Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.ti.mo.lo.gi] | ايتيمولوݢي

Definisi : (étimologi) cabang ilmu linguistik yg mengkaji asal usul dan perkembangan sesuatu kata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.ti.mo.lo.gi] | ايتيمولوݢي

Definisi : /étimologi/ cabang ilmu bahasa mengenai asal usul perkataan serta perubahan pd bentuk dan maknanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata etimologi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Apakah yang dimaksudkan dengan etimologi. 2) Apakah sumbangan etimologi dalam sejarah perkembangan perkataanEtimologi ialah cabang ilmu linguistik yg mengkaji asal usul dan perkembangan sesuatu kata. Antara sumbangan etimologi dalam bahasa Melayu ialah mengenal pasti asal-usul kata bahasa Melayu. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk buku yang berkaitan. Harap maklum.Tatabahasa31.07.2008
bagaimanakah cara untuk mengetahui etimologi sesuatu perkataan?

Etimologi adalah cabang ilmu linguistik yang mempelajari asal-usul suatu kata. Untuk mengetahui etimologi sesuatu perkataan, saudara perlu mahir dalam disiplin-disiplin ilmu yang berkaitan dengannya. Jika tidak, saudara hanya perlu merujuk kamus etimologi dsb.

Lain-lain26.03.2009
etimologi perkataan 'baik' dalam bahasa melayu?Etimologi kata Baik - Berdasarkan Daftar Kata Bahasa Melayu Lama, Sumber: Sejarah Melayu, asal usul kata baik ialah memuaskan hati,dari segi rupa, mutu atau kegunaan, elok dll). Kedua: Baik- iya (menyatakan kegunaan atau persetujuan). Untuk makluman saudara juga, fakta yang telah dikemukakan oleh Pakar Etimologi iaitu Prof.Dr.Harimurti Kridalaksana, 'baik' berasal dari bahasa Melayu untuk kedua-dua maksud yang telah dikemukakan. Terima kasih.Makna19.01.2007
apakah etimologi dan makna bagi rupa?: Etimologi bg kata rupa ialah dari Sanskrit yg salah satu membawa makna rupa wajah. Untuk aspek makna kata rupa secara lebih terperinci sila rujuk Kamus Dewan, terbitan DBP ms 1357.Makna04.01.2007
Salam, Saya ingin mengetahui asal-usul perkataan "mampan" (sustainability), maknanya secara etimologi. Terima kasihMampan bermaksud mampu terus berkembang dan mencapai tahap prestasi yang baik (tentang ekonomi, pembangunan dan sebagainya). Walau bagaimanapun tidak terdapat penerangan lanjut etimologi kata tersebut dalam sumber rujukan kami.Makna20.10.2010
BOLEHKAH SAYA MENDAPATKAN ETIMOLOGI PERKATAAN 'AGAMA' DALAM BAHASA MELAYU SECARA LENGKAP? APAKAH BEZA UGAMA DAN AGAMA? BAGAIMANAKAH DAN BILAKAH MUNCUL MORFOLOGI PERKATAAN UGAMA KEPADA AGAMA?Tidak ada perbezaan antara perkataan agama dan ugama. Walau bagaimanapun, berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, istilah yang digunakan ialah agama. Untuk menjawab pertanyaan saudara yang lain, soalan tersebut memerlukan kajian dan penelitian yang terperinci. Saudara digalakkan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk membuat penyelidikan.   Istilah25.02.2010
apakah maksud dan etimologi perkataan 'angka' dan 'kira'?Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. Maklumat yang diperlukan oleh saudara dapat diperoleh secara lebih terperinci melalui rujukan pada Kamus Dewan DBP dan juga mengunjungi laman web DBP dan klik pada katalog awam dalam talian. carian bahan dapat diperoleh melalui katalog awam dalam talian. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP.Makna06.01.2007
Butik merupakan perkataan bahasa melayuTidak ada etimologi kata butik dalam sumber rujukan kami dan kata butik telah mantap penggunaannya dalam bahasa Melayu.Ejaan15.11.2011
"tangkai jering" bermaksud "orang yang kedekut" mengapakah ia membawa maksud kiasan demikian?Tidak ada maklumat dalam sumber rujukan kami yang menyatakan etimologi dan latar cerita 'tangkai jering' dikiaskan kepada orang yang kedekutTatabahasa06.04.2011
pelajar menengah sekolah perlu tahu beberapa kata masukan?Kata masukan ialah entri yang disusun mengikut urutan abjad yang disertai takrif dan maklumat lain seperti kelas kata, etimologi dsb. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut.Istilah24.08.2009
123

Kembali ke atas