejahtera. Introduction to Skin Microbiome Did you know our skin is home to millions of good bacteria? These tiny protectors are essential for keeping our skin healthy and happy! Pengenalan pada Mikrobiom Kulit Tahukah anda bahawa kulit kita mempunyai berjuta-juta bakteria baik? Pelindung kecil ini penting untuk memastikan kulit kita sihat dan ceria! Adakah terjemahan tersebut betul? Sekian, terima kasih.Untuk makluman tuan/puan, DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Bagi mendapatkan perkhidmatan penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-41451942 atau e-mel: info@itbm.com.my.Penyemakan dan penterjemahan23.08.2024

Kembali ke atas