Saya tidak arif mengenai penggunaan perkataan in situ dan ex situ. Apakah ejaan yang betul bagi kedua-dua perkataan tersebut, in situ dan ex situ atau in-situ dan ex-situ? Adakah perkataan ini telah menjadi perkataan Melayu? Apakah huraian mengenai in situ dan apakah huraian mengenai ex situ? | Salam sejahtera, Tuan, Ejaan yang betul ialah in situ dan ex situ. Maksud: in situ - bermaksud berada pada kedudukan asal atau normal ex situ - di luar kawasan atau di luar kedudukan asal (berkenaan sesuatu proses, tindakan dan sebagainya). Contoh ayat: Proses pembiakan hidupan liar secara ex situ memerlukan perkhidmatan rawatan hidupan liar. Sila rujuk Kamus Dewan atau layari http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 14.11.2019 |
Ex-gratia | Tuan Haji Ramli, Tiada soalan dikemukakan. Walau bagaimanapun maksud perkataan ini ialah : diberikan atau dibuat sbg suatu pemberian atau tanda persahabatan, bukan diwajibkan di sisi undang-undang: bayaran ~. | Lain-lain | 22.02.2010 |
Adakah kata majmuk ex: kaki bangku / urus setia dan Kata ganda ex: lauk pauk / kusut masai/ gunung-ganang itu dikira satu perkataan?TQVM | Kata majmuk dikira sebagai dua patah perkataan seperti rumah kedai dan urus setia, manakala kata ganda dikira sebagai satu patah perkataan seperti pokok-pokok dan gunung-ganang. | Tatabahasa | 24.05.2011 |
Apakah maksud dan contoh ayat bagi perkataan ex-gratia? | Kata ex gratia bermaksud (berkenaan dengan bayaran) diberikan atau dibuat sebagai suatu pemberian atau tanda persahabatan, bukan diwajibkan di sisi undang-undang. Kata ini digunakan dalam bidang undang-undang dan berkelas kata adjektif. Sila rujuk kamus terbitan DBP yang terkini iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 588). | Makna | 26.12.2023 |
Penggunaan KGND ia dibolehkan untuk rujukan bukan manusia? ex: Lembu itu makan rumput.Ia makan dari pagi hingga petang. | Perkataan "ia" merupakan kata ganti nama orang ketiga, sama seperti "dia", "mereka" dan "-nya". kata ganti nama diri ini tidak boleh digunakan untuk binatang. | Tatabahasa | 28.05.2011 |
Salam Ramadan. Adakah perkataan "menyahubungkan" boleh digunakan sebagai terjemahan de-link? Cth ayat: You can de-link your card with your ex-spouse via ATM. | Tuan, Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, de-link boleh diterjemahkan kepada mengenyahhubungkan.
| Penyemakan dan penterjemahan | 07.05.2019 |