Salam. Saya ingin bertanya sama ada frasa "pintar peperiksaan" ialah terjemahan langsung daripada "exam-smart". Terima kasih. | Sila berikan contoh ayat penuh yang mengandungi frasa "pintar peperiksaan" dan frasa "exam-smart"supaya kami mendapat maklumat yang jelas. Dalam penelitian kami "Exam-Smart ialah nama khas program/aplikasi. | Makna | 27.02.2019 |
Saya Ingin mengetahui per exam penggunaan "Saya sekeluarga" dan "Kami sekeluarga". Adalah Kesha-duanya boleh digunakan? | Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 05.04.2015 |
Tuan, 1. Mengapakah kata kerja 'memperoleh' bukannya 'memperolehi' diguna pakai dalam bahasa Melayu sedangkan ada kata kerja 'menghadiahi' atau 'menerangi'? 2. Terjemahan tepat "Take Home Exam" dalam bahasa Melayu apa? Terima kasih. | 1. Awalan memper-... ditambah dengan kata dasar oleh membentuk kata kerja memperoleh, tidak ada kata dasar olehi untuk membentuk kata kerja memperolehi. Manakala perkataan menghadiahi wujud apabila kata dasar hadiah menerima apitan meN-...-i. 2. Terjemahan 'Take Home Exam' belum ada dalam bahasa Melayu, terdapat istilah 'take-home pay' yang diterjemahkan kepada gaji bawa pulang dalam bahasa Melayu. Berdasarkan contoh tersebut, kami mencadangkan 'Take Home Pay' diterjemahkan kepada 'Peperiksaan Bawa Pulang' dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 08.11.2010 |
i wld like to know if the sentence "saya melihat menggunakan mata" is acceptable and will be given full mark in the exam. | Ayat ini boleh diterima. Walau bagaimanapun dari segi pemarkahan bergantung pada skema jawapan dan markah yang ditentukan dalm peperiksaan berkenaan. | Tatabahasa | 27.02.2008 |
Assalamualaikum, terima kasih atas jawapan yang diberikan kepada saya berkaitan dengan istilah menyontek/ menjiplak dalam bahasa Malaysia. Apabila seorang awam masuk ke dalam ruangan peperiksaan dan membawa catatan tanpa diketahui dewan peperiksaan kemudian melihat catatan tersebut senyap-senyap, apa istilah untuk hal tersebut? Dalam bahasa Inggeris perbuatan tersebut dinamakan 'cheat on an exam' atau 'crib'. Terima kasih. Wassalamualaikum. Tata Tambi Bogor - Indonesia | Mengikut Kamus Dewan, kata ‘sontek’ bermaksud melanggar, meninju, menolak, menyorong, maka dalam konteks situasi yang diberikan melanggar peraturan peperiksaan. Bagi kata ‘jiplak’ bermaksud meniru hasil pekerjaan orang lain; plagiat iaitu mencedok kata-kata, idea daripada orang lain dan menggunakan sebagai karyanya sendiri. Maka, perbuatan atau kesalahan melihat catatan secara senyap-senyap semasa peperiksaan lebih merupakan perbuatan melanggar peraturan peperiksaan. | Istilah | 22.10.2014 |