Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa]/[fa/] | فاء

Definisi : 1. huruf ke-20 abjad Arab (mempunyai nilai 80); 2. huruf ke-22 abjad Jawi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Yang mana ejaan yang betul? (a) Taufufa (b) Taufufah (c) Taufu fa (d) Taufu fah Terima kasih.
TAU FU FAA MERUPAKAN NAMA SEJENIS MAKANAN YANG TERDAPAT DI MALAYSIA. NAMUN, PERKATAAN TAU FU FA  BELUM ADA DI DALAM KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT.
Tatabahasa18.09.2012
Salam sejahtera, saya ingin tahu tentang ayat berikut dari segi pola ayat dasarnya. 1. Kemudahan awam di negara ini bertaraf dunia. Apakah berpola FN + FK atau FN + FA? Sekian terima kasih.Kemudahan awam di negara ini bertaraf dunia - pola ayat FN + FA. Tatabahasa11.02.2011
Umum kita difahamkan bahawa Kata Pemeri 'adalah' digunakan di hadapan FS dan/atau FA. Jurubahasa ada juga menasihati dan melarang penggunaan 'adalah' di hadapan FK, walaupun tidak ada apa-apa penegasan rasmi dibuat di dalam buku teks tentang peraturan dan pertalian 'adalah' dengan FK. Harap beri pandangan DBP tentang penggunaan 'adalah' dalam ayat di bawah ini, dan huraikan sama ada 'ialah' boleh/ tidak boleh diganti dalam ayat di bawah serta beri sebab-sebab dari segi hukum tatabahasa: "Matlamat menyertai HK Filmart 2011 adalah mewujudkan dan industri media melain merancang strategi pasaran luar ...." (BH 15Sep11)

Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja dan frasa kata kerja. (Rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 264) Kata pemeri "adalah" tidak perlu hadir dalam ayat tersebut dan ayat tersebut perlu dilengkapkan kerana kata kerja "mewujudkan" tidak diikuti dengan objek untuk melengkapkan ayat.

Tatabahasa15.09.2011
apakah pola ayat bagi ayat yang berbunyi " Rakyat di negara ini sangat bermurah hati" ?

Saudara Fykheng,

Pola ayat tersebut adalah FN+FA.

Tatabahasa27.08.2009
15 contoh ayat bagi empat bentuk frasa yang terdapat dalam bintang sintaksis.

Frasa yang terdapat dalam sintaksis bahasa Melayu ialah FN + FN, FN + FA, FN + FS  dan FN + FK. Untuk mengetahui  contoh ayat bagi empat bentuk frasa sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.  

 

Tatabahasa21.02.2008
Ada dua soalan yang saya ingin utarakan 1. Pertama, Saya merujuk kepada motto Kementerian Pertanian dan Industri asas tani yakni "pertanian adalah perniagaan".. adakah motto tersebut menepati struktur nahu tatabahasa bm? kerana pada hemat saya, penggunaan kata pemeri 'adalah' hanya utk struktur pola FN+FK, FN+FA, dan FN+FSN. dalam motto tersebut, perniagaan merujuk kpd FN.oleh itu, kata pemeri 'ialah' sepatutnya digunakn utk pola 'FN+FN' 2. Kedua, merujuk kepada Tatabahasa Dewan (TBD) mengenai topik ayat dasar. sy fikir pola-pola ayat dasar menurut TBD iaitu FN+FN, FN+FA, FN+FK,FN+FSN bercanggah dengan Teori Tatabahasa Transformasi Generatif. Ini dapat dibuktikan melalui rajah pohon skema X berpalang. cth ayat FN+FN seperti 'Abu guru sekolah'.kenapa masih dapat dizahirkan kata pemeri 'ialah' dalam ayat dasar tersebut menjadi 'Abu ialah guru sekolah'. Jika merujuk semula penegasan TBD, bukankah ayat dasar sepatutnya bentuk paling tunggal sesuatu ayat.Jelaskan

 Puan Ulysess,

1.  Pandangan puan terhadap penggunaan kata pemeri "ialah" untuk  cogan kata agensi tersebut betul, iaitu  Pertanian ialah Perniagaan. 

2. Untuk makluman puan, penggunaan kata pemeri "ialah" atau "adalah" dalam bahasa Melayu adakalanya bersifat pilhan. Maksudnya, tidak salah kalau kita tidak menggunakannya dalam ayat. Sebagai contoh, mari kita melihat ayat seperti yang di bawah ini:

    (a)   Abu (ialah) guru sekolah.

    (b)  Wang itu (adalah) untuk perbelanjaan sekolahnya.

   Dalam ayat (a) dan (b) perkataan ialah  dan adalah yang ditulis dalam kurungan merupakan pilihan. Maksudnya, kita boleh menggunakan ialah dan adalah tetapi tidak menjadi kesalahan sekiranya kita tidak menggunakannya. Oleh itu,  kedua-dua ayat puan betul penggunaan tatabahasa; Abu ialah guru sekolah dan abu guru sekolah.  

Tatabahasa08.04.2009
Yang mana betul? 1. Dia sampai lewat di sekolah. 2. Dia lewat sampai di sekolah. Soalan: Bagi "sampai lewat" ia adalah FK dengan intinya "sampai" dan keterangannya "lewat". Tetapi kalau kita anggap "lewat sampai" sebagai FA, dengan intinya "lewat"....macam betul juga.Kedua-dua ayat tersebut betul.Tatabahasa03.04.2012
Selamat petang, Soalan saya,Saya sebagai guru tadika ingin tahu pada masa kini,Bahasa Malaysia diajar melalui sebutan atau diajar melalui suku kata. Contohnya perkatan durian, fail dan buah-buahan. Adakan ejaannya seperti berikut:-du+ri+an / fa+il / bu+ah-bu+ah+an atau du+rian / fail + buah+bua+han. Saya mendapati bahawa kebanyakan penerbitan mempunyai suku kata atau ejaan yang berlainan. Dimana saya boleh mendapat sebuah buku ejaan terkini yang betul, sila beritahu secepat mungkin. Beribuan terima kasih atas pertolongan tuan/puan.Lazimnya, murid tadika diajar pemenggalan perkataan berdasarkan sebutan. Oleh itu pemenggalan berdasarkan sebutan untuk durian = du + rian, fail = fail,  buah-buahan = buah+bua+han. Saudara boleh merujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, terbitan DBP tahun 2008 untuk tujuan tersebut.  Istilah17.03.2010
Tuan/Puan, Sila rujuk lampiran fail. Harap tuan/puan boleh menjawab seawal yang mungkin. Sekian terima kasih.1. Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif atau kata sifat sebagai kata intinya. Contoh FA: kacak sungguh. Contoh ayat FN + FA : Orang muda itu +  kacak sungguh.2. Burung pucung ialah burung yang tinggi, lemah-lembut dan panjang kakinya. Sebelum menangkap ikan ataupun katak dengan paruhnya yang panjang, burung pucung akan menunggu dengan sabar untuk haiwan itu berenang di depannya.  Nya berfungsi sebagai pembenda. Contoh: ...perkataan yang mengikutinya; Ejaannya ialah...3. Ialah untuk kata nama.4. Dalam buku  Tatabahasa Dewan, ia ialah kata ganti nama orang ketiga. 5. Rusa itu berlari ke dalam hutan tetapi tanduk rusa tersangkut pada dahan-dahan pokok. Rusa bertambah takut apabila kedengaran salakan anjing semakin dekat. Rusa cuba melepaskan tanduknya  daripada dahan-dahan itu. Akhirnya, kaki rusa yang kuat itu dapat menolong rusa melepaskan diri.Rusa itu berlari ke dalam hutan tetapi tanduk rusa tersangkut pada dahan-dahan pokok. Rusa bertambah takut apabila kedengaran salakan anjing semakin dekat. Rusa cuba melepaskan tanduk‘nya’ daripada dahan-dahan itu. Akhirnya, kaki rusa yang kuat itu dapat menolong rusa melepaskan diri. 6.          Ya. 7.         Ayat yang betul adalah seperti berikut:(h) Budak itu pelukis yang handal. (i) Singa haiwan yang memakan daging.(j) Perkara itu menjadi buah mulut orang ramai. Tatabahasa30.07.2011
Salam sejahtera, Mohon penerangan tuan tentang "ayat dasar" beserta contohnya. Terima kasihAyat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain yang berasal daripada beberapa pola tertentu. Empat pola ayat dasar bahasa Melayu ialah FN + FN, FN + FK, FN + FA dan FN + FS. Contoh ayat dasar: Encik Ahmad guru sekolah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 437.Tatabahasa09.07.2012
12

Kembali ke atas