Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.é.dah] | فاءيده

Definisi : (faédah) 1. guna, manfaat: apa ~nya mencintai orang yg tidak mencintai kita; 2. bayaran yg dikenakan atas pinjaman atau kredit, bunga: kakitangan kerajaan diberi pinjaman perumahan atas kadar ~ 4% setahun; ~ terakru faedah terkumpul yg belum dijelaskan; berfaedah berguna, bermanfaat, memberi keuntungan: nampaknya tidaklah ~ negara yg berjiran menentang satu sama lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fa.é.dah] | فاءيده

Definisi : /faédah/ 1 sesuatu yg mendatangkan kebaikan; guna: Buah kelapa banyak ~nya. 2 sejumlah wang yg diperoleh apabila menyimpan wang di sesebuah bank dll (utk jangka masa tertentu); bunga; laba; untung: Bank perdagangan memberikan kadar ~ yg tinggi utk wang simpanan para pelanggannya. 3 sejumlah wang yg perlu dibayarkan apabila meminjam wang dr bank dll: Kebanyakan bank mengenakan kadar ~ 10% utk wang yg dipinjamkannya. berfaedah mendatangkan faedah; memberikan kebaikan atau keuntungan; berguna: Tidak ~ lagi kita menunggu di sini kerana sudah sebegini lama, yg ditunggu tak kunjung tiba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata faedah

Peribahasa

Menuntut piutang lapuk.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, objek abstrak boleh digandakankah? Contoh: 1. ciri-ciri 2. contoh-contoh 3. kesan-kesan 4. kepentingan-kepentingan 5. faedah-faedah 6. aktiviti-aktiviti/kegiatan-kegiatan 7. perasaan-perasaan 8. pandangan-pandanganTidak perlu digandakan perkataan tersebut, tunggal atau jamak boleh ditentukan berdasarkan konteks ayat yang digunakan.Tatabahasa11.05.2014
salam tuan, saya ingin penjelasan tentang penggunaan : mendapat banyak faedah, ... dsb. banyak mendapat faedah, ... dsb. mana yang betul?

Encik Suhaimi terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

 Banyak mendapat faedah adalah lebih betul. Terima kasih

 

Tatabahasa04.08.2009
Ayat manakah yang betul 1. Membaca banyak memberikan faedah kepada kita. 2. Membaca memberikan banyak faedah kepada kita. Tolong jelaskan,terima kasih.

Ayat 1- “banyak memberikan” ialah frasa kerja transitif (FKT) yang perlu diikuti oleh objek kata nama (faedah). Ayat ini gramatis kerana FKT yang berfungsi sebagai predikat betul. Kata kerja transitif (KKT) “memberikan” diikuti oleh kata nama “faedah” yang mematuhi hukum tatabahasa, iaitu KKT + FN (objek).

Ayat 2- “ memberikan banyak” tidak gramatis kerana tidak mengikut rumus KKT + FN (objek).  Kata “banyak” bukan kata nama yang boleh berfungsi sebagai objek kepada KKT (memberikan). Kata banyak  di sini ialah kata adjektif.

Walau bagaimanapun, mengikut pendapat Prof. Emeritus Nik Safiah Karim, “memberikan banyak” boleh digunakan kerana kata adjektif “banyak” dapat berfungsi sebagai kata nama. Oleh itu kedua-dua pilihan ayat yang dinyatakan boleh digunakan.    

Tatabahasa02.03.2018
Tuan, untuk '30% discount' atau '0% interest', yang manakah terjemahan yang betul? 'Diskaun 30%' dan 'faedah 0%' atau 30% diskaun dan 0% faedah. Numbor dulu atau subjek? Atau kedua-duanya pun betul? Terima kasih.Dalam bentuk frasa yang lengkap ialah 'diskaun sebanyak 30%' dan 'kadar faedah sebanyak 0%'. Walau bagaimanpun dalam laras iklan 'diskaun 30%' dan 'faedah 0%' boleh diterima.Tatabahasa18.11.2011
Apakah perbezaan di antara faedah, hasil, hak, kepentingan dan manfaat dalam isu harta?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud faedah ialah sesuatu yang mendatangkan kebaikan. Manakala hasil pula bermaksud sesuatu yang diperoleh daripada se­suatu usaha, tanah, tanam-tanaman dan lain-lain. Maksud hak ialah yang benar, manakala kepentingan pula ialah sesuatu yang penting atau yang sangat dihargai dan akhir sekali maksud manfaat ialah sesuatu yang mendatangkan kebaikan.  Maka perbezaan di antara faedah, hasil, hak, kepentingan dan manfaat dalam isu harta mempunyai maksud yang tersendiri mengikut konteks ayat.Makna13.05.2016
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang penggunaan frasa "...kita akan peroleh..." dan "...akan kita peroleh...". Penggunaan yang manakah yang betul? Contoh ayat: Banyak faedah yang kita akan peroleh jika menyertai program ini. atau Banyak faedah yang akan kita peroleh jika menyertai program ini. Terima kasih.Banyak faedah yang kita akan peroleh jika menyertai program ini.Lain-lain23.02.2018
kata berlawan 1.faedah 2.mahu 3.membantuKata lawan yang lazim digunakan bagi perkataan yang berikut ialah: 1. faedah - rugi, 2. mahu - enggan, 3. membantu - menolak (lepas tangan).Lain-lain24.10.2009
1. memberi dorongan / memberikan dorongan 2. Membaca banyak mendatangkan faedah kepada kita/ Membaca mendatangkan banyak faedah kepada kita. 3. Apabila tiba di / ke lintasan belang, kita harus menoleh ke kiri dan kanan sebelum melintas jalan. 4. Kita harus sentiasa berjaga-jaga demi menjaga keselamatan kita/ keselamatan kita.

Berikut ialah jawapan yang betul:
1. Memberikan dorongan tetapi perlu ditambah kepada siapa. 2. Kedua-duanya betul. 3.  Apabila tiba di lintasan belang, kita harus menoleh ke kiri dan ke kanan sebelum melintas (telah tiba, gunakan "di"). 4. Kita harus berjaga-jaga demi keselamatan kita.

Tatabahasa21.04.2010
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Bagi teks Bahasa Inggeris "20 Days Interest Free Offer", yang mana satukah merupakan terjemahan yang betul: a) "Tawaran Bebas Caj Faedah 20 Hari"; atau b) "Tawaran 20 Hari Bebas Caj Faedah"? Sekiranya terdapat lebih dari satu adjektif yang menyifatkan sesuatu perkara (cth: big bad savage-looking wolf), apakah aturan yang betul apabila menterjemahkan adjektif-adjektif tersebut? Terima kasih.Padanan terjemahan yang betul ialah: Tawaran Tanpa Caj Faedah 20 Hari. Teknik terjemahan boleh saudara ketahui dengan merujuk buku Teori dan Teknik Penterjemahan oleh Ainon Mohd. dan Abdullah Hassan terbitan Persatuan Penterjemah Malaysia atau buku Panduan Menterjemah oleh Ainon Mohd. terbitan DBP.
Penyemakan dan penterjemahan04.06.2018
Chow Sheng Mar 9th, 10:13am Berjoging ialah senaman yang mendatangkan banyak faedah Chow Sheng Mar 9th, 10:17am ayat ini ayat majmuk atau ayat tunggal ?Ayat "Berjoging ialah senaman yang mendatangkan banyak faedah" ialah ayat majmuk.Tatabahasa09.03.2015
12345

Kembali ke atas