Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : c. (restrain, self-control, etc) dapat [v]: I thought he ~d great self-control, saya rasa dia betul-betul dapat mengawal diri; d. (responsibility) melaksanakan; 2. give exercise to, cause to exercise, (part of body) membuat senaman [n]; (animal) membawa bersenam: he was advised to ~ his leg as much as possible, dia dinasihati membuat senaman kaki sekerap mungkin; the horse must be ~d to prevent it from getting fat and lazy, kuda itu mesti dibawa bersenam utk mencegahnya drpd menjadi gemuk dan malas; 3. (usu pass.) trouble, (act.) merunsingkan; (pass.) runsing: he was greatly ~d by his son’s financial difficulties, dia amat runsing ttg kesulitan kewangan anaknya. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt 1. make use of, a. (power, influence, right, judgement discretion, etc) menggunakan: everyone should ~ his right to vote, semua orang mesti menggunakan haknya utk mengundi; it is necessary to ~ the utmost discretion when making these inquiries, adalah perlu menggunakan kebijaksanaan yg sepenuhnya apabila membuat pertanyaan-pertanyaan itu; b. (leniency, caution, patience, tolerance) bersikap [adj], ber- [adj]: you will have to ~ patience with him, kamu mesti bersikap sabar dengannya; this is a very sensitive issue and one must ~ great caution in dealing with it, ini ialah isu yg sensitif dan kita mesti berhati-hati dlm menanganinya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi bersenam: to be really fit you should ~ every day, utk benar-benar sihat, kamu seharusnya bersenam setiap hari; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 4. use, application, penggunaan; (of leniency, caution, patience, tolerance) bersikap [adj], ber- [adj]; (restraint, self-control, etc) dapat [v]: the essay topic calls for the ~ of the student’s imagination, tajuk esei itu memerlukan penggunaan daya fikir pelajar-pelajar; the ~ of patience and self-control is necessary in most negotiations, bersikap sabar dan dapat mengawal diri amat perlu dlm kebanyakan perundingan; 5. (mil) latihan: naval ~s, latihan tentera laut; 6. set of actions planned to achieve a particular purpose or effect, usaha: the object of this whole ~ was to woo foreign investors, tujuan seluruh usaha ini adalah utk menarik para pelabur asing; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. series of bodily movements, senaman; take ~, /membuat, melakukan/ senaman, bersenam: the doctor advised him to take more ~, doktor itu menasihatinya supaya bersenam lebih kerap; 2. practice, latihan: she does an hour of vocal ~s every morning, dia membuat latihan suara selama sejam setiap pagi; breathing ~s are important for anyone learning to play a wind instrument, latihan pernafasan mustahak bagi sesiapa yg sedang belajar bermain alat tiup; 3. short piece of work done in school etc, latihan: he found the advanced maths ~s quite easy, dia mendapati latihan matematik lanjutan itu mudah; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata exercise


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan inggeris 'exercise'; di dalam carian kata, perkataan 'eksesais' tidak wujud. Tetapi bagaimana untuk situasi dimana 'exercise' digunakan sebagai satu bidang/sains/'field'/'area' dan bukan sebagai noun/verb sahaja? Seperti 'exercise science' .Perkataan 'senaman' atau 'latihan' tidak melambangkan maksud yang sebenar. Bagaimana caranya untuk sesorang mencadangkan pendaftaran perkataan baru? terima kasihSila kemukakan cadangan istilah baharu tersebut kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka. Tuan juga boleh menghubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi melalui talian 03-21479158/21479155 untuk mendapatkan maklumat lanjut.Istilah17.10.2016
CORPORATE EXERCISEPELAKSANAAN PROSEDUR KORPORAT/PELAKSANAAN PERATURAN KORPORATIstilah22.01.2011
Penggunaan perkataan "Corporate Exercise" untuk diterjemahkan di dalam bahasa malaysia

Cadangan padanan perkataan corporate exercise dalam bahasa Melayu ialah latihan korporat/tatacara korporat/peraturan korporat/amalan korporat. Penggunaannya bergantung pada kesesuaian bidang dan situasi. 

Istilah07.01.2010
Maaf, saya ingin betanya "sky walker" exercise machine. Jika dialihbahasa kepada bahasa melayu dinpanggil sebagai?"Sky walker exercise machine" boleh diterjemahkan sebagai mesin senaman berayun.Makna16.04.2020
Apakah terjemahan untuk (1) 'Safety and Security Manager' (2) Health and Fitness, (3) exercise (4) drill (5) practice ?

(1) Safety and Security Manager - Pengurus Keselamatan

(2) Health and Fitness - kesihatan dan kecergasan

(3) exercise - senaman/latihan

(4) drill - latihan/latih tubi

(5) practice - amalan/latihan

Makna13.10.2009
Maaf, saya ingin bertanya tentang perkataan "sliming turn" exercise machine jika diubah kepada bahasa melayu dipanggil apa ye?Untuk padanan dalam bahasa Melayu yang lebih tepat, sila lampirkan gambar dan fungsi alat tersebut. Terima kasih.Makna16.04.2020
mohon terjemahan bagi "as part of the due diligence exercise of the joint venture, company does not relies on the approved plan". Adakah sesuai dengan "disebabkan oleh pelaksanaan pematuhan piawaian untuk kerjasamaini, syarikat tidak bergantung kepada pelan yang diluluskan". ?Frasa yang betul dari segi tatabahasa ialah "disebabkan pelaksanaan pematuhan piawaian untuk kerjasama ini, syarikat tidak bergantung pada pelan yang diluluskan."Penyemakan dan penterjemahan19.08.2014
Saya mohon pencerahan untuk terjemah "rating of perceived exertion" yang membawa maksud "a subjective measure used to assess an individual perception of how hard they feel they are working during physical activity or exercise", adakah sesuai jika saya terjemah kepada "penilaian upaya yang dirasai"?Padanan perkataan “rating of perceived exertion” ialah penilaian kekuatan kendiri atau penilaian tenaga kendiri bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. Makna18.07.2023
Tuan/Puan, Saya ingin mendapat khidmat nasihat dari pihak tuan berkenaan soalan seperti berikut: Soalan : Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "hold, refrigerating and cool chambers sea-going vessels" dalam konteks ayat di bawah: 1. The carrier shall be bound, before and at the beginning of the voyage, to exercise due diligence to— “….make the holds, refrigerating and cool chambers, and all other parts of the ship in which goods are carried fit and safe for their reception, carriage and preservation. “ " Sama ada boleh diterjemah sebagai "palka, ruang sejuk dingin dan semua bahagian lain kapal yang di dalam barang diangkut sesuai dan selamat bagi penerimaan, pengangkutan dan pemeliharaannya dalam konteks ayat di bawah"? Mohon kerjasama agar jawapan tersebut dikemukakan pada atau sebelum 28 September 2021. Sekian, terima kasih.Cadangan terjemahan yang sesuai ialah "palka, ruang penyejukan dan semua bahagian lain pada kapal yang menempatkan barangan yang dibawa elok dan selamat untuk diterima, dibawa dan dijaga".Penyemakan dan penterjemahan24.09.2021
Adakah penggunaan perkataan eksesais dalam Fakulti Sukan dan Sains Eksesais, Universiti Malaya tepat dan sesuai? Apakah cadangan perkataan lebih sesuai? Ada kerisauan jika dibiarkan suatu masa nanti perkataan itu akan diterima orang awam dan dimasukkan ke dalam kamus. Bukankah lebih elok guna perkataan yang telah sedia ada daripada meminjam bahasa luar?Perkataan 'eksesais' adalah tidak sesuai serta tidak pernah terakam dalam mana-mana kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah exercise ialah latihan atau senaman. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah06.02.2025
12

Kembali ke atas