| Salam sejahtera. Saya ingin bertanya ketepatan maksud dan penggunaan bahasa untuk terjemahan berikut: Empower Every Future - Memperkasakan masa depan semua Fuel Every Future - Menyemarakkan masa depan semua Free Your Future - Bebaskan masa depan anda Free to Dream - Impian tanpa batas Ambition in Motion - Rentak impian Passion in Pursuit - Semangat di setiap langkah - konteks adalah penggunaan dalam industri pengiklanan dan menggunakan kaedah localisation. | Cadangan padanan terjemahan bahasa Melayu yang diberikan sesuai digunakan mengikut konteks dengan penambahbaikan seperti yang berikut: 1. Empower Every Future - Memperkasakan masa depan 2. Fuel Every Future - Menyemarakkan masa depan 3. Free Your Future - Serlahkan masa depan anda 4. Free to Dream - Impian tanpa batas 5. Ambition in Motion - Dorongan dalam mencapai aspirasi 6. Passion in Pursuit - Semangat dalam setiap langkah
| Penyemakan dan penterjemahan | 10.07.2025 |
| Ayat "Every local society shall, in the manner prescribed apply to the Registrar for registration under this Act." diterjemahkan sebagai "Tiap-tiap pertubuhan perbadanan hendaklah, mengikut cara yang ditetapkan, memohon kepada Pendaftar bagi pendaftaran di bawah Akta ini." Sama ada terjemahan teks bahasa Melayu tersebut adalah tepat dari segi tatabahasa dan sama ada penggunaan perkataan "memohon kepada" adalah betul? | Padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk ayat "Every local society shall, in the manner prescribed apply to the Registrar for registration under this Act." ialah Tiap-tiap pertubuhan perbadanan hendaklah, mengikut cara yang ditetapkan, memohon kepada Pendaftar bagi pendaftaran mengikut Akta ini. | Makna | 14.07.2021 |
| Sino-Japanese Weekend Buffey Lunch Every Saturday Rm88 per adult | RM60 per chil For enquiries or reservations, please call +6 07 599600 Ext.8607 or email : fnbsec@palmresort.com | Sila kemukakan soalan tuan dengan jelas dalam Bahasa Melayu.
| Lain-lain | 11.01.2018 |
| Tuan/Puan, Apa padanan "store" dalam Bahasa Melayu bagi ayat konteks di bawah: "(8) For the purposes of paragraph (1)(d). "accounting officer" incliudes every staff of the Universiti charged with the duty ofn collecting, receiving, or accounting for, or who in fact collects, receives or accounts for, any money of the Universiti, or who is charged with the duty of disbursing, or who does in fact disburse, any such money, and every staff who is charged with the receipt, custody or disposal of, or the accounting for, any money, stamp, security, store or property of the Universiti or who in fact receives, holds or disposes of such money, stamp, security, store or property". Sekian, terima kasih. | Pihak DBP mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan “store” ialah “menyimpan” bergantung pada konteks penggunaannya dalam ayat. | Lain-lain | 07.10.2021 |
| Hi, saya ingin bertanya, bagaimana untuk menterjemahkan "Positive Goodness in Every Drop" dalam Bahasa Malaysia. Terima kasih! | Untuk makluman tuan/puan, DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Bagi mendapatkan perkhidmatan penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-41451942 atau e-mel: info@itbm.com.my. | Lain-lain | 04.07.2024 |
| Apakah istilah sesuai untuk "come into season"? Perkataan diperoleh daripada ayat berikut: Sexually mature female hamsters come into season (estrus) every four days. | Menurut data kami, padanan yang sesuai bagi "come into season" ialah musim mengawan. | Lain-lain | 30.09.2019 |
| Salam sejahtera. Saya memohon tuan/puan untuk menyemak ayat yang telah saya terjemahkan untuk: The Malaysia tag should be used in every song that is from Malaysia, or from an artist who is from that country. Kepada Bahasa Melayu: Tag Malaysia perlu digunakan pada lagu buatan Malaysia atau pada lagu yang dipersembahkan oleh artis berasal dari negara tersebut. | Cadangan terjemahan dalam bahasa Melayu yang betul ialah: Label Malaysia perlu digunakan pada lagu buatan Malaysia atau pada lagu yang dipersembahkan oleh artis berasal dari negara ini. | Makna | 26.09.2024 |
| Dalam teks BM: nama dan apa-apa butiran lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar bagi tiap-tiap Pegawai Bomba Sukarela yang dilantik dan tiap-tiap Pasukan Bomba Sukarela yang berdaftar dan kawasan jagaannya Dalam teks BI: the names and any other particulars as required by the Registrar of every Voluntary Fire Officer appointed and every Voluntary Fire Brigade registered and their fire cover Apakah padanan perkataan yang sesuai bagi 'fire cover'? Adakah 'kawasan jagaan' perkataan yang tepat dalam konteks peruntukan ini? | Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut: fire cover - kawasan jagaan Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 13.01.2022 |
| Saya dari UNICEF (United Nation Children's Fund). Kami dalam proses menterjemah logo dan tagline kami ke bahasa Melayu. Tagline kami dalam Bahasa Inggeris adalah "For Every Child". Kami ingin menterjemahnya ke "Untuk Semua Anak" kerana Kanak-kanak agak panjang. Adakah terjemahan "Untuk Semua Anak" betul atau patutkah kami gunakan sahaja "Untuk Semua Kanak-kanak". Terima kasih, | Menurut data kami, padanan yang sesuai ialah untuk setiap kanak-kanak | Lain-lain | 26.07.2019 |
| Padanan perkataan “pictorial representation” ialah “representasi bergambar”? Bolehkah perkataan imbuhan ditambahkan bagi perkataan “representasi” menjadikan “merepresentasi” dan “direpresentasi” bagi perkataan “represented” dalam ayat di bawah ini. “338(3) Every package containing vinegar, distilled vinegar or blended vinegar shall not include a pictorial representation or design in the label depicting the substance from which the vinegar may be prepared unless at least 60 per cent of the vinegar contained therein has been prepared from the substance represented. (3) Tiap-tiap bungkusan yang mengandungi cuka, cuka suling atau cuka sebatian tidak boleh memasukkan pada labelnya suatu representasi bergambar atau reka bentuk yang menggambarkan bahan dari mana cuka itu diperoleh melainkan sekurang-kurangnya 60 peratus daripada cuka yang terkandung di dalamnya telah disediakan daripada bahan yang dinyatakan itu.”. | Kekalkan ayat tanpa imbuhan dan betulkan kepada Tiap-tiap bungkusan yang mengandungi cuka, cuka suling atau cuka sebatian tidak boleh memasukkan representasi bergambar atau reka bentuk pada labelnya yang menggambarkan bahan dari mana cuka itu diperoleh melainkan sekurang-kurangnya 60 peratus daripada cuka yang terkandung di dalamnya telah disediakan daripada bahan yang dinyatakan itu. | Tatabahasa | 07.07.2021 |