| What are the terms below in Bahasa Malaysia? 1. Agile Execution 2. Business Process Re-engineering and streamlining 3. Data Warehouse Management | Kami mencadangkan padanan istilah seperti berikut: 1. Agile Execution: Perlakuan Lincah 2. Business Process Re-engineering and streamlining: Penggarisarusan dan Perekayasaan Semula Proses Perniagaan 3. Data Warehouse Management: Pengurusan Gudang Data Semua padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu laras bahasa. | Istilah | 01.04.2021 |
| Apakah istilah Bahasa Melayu yang sesuai untuk menterjemah istilah "Turnaround Time". Maksud untuk istilah berkenaan ialah "the total time taken between the submission of a program for execution and the return of the complete output to the customer" | Istilah bahasa Melayu untuk "turnaround time" ialah masa pusing balik. Istilah ini terdapat dalam bidang Teknologi Maklumat. | Istilah | 28.02.2013 |
| Salam sejahtera, Bolehkah "Contract of Mere Receipt and Transmission of Orders" diterjemahkan sebagai "Kontrak Penerimaan dan Pemindahan Pesanan Semata-mata"? Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Penggunaan ayat dalam bidang perbankan. Sumber: https://www.emissions-euets.com/internal-electricity-market-glossary/758-execution-of-orders-on-behalf-of-clients-mifid-definitions Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih. | Kami mencadangkan Kontrak penerimaan dan pemindahan/penghantaran pesanan sahaja bagi Contract of Mere Receipt and Transmission of Orders. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.01.2018 |