Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[éu.fe.mis.me] | اييوفميسمى

Definisi : (éufémisme) ungkapan yg lebih lembut (sopan, manis, dsb) utk menggantikan ungkapan yg dianggap kasar, mis buang air kecil utk kencing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata eufemisme


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Apakah beza antara tabu dan eufemisme? 2. Ciri-ciri tabu dan eufemisme dalam bahasa Melayu? 3. Fungsi tabu dan eufemisme dalam bahasa Melayu? 4. 10 contoh tabu dan eufemisme dalam konteks masyarakat hari ini. Terima kasih.

Tabu: 1. sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb: apakah ini suatu isu ~ yg tidak diperbincangkan?

Eufemisme: (éufémisme) ungkapan yg lebih lembut (sopan, manis, dsb) utk menggantikan ungkapan yg dianggap kasar, mis buang air kecil utk kencing.

Untuk persoalan lanjut mengenai kajian kedua-dua kata ini sila rujuk artikel, buku atau majalah yang berkaitan. 

Tiada entri dijumpai

Cadangan dari Kamus BI-BM:

euphemism
eulogise
defense
eugenics
defensive
elegise
euphemistic
extremism
feudalism
peacetime
surmise
uterine
utilise
edgewise
eulogist
eulogize
lifetime
defeatism
defective
effective

eufemismekata nama

    euphemism

euphemism(Inggeris-Melayu)

    eufemisme

    Huraian:

    Ungkapan yang lebih halus dan manis digunakan untuk menggantikan ungkapan yang dianggap kasar dan tidak menyenangkan. (SAS)

    Bidang:

    DIDIK, SAS, PUISI

    Istilah lama:

    kias halus, ungkapan halus

 

 

Lain-lain20.07.2009
kepentingan bahasa eufemisme dalam kehidupan manusia?Eufemisme bermaksud ungkapan yang lebih lembut (sopan, manis, dan sebagainya) untuk menggantikan ungkapan yang dianggap kasar. Secara tidak langsung ungkapan ini menggambarkan ketinggian budi pekerti penuturnya dalam pertuturan harian, contohnya Ali meminta diri untuk keluar membuang air kecil.Lain-lain01.08.2009
dalam bm terdapat pelbagai cara utk mengungkapkan 'kematian'. selain drpd perkataan 'mati', apakah eufemisme dlm bahasa, masyarakat dan budaya melayu yg digunakan utk mengungkap perkataan tersebut? bolehkan tuan/puan sertakan cadangan artikel atau buku tentang eufemisme.

Perkataan yang sama erti dengan mati atau kematian ialah meninggal dunia. Eufemisme ialah ungkapan yg lebih lembut (sopan, manis, dsb) utk menggantikan ungkapan yg dianggap kasar, mis buang air kecil utk kencing. Untuk mendapatkan buku berkenaan perkara tersebut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan yang berdekatan.

Makna09.08.2008
boleh berikan perbezaan di antara bahasa tabu dan bahasa eufemisme? kalau boleh beserta contohnye sekali. terima kasihBahasa Eufemisme bermaksud ungkapan yang lebih lembut (sopan, manis, dan sebagainya) untuk menggantikan ungkapan yang dianggap kasar. Secara tidak langsung ungkapan ini menggambarkan ketinggian budi pekerti penuturnya dalam pertuturan harian, contohnya Ali meminta diri untuk keluar membuang air kecil. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tabu dalam bahasa Melayu bermaksud 1. sesuatu yang dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yang) terlarang, (yang) diharamkan atau ditegah daripada dipercakapkan.Makna13.02.2013
assalamualaikum.tuan, sy ingin bertanya, apakah maksud implisit beserta huraiannya sekali? sy sedang mengkaji unsur implisit dalam teks ucapan.adakah implisit itu mempunyai banyak cabang pula id bawahnya? adakah eufemisme dan retorik termasuk dalam implisit?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, implisit didefinisikan seperti yang berikut: (dinyatakan secara) tidak langsung atau tidak terang-terangan, tersirat. Contoh penggunaan: Hampir separuh sandiwara mengutarakan persoalan nasionalisme, baik secara implisit mahupun eksplisit.
Untuk makluman, kami tidak mempunyai maklumat tentang cabang di bawah implisit seperti eufemisme dan retorik. Kami hanya boleh berikan maksud perkataan tersebut seperti yang berikut:
Eufemisme bermaksud ungkapan yang lebih lembut (sopan, manis, dan sebagainya) untuk menggantikan ungkapan yg dianggap kasar.
Retorik pula bermaksud 1. (Linguistik) kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam pe­nulisan atau pertuturan 2. seni meng­gunakan atau memakai bahasa yg indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar, seni berpidato 3. pertuturan atau tulisan yg menggunakan bahasa atau kata-kata yg indah atau muluk-muluk untuk mem­pengaruhi pemikiran pen­dengar 4. berkaitan dengan, penuh dengan atau menggunakan bahasa atau kata-kata yang indah atau muluk-muluk nutuk mempengaruhi pe­mikiran pendengar
Makna24.04.2012
saya memerlukan data-data dari korpus dewan Bahasa yang berkaitan dengan kata-kata Pemali dalam bahasa Melayu(eufemisme) untuk tujuan menulis tesis master. sekian terima kasihSdr., bolehlah merujuk Bahagian Penyelidikan Bahasa atau Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu, DBP.Lain-lain06.08.2007

Kembali ke atas