apa maksud estetik dari semua aspek? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna estetik ialah berkenaan keindahan atau penghargaan terhadap keindahan (terutamanya dlm bidang seni): sebenarnya, pertelingkahan ini adalah antara nilai ~ yg dihubungkan dgn akademi abad ke-19. | Istilah | 02.10.2009 |
Apa perbezaan antara nilai estetika dan estetik? Adakah ayat ini betul? a) Bukan sekadar memastikan ruangan itu mempunyai nilai estetika, tetapi awak juga perlu memastikan ruangan tersebut berfungsi dan praktikal. b) Bukan sekadar memastikan ruangan itu mempunyai nilai estetik, tetapi awak juga perlu memastikan ruangan tersebut berfungsi dan praktikal. | Berdasarkan makna yang dipetik daripada Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 586, perkataan estetik merupakan kata adjektif yang bermaksud keindahan, terutamanya dalam karya seni, seperti lukisan, sajak atau filem. Perkataan estetika pula merupakan kata nama yang merujuk keindahan yang terdapat dalam sesuatu hasil seni, seperti lukisan, sajak atau filem. Oleh yang demikian, penggunaan perkataan yang betul bagi ayat tersebut ialah “Bukan sekadar memastikan ruangan itu mempunyai nilai estetik, tetapi awak juga perlu memastikan ruangan tersebut berfungsi dan praktikal.” | Tatabahasa | 09.07.2024 |
Salam sejahtera, Saya ingin tahu, ayat yang manakah betul. 1. karya seni mempunyai nilai estetika. 2. karya seni mempunyai nilai estetik. Terima kasih | Karya seni mempunyai nilai estetik. | Tatabahasa | 24.06.2016 |
Aslmkum, tajuk tesis KELESTARIAN PENGKARYAAN PELUKIS- PELUKIS ABSTRAK MELAYU MALAYSIA MELALUI ESTETIK TIMUR persoalannya....adakah sesuai penggunaan perkataan kelestarian dlm konteks tersebut. | Untuk makluman tuan, "KELESTARIAN" biasanya digunakan untuk penulisan yang merujuk pada alam sekitar. Kami mencadangkan perkataan tersebut ditukar kepada perkataan yang lebih sesuai, contohnya "KEWIBAWAAN KARYA PELUKIS-PELUKIS ABSTRAK MELAYU MALAYSIA MELALUI ESTETIK TIMUR". | Lain-lain | 14.03.2022 |
NILAI ESTATIK | Tidak ada istilah estatik dalam bahasa Melayu. Istilah yang ada ialah estetik yang berkenaan keindahan atau penghargaan terhadap keindahan (terutamanya dlm bidang seni). | Makna | 18.03.2009 |
assalamualaikum,saya nak bertanya macam mana nak menghasilkan sebuah novel bagi memuaskan hati pembaca | Karya yang baik ialah karya yang baik dari segi isi, persembahan, gaya bahasa dan mempunyai potensi pasaran. Karya sastera sewajarnya mengandungi nilai estetik atau keindahan, di samping mengandungi mesej yang boleh membangunkan minda pembaca. Saudara disarankan supaya membaca karya yang telah memenangi pelbagai hadiah, umpamanya Hadiah Sastera Perdana . | Lain-lain | 11.05.2007 |
saya sebagai pelajar dalam jurusan sastera ingin bertanya,apakah teori tempatan yang terdapat dalam pembelajaran sastera.boleh terangkan serba sedikit. soalan kedua,bolehkah saya menghantar karya saya kepada pihak dbp. | antara teori tempatn janaan para sarjana di Malaysia ialah seperti yang berikut: 1. Muhammad Haji Salleh - Puitika Sastera Melayu 2. Mohamad Affandi Hassan - Pendidikan Estetik daripada Pendekatan Tauhid/Persuratan Baru 3.Mana Sikana - Teksidealisme 4.Hashim Awang - Pengkaedahan Melayu Shafie Abu Bakar - Takmilah Untuk menghantar sebarang karya seperti karya kreatif, saudara/saudari boleh alamat ke Editor Tunas Cipta, Tingkat 20, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 13.03.2009 |
Salam sejahtera, Soalan saya ialah kaedah untuk mengeja neomodenisme. Adakah neo-modenisme atau neomodenisme? Begitu juga dengan kata pinjaman yang lain-lain yang diserap ke dalam bahasa Melayu. Sekian. | Salam sejahtera, 1. Bahasa Melayu banyak menyerap istilah daripada pelbagai bahasa. Berdasarkan darjah penyesuaian unsur pinjaman itu dalam bahasa Melayu, maka istilah dalam bahasa Melayu dapat dibahagi kepada tiga golongan: i. Istilah asing yang pengucapan dan penulisannya sudah sebati dalam bahasa Melayu seperti pencen, stesen, kelas, kelab: tidak diubah. ii. Istilah asing yang belum sepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayu seperti ad hoc dan ad interim: pengucapan dan penulisannya hendaklah dikekalkan seperti dalam bahasa sumber. ii. Istilah yang baru dipinjam dan belum sebati atau menyesuaipkan diri daripada segi sebutan dan ejaan. Pengejaan istilah ini dilakukan dengan cara mengubah unsur yang perlu sahaja supaya bentuk ejaan asal masih terlibat. Ini memudahkan pengenalan istilah baharu itu dibandingkan dengan istilah asal dalam bahasa sumber. Contohnya ae jika bervariasi dengan e = e seperti: aesthetic = estetik haemoglobin = hemoglobin haematite = hematit 2. Ejaan yang betul ialah neomodisme (dieja rapat). Neo- ialah awalan asing dan sekiranya awalan ini bergabung dengan kata nama khas (sekiranya ada), perlulah diletakkan tanda sempang, misalnya pro-Malaysia dan pan-Asia. Terima kasih. | Ejaan | 17.01.2025 |