| Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Apakah terjemahan yang betul untuk "exchange charges" - "caj penukaran" atau "caj pertukaran"? Saya masih tidak jelas akan perbezaan antara "penukaran" dan "pertukaran" berdasarkan hasil carian definisi di PRPM. Terima kasih. | Dalam bidang ekonomi ada istilah value exchange yang diterjemahkan kepada nilai pertukaran. Oleh itu, kami mencadangkan exchange charges diterjemahkan kepada caj pertukaran. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.06.2018 |
| Adakah “saling bertukar data” (exchange of data) dan “Perkongsian data” (sharing of data) mempunyai maksud yang sama dan boleh digantikan dengan satu frasa sahaja, jika menggunakan salah satu frasa? Sekiranya berbeza, mohon diterangkan maksud kedua-dua frasa ini. Terima kasih. | “Exchange of data” bermaksud “pertukaran data”, manakala “sharing of data” bermaksud “perkongsian data”. Kedua-duanya bertujuan untuk memberikan data atau maklumat kepada pihak lain. Walau bagaimanapun, pertukaran data melibatkan beberapa pihak, manakala perkongsian data boleh melibatkan satu atau beberapa pihak. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.03.2023 |
| Aslm, saya ingin mendapatkan terjemahan yang betul dalam b. melayu bagi "leader-member exchange"..iaitu satu konstruk yang digunakan dalam literature kepimpinan | Tidak ada maklumat berkaitan frasa tersebut, namun kami mencadangkan leader-member exchange diterjemahkan kepada pertukaran ketua - anggota jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.11.2014 |
| Apakah istilah yang biasa/boleh digunakan untuk "Money Market Dealer" dan "Foreign Exchange Dealer". Saya sudah cuba mencari di bahagian Carian Kata tapi tidak ada yang sesuai. Terima kasih | Istilah bahasa Melayu untuk "Money Market Dealer" dan "Foreign Exchange Dealer" ialah Peniaga Pasaran Wang dan Peniaga Pertukaran Asing. | Istilah | 06.09.2013 |
| Tuan, Apa terjemahan yang tepat untuk perkataan berikut: 1. Social Exchange Theory; 2. Rational Action Theory ; 3. Knowledge-Based Theory of the Firm; 4. Social Cognitive Theory; 5. Social Capital Theory; dan 6. Resource Based View of the Firm Terima kaih. | Terjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Social Exchange Theory - Teori Pertukaran Sosial 2. Rational Action Theory - Teori Tindakan Rasional 3. Knowledge-Based Theory of the Firm - Teori Berasaskan Pengetahuan Firma tersebut 4. Social Cognitive Theory - Teori Kognitif Sosial 5. Social Capital Theory - Teori Modal Sosial 6. Resource Based View of the Firm - Pandangan Berasaskan Sumber Firma tersebut | Istilah | 30.09.2013 |
| Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mohon pencerahan yang mana satukah terjemahan yang betul untuk "...in exchange for lower potential return"? Adakah (a) "...sebagai pertukaran kepada potensi pulangan yang rendah"; atau (b) "...sebagai tukaran kepada potensi pulangan yang rendah"? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu untuk "...in exchange for lower potential return" ialah "... sebagai pertukaran/tukaran untuk potensi pulangan yang rendah". | Makna | 04.10.2021 |
| Hi DBP Team, Saya ingin bertanya apakah terjemahan yang betul untuk "Inverse Exchange Traded Funds (ETFs)"? Perkataan ETF dalam Bahasa adalah "Dana Dagangan Bursa". Cuma saya tak pasti "inverse" itu apakah terjemahannya. Contoh ayat: "Inverse ETF is designed to provide return that is the opposite performance of an index" Jika Tuan perlu pemahaman yang lebih mendalam, boleh juga melihat educational video yang Bursa published on Youtube. Tajuk: Bursa Leverage & Inverse ETF (by Bursa Marketplace, published on 7 Feb 2019) Look forward to your reply, terima kasih ya. | | Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi istilah “Inverse Exchange Traded Funds (ETFs)”. Walau bagaimanapun, terdapat istilah “inverse” yang dipadankan sebagai songsang (Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu). Cadangan kami bagi istilah “Inverse Exchange Traded Funds (ETFs)” ialah Dana Dagangan Bursa Songsang. |
| Istilah | 15.05.2019 |
| Saya ingin bertanya apakah istilah bahasa Melayu yang perkataan berikut: -Variable Refrigerant Flow (VRF) -Private Automatic Branch Exchange (PABX) -Fan Coil Unit (FCU) -Central Direct Expansion System (DX) Water Cooled System -Booster Pump -Roller Shutter atau Fire Roller Shutter - Fire Fighting Pump -Submersible Pump - Air Curtain | Cadangan padanan bagi istilah-istilah berikut dalam bahasa Melayu ialah seperti yang berikut: 1. variable refrigerant flow (VRF) - aliran penyejuk boleh ubah (VRF) 2. private automatic branch exchange (PABX) - ibu sawat cawangan swaautomatik (PABX) 3. fan coil unit (FCU) - unit gegelung kipas (FCU)_ 4. central direct expansion system (DX) - sistem pengembangan langsung pusat 5. water cooled system - sistem penyejukan air 6. booster pump - pam penggalak 7. roller shutter - penutup gendela gulung 8. fire roller shutter - penutup gendela gulung kebakaran 9. fire fighting pump - pam pencegah kebakaran 10. submersible pump - pam selam / pam boleh tenggelam Padanan istilah-istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 23.04.2024 |
| Salam sejahtera, Bolehkah "Stock Exchange Regulatory Authority" diterjemahkan sebagai "Jawatankuasa Pengawalseliaan Bursa Saham"? Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih. | Cadangan terjemahan tersebut boleh digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.01.2018 |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanyakan perterjemahan perkataan dari Bahasa inggeris ke Bahasa melayu yang khusus dalam bidang ekonomi dan ekonometrik. Perkataan-perkataannya ialah: 1. Real Effective Exchange Rate 2. Error Correction Model 3. Vector Error Correction Model 4. General Autoregressive Conditional heteroskedasticity (GARCH) Terima kasih. | Terjemahan perkataan tersebut tiada dalam sumber rujukan kami. Cadangan kami: 1. Real Effective Exchange Rate - kadar pertukaran berkesan sebenar 2. Error Correction Model - model pembetulan ralat 3. Vector Error Correction Model - model pembetulan ralat vektor 4. General Autoregressive Conditional heteroskedasticity (GARCH) - heteroskedastisiti bersyarat autoregresif am Untuk makluman cadangan terjemaha ini dibuat dengan merujuk buku Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.12.2017 |