selamat malam.Saya nak tanya beberapa soalan.Apakah maksud bagi perkataan; 1) Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), 2) etika dan integriti, 3) etika kerja, 4) wistleblowing.Terima kasih. | 1. Pertubuhan bukan kerajaan ialah badan atau pertubuhan sukarela yg bergerak dlm bidang sosial, ekonomi, kebudayaan dsb dgn matlamat dan fungsinya yg tertentu. 2. Etika bermaksud ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral, integriti bermaksud : i.kejujuran atau ketulusan, ii. keadaan sempurna dan utuh atau keutuhan. 3. Etika kerja bermaksud Budaya murni yang menjadi amalan kakitangan organisasi yang antara lain akan menghasilkan sifat bekerja yang berakhlak, menepati waktu, cekap, berhemah dan produktif. 4. Ejaan yang betul ialah whistle-blowing dan padanannya dalam bahasa Melayu ialah pemberi maklumat. | Istilah | 02.04.2010 |
(iii) Amalan rasuah dapat dihapuskan jika semua pihak dapat menerima hakikat bahawa amalan itu bertentangan dengan ajaran agama dan etika masyarakat yang bertamadun. bolehkah perkataan etika digantikan dengan kata 'norma'? | Perkataan etika boleh digantikan dengan norma. Amalan rasuah dapat dihapuskan jika semua pihak dapat menerima hakikat bahawa amalan itu bertentangan dengan ajaran agama dan norma masyarakat yang bertamadun. | Lain-lain | 05.05.2010 |
1.etika kerja 2.profesionalisme 3.akauntabiliti 4.peraturan 5. tonggak dua belas. | Tiada soalan yang dikemukakan, sila hubungi kami semula dan jelaskan pertanyaan saudara. | Lain-lain | 26.11.2011 |
definisi perkataan "kemuliaan", "kesederhanaan", "nilai", "etika" dan "tonggak" | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kemualiaan bermaksud perihal mulia, kebesaran, kehormatan, keluhuran. Makna kesederhanaan pula ialah perihal sederhana (sedang, pertengahan). Nilai pula bermaksud taksiran, kadar, nisbah. Etika bermakna ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral, manakala makna tonggak ialah 1. kayu yang panjang dan dipasang tegak, 2. tiang rumah, 3. ukuran jauh yang bersamaa dengan 4901 kaki atau 1500 meter. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 04.09.2008 |
apakah yang dimaksudkan dengan teologikal dan deontologikal?menerusi konsep etika. | Saudara, jawapan kepada persoalan yang dikemukakan memerlukan pembacaan dan kajian kepustakaan. Oleh itu, saudara perlu membuat kajian dan rujukan di perpustakaan di tempat saudara. | Lain-lain | 03.03.2010 |
Definisi Laporan, jenis-jenis laporan, cara membuat laporan, gaya penulisan laporan, etika membuat laporan, format penulisan laporan | Sila rujuk bahan rujukan yang disertakan : 1. 2. 3. | Surat, Minit Mesyuarat, Dokumen Perniagaan & Laporan | Samsuddin Wahab | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 2005 | 4. Bahasa laporan: laras atau kesalahan bahasa? | Asiah Idris | Pelita Bahasa | 01/10/1993 | 5. Laras bahasa laporan mesyuarat | Sulaiman Masri | Dewan Masyarakat | 01/09/1996 | 6. Pemantapan bahasa dalam penulisan laporan | Mohamad Ibrahim | Pelita Bahasa | 01/11/2007 | 7. | Lain-lain | 19.07.2008 |
1) Apakah beza dari segi maksud sebenar antara perkataan id, nafsu, dan naluri? 2)Apakah beza dari segi maksud sebenar antara perkataan norma, nilai, moral, dan etika? TERIMA KASIH... | Id ialah bahagian minda yang berhubungan dengan naluri dan dorongan bawah sedar; nafsu ialah keinginan yang keras, kehendak atau kemahuan yang kuat; naluri ialah desakan hati untuk melaksanakan sesuatu, tabiaat semula jadi; norma ialah peraturan atau ketentuan yang menjadi kebiasaan yang dijangka dipatuhi oleh sertiap anggota masyarakat; nilai ialah darjat, kualiti, taraf; moral ialah ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan; etika ialah prinsip moral atau akhlak atau nilai yang menjadi pegangan seseorang atau kumpulan. | Makna | 09.02.2008 |
1. Apa maksud 'minds-on' dan 'hands-on' dalam Bahasa Melayu? 2. Adakah saya boleh menggunakan perkataan 'minds-on' dan 'hands-on' dalan bahasa Melayu? 3. Apakah perkataan lain yang mempunyai sinonim dengan a) pengetahuan b) pengajaran c) kualiti etika guru terima kasih | Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "hands-on" ialah amali dan belum ada istilah khusus untuk "minds-on". Walau bagaimanapun, istilah bahasa melayu yang kami cadangkan untuk "minds-on" ialah berfikir. Berdasarkan Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, sinonim untuk perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut: a) pengetahuan - ilmu, kepandaian, kebijakan, kebijaksanaan, kepakaran, kemahiran, kepintaran, keahlian, pelajaran, pendidikan b) pengajaran - pendidikan, pengasuhan, tarbiah c) kualiti - mutu, nilai, standard, taraf d) etika - prinsip, standard, piawai | Istilah | 03.04.2012 |
apakah definisi kemajuan | Kemajuan ialah perihal maju (taraf hidup dll): kemajuan yg berkaitan dgn aspek kebendaan (spt kemajuan ekonomi); kemajuan yg berkaitan dgn aspek kerohanian (spt etika, moral, dsb). | Makna | 30.01.2010 |
selamat sejahtera.... saya ingin memohon agar pihak tuan dapat memberitahu saya ataupun mungkin boleh menghantar format penulisan artikel untuk dihantar dan dimasukkan ke ruangan majalah DBP. Terima kasih daun keladi | Dalam penulisan terdapat beberapa etika penulisan yang perlu diikuti. Misalnya seseorang yang ingin menulis artikal dalam bidang sains, undang-undang, akhbar dan sebagainya perlu mengetahui laras bahasa yang digunakan. Format penulisan artikel tidak ada dalam pangkalan data kami. Kami mencadangkan saudari merujuk majalah terbitan DBP untuk melihat contoh penulisan artikel yang disiarkan. | Lain-lain | 04.06.2012 |