Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj & n eksekutif: ~ powers, kuasa eksekutif; a business ~, eksekutif perniagaan; in some countries the ~ branch of the government is quite separate from the administrative and judicial branches, di sesetengah negara, cabang eksekutif kerajaan adalah berasingan drpd cabang pentadbiran dan kehakiman. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata executive


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mendapatkan istilah dalam Bahasa Melayu bagi perkatan Executive Editor.Padanan Executive Editor dalam bahasa Melayu ialah Editor Eksekutif.Penyemakan dan penterjemahan05.05.2015
Salam, Apakah terjemahan bagi jawatan "Content Executive"? "Content" dalam konteks ini bermaksud kandungan laman web - teks dan visual. Tugas seorang "Content Executive" adalah untuk menghasilkan kandungan tersebut. Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Eksekutif Kandungan Laman Web atau Eksekutif Kandungan.Istilah14.01.2016
Apakah istilah Bahasa Melayu untuk Independent, Non-Executive Director?Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan Independent Non-Executive Director ialah Pengarah Bukan Eksekutif BebasPenyemakan dan penterjemahan24.01.2020
Apakah terjemahan atau terma yang sesuai bagi menggantikan istilah 'executive talk'? Bagi kegunaan rasmi dan pengendalian majlis, apakah terma yang sesuai bagi menerangkan sesi dialog yang melibatkan interaksi dua hala? Terma tersebut ingin saya masukkan dalam atur cara program/majlis. Terima kasih.

Istilah executive talk tidak ada dalam pangkalan data kami. Padanan istilah bahasa Melayu untuk talk ialah wacana atau ceramah. Cadangan istilah untuk executive talk ialah wacana eksekutif. Dalam Kamus Dewan, wacana bermaksud perbincangan atau pertukaran idea secara lisan. Dialog pula bermaksud perbincangan atau perundingan antara dua pihak yang bertelingkah kepentingannya. 

Istilah18.03.2011
Tuan, Apakah perkataan yang sesuai untuk jawatan "Group Chief Executive Officer", "General Manager, Group Human Resource Management" dan "Assistant General Manager, Group Legal Counsel" ?Padanan bahasa Melayu untuk nama jawatan yang diberikan adalah seperti yang berikut:

1. Group Chief Executive Officer - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
2. General Manager - Pengurus Besar
3. Group Human Resource Manager - Pengurus Sumber Manusia Kumpulan
4. Assistant General Manager - Penolong Pengurus Besar
5. Group Legal Counsel - Penasihat Undang-Undang Kumpulan
Istilah27.02.2014
Kata dalam Bahasa Inggeris ialah : Senior Project Executive. Jika diterjemahkan ke Bahasa Melayu, yang mana betul: Eksekutif Kanan Projek atau Eksekutif Projek Kanan. Minta pencerahan. Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang betul ialah Eksekutif Projek Kanan.Istilah03.11.2016
Tolong menyemak banting ini.Pembetulan:
1. Lelaki dan Wanita
2. Senior Moulding Executive - Eksekutif Pengacuan Kanan
3. Negeri Sembilan DK, Selangor DE
4. Tel. (mesti ada titik), Faks
5. Printed by - Dicetak oleh
6. Managed by - Diuruskan oleh
Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukan Khidmat Nasihat Bahasa DBP.
Tatabahasa01.07.2015
Bolehkah jelaskan tentang penggunaan perkataan "cif" sebagai terjemahan untuk perkataan "chief"? Terima kasih.Untuk makluman, perkataan "cif" tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Dalam pangkalan data kami, perkataan chief diterjemahkan kepada ketua. Contohnya, Chief Executive diterjemahkan kepada Ketua Eksekutif dan Chief Editor diterjemahkan kepada Ketua Editor. Perkataan cif digunakan oleh Polis Diraja Malaysia untuk penamaan jawatan, contohnya Cif Inspektor.Istilah12.04.2012

Kembali ke atas