| Bolehkah saya terjemahkan "dexterous" kepada cekap? Berikut merupakan definisi yang diberikan oleh Cambridge Dictionary having the ability to perform a difficult action quickly and skilfully with the hands; having the ability to think quickly and effectively or to do something difficult extremely well | Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak melaksanakan fungsi terjemahan. Saudara bolehlah merujuk kepada Institut Terjemahan & Buku Malaysia untuk jawapan yang lebih tuntas. Walau bagaimanapun, merujuk kepada Kamus Oxford Fajar Advanced Learners English-Malay Dictionary (Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 2001), ada dua padanan yang diberikan untuk dexterous, iaitu (a) skilful with one's hand, cekap: She's very dexterous with the knitting needles. Dia sangat cekap mengendali jarum kait. (b) skilfully perform, tangkas: a dexterous movement pergerakan yang tangkas. Kedua-dua padanan ini adalah berbeza mengikut konteks ayat atau penggunaannya.
| Penyemakan dan penterjemahan | 06.02.2024 |