| Salam tuan, Apakah padanan yang bersesuaian untuk perkataan "surgical dressing" dalam konteks ayat seperti yang berikut: “harbour” includes supplying a person with shelter, food, drink, money or clothes; or, except by a person employed in a Government hospital, medicines, bandages, surgical dressings or any other form of aid to a person wounded; or arms, ammunition or means of conveyance, or assisting a person in any way to evade apprehension;" | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah surgical dressing ialah balutan pembedahan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 04.06.2025 |
| Hi, would like to get your advice for the below translation. (Baked products are bread, cakes, cookies) All freshly baked products are best to consume within 36 hours from time of purchase, except items with expiry date. Semua produk yang baru dibakar adalah baik untuk dimakan dalam tempoh 36 jam dari masa pembelian, kecuali yang mempunyai tarikh luput. Thank you very much. | Semua produk yang baru dibakar boleh dimakan dalam tempoh 36 jam dari masa pembelian, kecuali yang mempunyai tarikh luput. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.08.2015 |
| (Sambungan) ... Saving 13. Nothing in this Act shall affect the rights of the Yang di-Pertuan Agong, the Rulers or yang di-Pertua Negeri or of any body politic or corporate or of any other persons except such as are mentioned in this Act and those claiming by, from or under them.” 3. Saya juga memohon khidmat nasihat Tuan sama ada imbuhan “kan” perlu digunakan bagi perkataan “memindah” seperti mana peruntukan di bawah seksyen 3 Akta yang sama yang telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu di bawah: “Pemerbadanan Perbadanan terdahulu dan Cawangan Persatuan Palang Merah British di Sabah dan Sarawak 3. Orang yang sebaik sebelum hari yang ditetapkan telah menjadi anggota Perbadanan terdahulu atau mana-mana Cawangan dan semua orang itu yang kemudian daripada ini menjadi anggota Perbadanan menurut Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah atau undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya, hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan nama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (atau dalam Bahasa Inggeris Malaysian Red Crescent Society) dan dengan nama itu hendaklah kekal turun-temurun dan boleh membuat kontrak, dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan tak alih, dan boleh memindahhakkan, (memindahkan hak milik / memindah milik), ... (Bersambung) | Perkataan atau frasa yang puan berikan terlalu umum. Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan teks, khususnya teks laras undang-undang. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. Untuk maklumat tambahan berkaitan padanan istilah, puan boleh melayari laman web PRPM melalui https://prpm.dbp.gov.my | Penyemakan dan penterjemahan | 09.02.2022 |
| Salam sejahtera Tuan/Puan, 1. This document is the property of UOP and is subject to return on demand. TT: Dokumen ini merupakan hak milik UOP dan tertakluk kepada kepulangan di atas permintaan. 2. Disclosure of information herein embodied is prohibited except as is expressly authorized by UOP. TT: Pendedahan maklumat yang terkandung di sini dilarang kecuali dibenarkan seperti adanya secara tersurat oleh pihak UOP. Minta bantuan pihak tuan/puan nilai terjemahan ayat 1 dan terjemahan istilah undang-undang (as is) dalam konteks ayat 2. Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, Tuan, Ayat pertama: Dokumen ini merupakan hak milik UOP dan tertakluk pada pemulangan atas permintaan. Ayat kedua: Pendedahan maklumat yang terkandung di sini dilarang kecuali dibenarkan secara tersurat oleh pihak UOP. Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.07.2017 |
| Penterjemahan My name is Nadiah Ismaon and I am an oversea student in Hong Kong. I'm taking International Baccalaureate (IB), a diploma program and I need a book which is translated into Malaysian language. I take Malaysian language as one of my subject and this is one of my course to read a book that originates from a different country and translated to Bahasa Melayu. So, I have attached a list of the books that I could choose from. I need your help to check if any of these books is available in Malay language (Malay Edition) as soon as possible. I only need one book from this list except for graphic novel genre. If there is anything or any news please contact me at nadiah_rocks@hotmail.com. Please and thank you. | Pertanyaan saudara adalah di luar skop perkhidmatan kami. Khidmat Nasihat DBP menangani masalah yang berkaitan dengan hal-hal kebahasaan seperti ejaan, istilah dan tatabahasa, sastera dan penerbitan seperti proses penerbitan, royalti dan karya terbitan DBP. Sila kunjungi laman web www.dbp.gov.my dan cari maklumat yang diperlukan pada ikon Pustaka Digital atau hubungi Perpustakaan Negara Malaysia di www.pnm.my. | Makna | 22.07.2011 |