apakah maksud liberalisme? | Menurut Kamus Dewan, liberalisme ialah fahaman yg liberal, fahaman atau pendirian yg mahukan demokrasi serta kebebasan dlm kegiatan ekonomi. | Makna | 28.07.2007 |
Saya ingin bertanya mengenai penggunaan istilah "Prevent Violent Extremism" dalam bahasa melayu yang betul kerana kami dalam proses membuat pelan tindakan kebangsaan berhubung FAHAMAN MELAMPAU YANG MENGGUNAKAN KEGANASAN (PREVENT VIOLENT EXTREMISM). Adakah terjemahan yang kami gunakan ini betul? dan jika kurang tepat mohon dicadangkan kepada kami penggunaan istilah yang betul | Cadangan terjemahan yang boleh digunakan ialah Mencegah Fahaman Pelampau Keganasan bagi frasa prevent violent extremism. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.11.2018 |
apakah maksud sekularisme? | Sekularisme ialah fahaman yang menolak nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan sosial manusia | Makna | 29.08.2006 |
salam. saya seorang guru yang sedang berhadapan dengan masalah fahaman murid dalam penggunaan penanda wacana. keadaan ini timbul kerana pelajar saya telah disogokkan oleh pihak luar dengan beberapa maklumat yang mengelirukan. untuk itu saya ingin mendapatkan huraian yang lebih jelas tentang penanda wacana serta bilangan penanda wacana yang telah dimaktubkan oleh pihak dbp. | Penanda wacana penting untuk mewujudkankesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana. Terdapat lima penanda wacana yang lazim digunakan iaitu penanda penghubung, penanda rujukan, penanda penggantian, penanda leksikal dan penanda elipsis atau pengguguran. Terdapat kriteria tertentu yang membezakan antara setiap jenis tersebut. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 525. | Tatabahasa | 31.07.2010 |
Saya ingin bertanya adakah penggunaan perkataan "Solidariti pasca banjir' di dalam ayat di bawah sesuai atau menepati maknanya. Pada masa inilah rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman dan pegangan telah menunjukkan keutuhan solidariti pasca banjir menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan sokongan moral kepada mangsa-mangsa banjir termasuk pengusaha kraf untuk bangkit semula meneruskan kehidupan. | Pada masa inilah rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman dan pegangan telah menunjukkan keutuhan solidariti, menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan sokongan moral kepada mangsa-mangsa banjir termasuk pengusaha kraf untuk bangkit semula meneruskan kehidupan. Tiada masalah dengan penggunaan perkataan solidariti dalam konteks ayat yang tersebut, hanya gugurkan perkataan pascabanjir. | Tatabahasa | 06.03.2015 |
Boleh saya dapatkan penjodoh bilangan yang paling tepat untuk buli ayam? Pada fahaman saya ialah setangkai bulu ayam tetapi ada juga yang memberi jawapan sebatang bulu ayam.. Mohon bantuan daripada pihak dpb.. Trima kasih.. | Untuk makluman puan, tidak semua perkataan menerima penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Penjodoh bilangan yang hampir bagi bulu ialah sehelai. | Tatabahasa | 26.10.2015 |
Apakah yang dimaksudkan dengan politik perterjemahan? kerana makna politik itu berlainan dalam fahaman saya, jadi apabila digabungkan dua perkataan ini, saya jadi kurang jelas dengan maknanya. | Politik penterjemahan merujuk peranan bahasa (bahasa utama yang digunakan oleh sesuatu komuniti) apabila membuat pentafsiran isu, teori atau istilah politik. Oleh sebab itu, dapat dilihat beberapa istilah politik berdasarkan bahasa sesuatu etnik yang kemudian diterima umum, seperti coup d'etat (bahasa Perancis yang bermaksud rampasan kuasa). | Makna | 29.06.2014 |
Apakah benarkah istilah atau perkataan teknikal tidak boleh digunakan dalam Bahasa Melayu? Fahaman saya Bahasa Melayu menerima unsur pengaruh daripada bahasa luar termasuk Bahasa Inggeris kerana sifatnya yang dinamik dan berkembang. Manakah penggunaan yang tepat, pendidikan teknikal dan vokasional atau pendidikan teknik dan vokasional? Terima kasih, | Istilah atau perkataan teknikal boleh digunakan dalam Bahasa Melayu. Antara konsep pembentukan istilah ialah mengambil istilah yang ada dalam pelbagai dialek dan kemudiannya barulah bahasa asing. Cara mengejanya adalah mengikut kaedah ilmiah pembentukan istilah.Bahasa Melayu sebagai bahasa yang dinamik tidak terkecuali dalam hal ini dan menerima unsur/pengaruh daripada bahasa luar termasuk bahasa Inggeris atau bahasa yang lain juga. Penggunaan yang tepat ialah pendidikan teknikal dan vokasional. | Tatabahasa | 23.07.2008 |
Apakah terjemahan untuk 'collectivist' dan 'collectivistic'? | Collectivist ialah seseorang yang menyokong fahaman politik berhaluan kiri, manakala collectivistic ialah sifat bagi penyokong tersebut. Belum ada terjemahan perkataan tersebut dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.07.2014 |
Antara gagasan dan wawasan yang mana lebih utama@lebih hebat | Wawasam membawa maksud: 1. fahaman atau tanggapan berkenaan sesuatu hal, pandangan, konsepsi 2. pandangan jauh (terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan) bagi mencapai matlamat penting sesebuah organisasi atau negara, visi. Manakala, gagasan membawa maksud buah fikiran yg dijadikan saranan, idea. Jika melihat dari segi makna, wawasan ialah pandangan yang jauh. | Makna | 19.03.2015 |