apakah biodata rejab F.I dan sumbangan serta antologi puisinya | Salam. Terima kasih atas pertanyaan sdr. Bagi mendapatkan maklumat lengkap tentang penulis Rejab F.I., silalah rujuk kepada buku Biografi Penulis WAJAH Edisi Ketiga, terbitan DBP 2005. Selamat berjaya! Wassalam. | Lain-lain | 23.03.2009 |
1. Adakah huruf (b) merujuk pada bani Israel huruf kecil atau besar? 2. Dalam kisah Nabi Musa AS, adakah huruf (f) merujuk pada firaun huruf besar atau kecil? | Bani Israel dieja dengan menggunakan huruf pangkal huruf b besar (B). Bani Israel tergolong dalam kumpulan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda yang khusus tetapi bukan hidup. Firaun dieja dengan menggunakan huruf pangkal huruf f besar (F). Firaun tergolong dalam kumpulan kata nama khas hidup manusia. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008) halaman 96 - 98. | Ejaan | 18.07.2024 |
Salam, bagaimana mahu terjemah ayat ini? Nikon ultra-wide PC Nikkor 19mm f/4E ED tilt-shift lens Terima kasih. | DBP tidak mempunyai istilah bahasa Melayu yang khusus untuk perkataan yang diberikan. Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "Nikon ultra-wide PC Nikkor 19mm f/4E ED tilt-shift lens ialah Lensa ultraluas PC Nikkkor 19mm f/condong-anjak 4E ED Nikon. | Istilah | 04.11.2016 |
E White Graphic Sep 21st, 12:02pm Saya adalah syarikat grafik di Ipoh. Mahu tanya tentang beberapa perkatan inggeris translate Bahasa Malaysia. accounting system pos system f & b system solfware authorised dealer amat berharap pihak dewan bahasa dan pustaka menjawab pertanyaan saya. | Salam Sejahtera. Cadangan kami: 1. accounting system = sistem perakaunan 2. post system = sistem pos 3. f & b system = sistem f & b 4. software = perisian 5. authorises dealer = pengedar sah Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.09.2015 |
Dalam kamus DBP "faham" dan "fikir" dimasukkan sebagai entri di bawah "faham: fikir". tetapi apabila mendapat imbuhan "faham" menjadi "memahami" dan "fikir" menjadi "memikirkan" seolah-olah daripada kata "paham" dan "pikir". Mengapakah /f/ itu tidak digantikan dengan /p/ sahaja? Mengapakah ini dijadikan satu kekecualian sedang kedua-dua kata sudah mantap dalam bahasa Melayu? | Rumus tatabahasa, kata dasar yang bermula dengan huruf f akan megalami pengguguran huruf pertama (f) dan digantikan dengan huruf m apabila menerima apitan me-...-i, me-...-kan, me-...-an. Hal kekecualian juga ditetapkan oleh penyusun buku tatabahasa kerana penggunaan yang sedia ada telah diterima dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 25.07.2012 |
Erti Simpulan Bahasa a) Jalan Buntu b) Jalan Tengah c) Lepas Tangan d) Campur TAngan e) Angkat Tangan f) Bangkai Bernyawa g) Simpul Mati h) Atas Angin i) Jalan Belakang | Makna Simpulan Bahasa: a) Kegagalan mencapai persetujuan dan sebagainya dalam perundingan dan lain-lain. b) Keputusan (pendapat) yang diambil antara dua (atau beberapa) pendapat yang berbeza. c) Tidak masuk campur dalam sesuatu hal. d) Mengambil bahagian dalam atau memasuki hal orang (kejahatan dan lain-lain). e) Menyerah kalah. f) Orang yang terlibat dalam penagihan dadah yang teruk sehingga kurus kering, tidak bermaya dan menimbulkan masalah kepada keluarga, masyarakat dan sebagainya. g) Ikatan yang susah diurai. h) Berbuat sesuatu atas perbelanjaan orang lain. i) Cara melakukan sesuatu dengan tidak mengikut peraturan yang telah ditentukan. | Lain-lain | 10.05.2009 |
Maksud yang tepat bagi perkataan-perkataan dibawah:- a.brochure b.pamplet c.banner d.catalog e.flyers f.bunting | a. Brochure (Brosur) : Buku kecil atau risalah yang diterbitkan bagi meningkatkan imej sesuatu organisasi atau kumpulan. Biasanya, buku ini mempunyai halaman hadapan yang menarik. b. pamphlet : risalah c. banner - kain rentang iaitu jaluran kain yang panjang, yang direntang melintang atau sepanjang jalan. d. catalog - katalog iaitu senarai atau daftar nama buku, barang dll dlm susunan tertentu (kadang-kadang terdapat harganya sekali). e. flyer - risalah iaitu surat edaran (siaran): siaran itu dikeluarkan dgn rasmi melalui akhbar-akhbar f. bunting - gegantung iaitu (rangkaian) jalur kain dsb yg digunakan utk menghebahkan sesuatu kegiatan, produk dll. Untuk makluman, saudara boleh terus membuat carian kata pada ruangan carian spesifik pada paparan utama semasa saudara melayari laman web DBP. Ini merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh DBP bagi membantu pengguna membuat carian kata dengan cepat dan mudah. Terima kasih. | Istilah | 17.02.2009 |
Untuk frasa "kepentingan kandungan fluorida", huruf F dalam perkataan "fluorida" mestilah dalam huruf kecil atau besar? Terima kasih. | fluorida - huruf kecil | Istilah | 05.06.2018 |
Saya dan beberapa pensyarah Jabatan Perubatan PPUKM ingin mengadaptasikan satu ujian neuropsikologi yg digunakan di negara Barat untuk kegunaan masyarakat Malaysia. Dalam ujian tersebut, pesakit akan diminta untuk menamakan sebanyak mungkin perkataan yang bermula dari huruf "F", "A", dan "S" dalam tempoh satu minit setiap satu huruf. Dan skor pesakit adalah berdasarkan jumlah perkataan yang berjaya dinamakan. Walaubagaimanapun, pihak kami berpendapat, agak sukar bagi pesakit di Malaysia untuk menamakan perkataan2 berbahasa Melayu yang bermula dari huruf "F" dan ini menyebabkan pesakit akan mendapat skor yang rendah yang tidak menggambarkan pencapaian beliau yang sebenar. Oleh itu kami ingin mendapatkan khidmat nasihat pihak tuan untuk menggantikan huruf-huruf yang sesuai bagi ujian tersebut terutama penggantian huruf "F". Untuk makluman tuan, menurut versi asal ujian tersebut huruf2 berkenaan dipilih berdasarkan kekerapan penggunaan dalam perkataan berbahasa inggeris. Khidmat nasihat dan kerjasama tuan dalam hal ini amat2 dihargai. Terima kasih. | Soalan puan memerlukan perincian dan data yang sahih yang berkaitan dengan bidang berkenaan. Pihak kami berusaha untuk mendapatkan maklumat yang berkenaan dengan Bahagian Perkamusan dan akan kami e-melkan data yang diperlukan kepada Puan Khairiyah dengan kadar segera. | Tatabahasa | 11.12.2012 |
apakah maksud perkataan berikut beserta dengan contoh ayat a) pasang siap b) pasang besar c) pasang layar d) pasang turun e) pasang iklan f) pasang jaga | a. pasang siap = yang dibina atau dibuat dengsn mengena-ngenakan atau mencantum-cantumkan bahagian-bahagiannya yang telah disediakan atau dibuat terlebih dahulu. b. pasang besar = air pasang besar pada masa bulan muda (atau penuh); c. pasang layar = menaikkan (mengenakan) layar d. pasang turun = air laut (sungai) surut atau turun e. pasang iklan = memasukkan iklan (dalam akhbar, majalah, dan lain-lain); f. pasang jaga = menempatkan (mengadakan) jaga. | Makna | 13.02.2013 |