| Selamat pagi. mohon penjelasan terhadap "extend the meaning of a word". Bolehkah "extend" dalam ungkapan ini diterjemah sebagai "makna perkataan itu dipanjangkan kepada"? Terima kasih. | Pihak kami mencadangkan “extend the meaning of a word” diterjemahkan sebagai “meluaskan makna sesuatu perkataan”.
| Makna | 28.02.2021 |
| Bolehkah perkataan "specific character" dalam ayat di bawah ini dipadankan dengan "sesuatu yang tertentu"? Without prejudice to the generality of subsection (1), and subject to consultation with the Authority, the power of the Minister to give directions shall extend to the giving to it of directions as to the application of proceeds of such disposals, notwithstanding that the directions may be of a specific character: Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), dan tertakluk kepada perundingan dengan Lembaga, kuasa Menteri untuk memberikan arahan termasuk memberikan arahan kepada Lembaga tentang penggunaan hasil daripada aset modal yang dilupuskan itu, walaupun arahan itu mengenai sesuatu yang tertentu: | Ayat yang dicadangkan ialah: Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), dan tertakluk kepada perundingan dengan Lembaga, kuasa Menteri untuk memberikan arahan termasuk memberikan arahan kepada Lembaga tentang penggunaan hasil daripada aset modal yang dilupuskan itu, walaupun arahan itu mengenai sesuatu perkara yang tertentu. | Makna | 24.07.2021 |
| Assalamualaikum Tuan, Pertanyaan saya seperti berikut: - 1) “Junk cleaner analyzes background hibernate apps and running apps overheating your phone” diterjemahkan kepada “Pembersih sarap menganalisa aplikasi berehat sementara latar belakang dan aplikasi yang sedang berjalan yang menjadikan telefon anda terlampau panas”. Adakah “hibernate” sesuai diterjemahkan kepada “berehat sementara”, “hibernat” dan “hibernasi”? Jika tidak sesuai, diharap tuan dapat memberikan penjelasan dan perkataan yang betul serta penggunaan imbuhan yang tepat. 2) “Battery Power Saver extend battery life by analyzing battery status and hibernating battery-draining apps.” diterjemahkan kepada “Penjimat Kuasa Bateri memanjangkan hayat bateri dangan menganalisa status bateri dan merehatkan sementara aplikasi pengalir bateri.” Adakah “hibernating” sesuai diterjemahkan kepada “merehatkan sementara”, “menghibernatkan” dan “menghibernasikan”. Jika tidak sesuai, diharap tuan dapat memberikan penjelasan dan perkataan yang betul serta penggunaan imbuhan yang tepat. Sekian, terima kasih. | Waalaikumussalam. Terjemahan yang sesuai adalah seperti yang berikut: 1) Pembersih sarap menganalisis aplikasi rehat sementara di latar belakang dan aplikasi sedang jalan yang menjadikan telefon anda terlampau panas. 2) Penjimat Kuasa Bateri memanjangkan hayat bateri dengan menganalisis status bateri dan aplikasi susut kuasa bateri yang sedang rehat sementara. Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.03.2017 |