Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. act of making extinct, state of being extinct, kepupusan, (menjadi) pupus: the ~ of these species of plant, kepupusan spesies tanaman ini; scientists fear that the panda is in danger of ~, ahli-ahli sains khuatir beruang panda akan menjadi pupus; hilltribes threatened with ~, puak bukit yg hampir pupus; 2. (fml) act of extinguishing, a. (fire) pemadaman; b. (hope etc) melenyapkan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata extinction


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
memohon pencerahan perkataan term "escape extinction" bahasa inggeris yang digunapakai untuk teknik reinforcement kanak - kanak. Adakah bersesuaian jika saya menggunakan maksud bahasa melayu dari "escape extinction" keypads "melepaskan diri dari kepupusan"Padanan bahasa Melayu bagi istilah escape extinction ialah penghapusan lepas diri. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah15.11.2022
Salam sejahtera. Apakah istilah yang sesuai bagi "pseudo-extinction", yang digunakan misalnya untuk merujuk kepupusan dinosaur. Adakah sesuai jika "pseudo-kepupusan" digunakan? Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "pseudo-extinction". Oleh itu, pseudokepupusan atau pseudopupus boleh digunakan.Istilah09.04.2015
Nama saya Farouk Azim dan saya seorang penggemar bahasa yang berminat tentang bahasa-bahasa Orang Asli. Merujuk kepada artikel bertajuk "Orang Asli voices may go silent as languages face extinction" yang menyatakan JAKOA bersama DBP telah dan masih membuat kajian untuk bahasa-bahasa Orang Asli untuk menghasilkan kamus daripada hasil kajian tersebut, saya ingin mengetahui jika saya boleh mendapat apa-apa kemaskini status atau laporan tentang kajian tersebut? Di samping itu, saya ingin mengetahui jika ada apa-apa usaha lain untuk mendokumentasikan bahasa-bahasa Orang Asli menggunakan media seperti rakaman audio dan video supaya lebih mudah untuk seseorang mempelajari bahasa-bahasa Orang Asli? Saya berharap pihak DBP dapat memberikan jawapan kepada soalan-soalan saya.
Assalamualaikum wbt tuan yang dihormati,
 
DBP bekerjasama dengan KPM termasuklah pihak JAKOA bagi menjayakan Program UNESCO: Melestarikan Bahasa Sukuan dan Bahasa Daerah. Program ini melibatkan pengumpulan data lapangan dan pengesahan data entri untuk penerbitan Daftar Kata. Pihak kami juga sedang usahakan medan audio di dalam Sistem Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk mendokumentasikan entri bahasa sukuan dan bahasa daerah tersebut. Berikut merupakan senarai projek UNESCO bahasa orang Asli yang sedang kami usahakan untuk tahun 2020, antaranya:
i)     Daftar Kata Bahasa Semai / ii)    Daftar Kata Bahasa Jedek/Jahai / iii)   Daftar Kata Bahasa Kanaq
    
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi:               
Nor Azianti binti Abd Aziz,
Bahagian Peristilahan dan Leksikologi,
Tel.:  03 2147 9158
Lain-lain23.01.2020

Kembali ke atas