Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fahami


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin menggunakan perkataan fahami dalam ayat. Betulkah ayat berikut? Oleh itu, harus kita fahami bahawa peranan perpustakaan sekarang sudah berubah.Kata "fahami" dalam konteks ayat tersebut berfungsi sebagai kata kerja transitif dalam ayat pasif. Ayat yang betul, ialah Oleh itu, harus "Harus kita fahami peranan perpustakaan kini sudah berubah".Tatabahasa14.06.2023
saudara saya ingin bertanya adakah ayat seperti berikut benar atau palsu. " fahami seorang yang tajam akal"Ayat ini perlu dibetulkan menjadi, "fahami seseorang yang tajam akalnya".Tatabahasa18.03.2008
Tuan, antara kedua-dua ayat yang saya utarakan ini, yang manakah betul? 1. Keterangan cikgu tentang subtopik ini tidak saya fahami. 2. Keterangan cikgu tentang subtopik ini saya tidak fahami. Tumpuan pertanyaan saya adalah pada kedudukan kata nafi "tidak" dalam ayat pasif orang pertama dan orang kedua. Di manakah kata nafi "tidak" patut diletakkan? Di hadapan kata ganti nama diri orang pertama dan kedua, atau di belakang kata ganti nama diri orang pertama dan kedua?Ayat yang betul ialah Keterangan cikgu tentang subtopik ini tidak saya fahami.
Tatabahasa24.12.2014
Adakah ayat-ayat di bawah betul dari segi penggunaan tatabasa dan istilahnya? 1. Guru luar bandar perlu 'fahami' transformasi pendidikan negara 2. 'Justeru', amat penting sesebuah universiti menekankan nilai-nilai kemanusiaan dalam jiwa mereka. 3. Polis Rusia telah menahan sekumpulan orang,menurut jawatankuasa 'antikeganasan' negara. 4. Salah satu daripada letupan 'mensasarkan' pasar ikan di Baga Sola 'ketika' dua lagi berlaku di sebuah kem pelarian di luar bandar.Jawapan:

1. Guru luar bandar perlu 'fahami' transformasi pendidikan Negara. - Ayat ini tidak gramatis. Ayat yang tepat: Guru luar bandar perlu memahami transformasi pendidikan Negara.
2. 'Justeru', amat penting sesebuah universiti menekankan nilai-nilai kemanusiaan dalam jiwa mereka. - Perkataan justeru tidak boleh diletakkan di pangkal ayat kerana justeru merupakan penanda wacana. Contoh ayat: Saya amat menyayangi dia, justeru merancang untuk melamarnya hujung bulan ini.
3. Polis Rusia telah menahan sekumpulan orang, menurut jawatankuasa 'antikeganasan' negara. = Ayat ini tidak gramatis. Ayat yang lebih tepat: Polis Rusia telah menahan sekumpulan orang, berdasarkan keputusan jawatankuasa antikeganasan Negara.
4. Salah satu daripada letupan 'mensasarkan' pasar ikan di Baga Sola 'ketika' dua lagi berlaku di sebuah kem pelarian di luar bandar. = Ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang tepat: Salah satu daripada letupan menyasarkan pasar ikan di Baga Sola, manakala dua lagi berlaku di sebuah kem pelarian di luar bandar
Tatabahasa01.11.2015
Salam... Saya ingin bertanya dan fahami akan penggunaan imbuhan 'ber' dan 'be' dalam membuiat ayat. Bolehkah pihak tuan menerangkan kesesuaian penggunaan imbuhan tersebut semasa membuat ayat.Dalam bahasa Melayu, awalan yang ada ialah awalan ber sahaja, tidak ada awalan be. Awalan ber membentuk kata kerja yang bersifat tak transitif , sama ada yang memerlukan pelengkap atau yang tidak memerlukan pelengkap. Contohnya berangkat, berbaju, berlari, berfikir dsbnya. Apabila ber bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r, dua r yang bergabung itu akan berubah menjadi satu r melalui proses peleburan bunyi. Contohnya ber + rasa = berasa, ber + raja = beraja. Bagi perkataan kerja yang dieja bekerja, r digugurkan sebagai satu kekecualian. Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 161.Tatabahasa02.02.2010
apakah yang dimaksudkan dengan bangsa gemilang dan apakah yang saya dapat fahami dengan petikan ini?Bangsa gemilang bermaksud  bangsa yang cemerlang atas kejayaan yang ditempa dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, politik, sosial, dan hubungan antarabangsa sehingga menjadikan  bangsa tersebut sebagai bangsa yang bertamadun tinggi, dihormati dan boleh dijadikan contoh oleh bangsa-bangsa lain agar  mereka juga dianggap gemilang.Makna03.03.2008
Saya dapati sekarang ramai orang awam menggunakan dengan meluasnya perkataan yang dieja berlainan apa yang saya fahami selama ini seperti kebaikkan, kecantikkan dan sebagainya. Adakah konsep penggunaan perkataan "kan" sudah berubah ?Ejaan yang betul ialah kebaikan dan kecantikan, apitan ke-...-an bertemu dengan kata dasar baik/cantik dan menerbitkan kata berkenaan. Tidak ada apitan ke-...-kan untuk menerbitkan kata kebaikkan dan kecantikan.Tatabahasa05.02.2017
Saya pernah mengajukan soalan mengenai terjemahan khusus bagi isilah 'pinky swear'. Pinky swear sebagaimana yang saya fahami adalah perbuatan menyilangkan anak jari antara dua orang apabila berjanji tentang sesuatu perkara. Tetapi apabila hendak diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, tiada istilah khususkah yang mencerminkan perbuatan pinky swear? Contoh: A mutual agreement was made today, sealed with a pinky swear.Berdasarkan carian kami perkataan pinky swear juga disebut pinky promise. Melihat kepada perbuatan dua orang sahabat menyatakan pinky swear itu (dengan melilitkan jari kelingking antara satu sama lain menandakan persetujuan terhadap janji yang dibuat), kami mencadangkan perkataan janji sahabat atau janji setia digunakan. Tidak ada padanan pinky swear dalam bahasa Melayu, oleh itu kita boleh mencadangkan padanan berdasarkan konsep dan penggunaannya.Istilah07.03.2012
Assalamualaikum...saya inginkan pendapat pihak tuan berkaitan RUMUS KEKECUALIAN yang digunakan dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh penggunaan dalam kata majmuk bentuk yang telah mantap. Istilah frasa 'bentuk yang telah mantap' saya fahami sama juga seperti RUMUS KEKECUALIAN. Namun saya sudah mencari banyak sumber tentang rumus berkenaan tapi masih gagal. Rumus ini juga digunakan untuk istilah Perdana Menteri yang sepatutnya Menteri Perdana. Adakah jawapan 'sudah mantap / sudah menjadi kebiasaan / sudah diterima pakai' menjadi jawapan kepada RUMUS KEKECUALIAN itu? Mohon pencerahan. BJB!Assalamualaikum...saya inginkan pendapat pihak tuan berkaitan RUMUS KEKECUALIAN yang digunakan dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh penggunaan dalam kata majmuk bentuk yang telah mantap. Istilah frasa 'bentuk yang telah mantap' saya fahami sama juga seperti RUMUS KEKECUALIAN. Namun saya sudah mencari banyak sumber tentang rumus berkenaan tapi masih gagal. Rumus ini juga digunakan untuk istilah Perdana Menteri yang sepatutnya Menteri Perdana. Adakah jawapan 'sudah mantap / sudah menjadi kebiasaan / sudah diterima pakai' menjadi jawapan kepada RUMUS KEKECUALIAN itu? Mohon pencerahan. BJB!

Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Senarai kekecualian dalam bahasa Melayu termaktub dalam buku pegangan untuk tatabahasa bahasa Melayu iaitu Tatabahasa Dewan. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Tidak ada rumus kekecualian,  yang ada cuma senarai kekecualian seperti yang  disenaraikan dalam Tatabahasa Dewan, dinyatakan kekecualian kerana tidak mengikut rumus dalam Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa19.04.2013
Salam sejahtera untuk tuan/puan sekalian. Berkenaan dengan sejarah tulisan bahasa Melayu, biasanya sejarah bahasa amat sukar untuk saya fahami. Jadi bagaimanakah perkembangan sistem bahasa dan tulisan bahasa Melayu berkembang, bermula dari sistem tulisan Melayu kuno sehinggalah sistem tulisan bahasa Melayu yang kita guna sekarang iaitu tulisan rumi. Huraikan secara terperinci mengenai sistem ejaan, dan sistem tulisan bahasa Melayu. Sekian sahaja dari saya. Terima kasih di atas pertolongan tuan/puan.Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga,  Bab 1 : Sejarah Ringkas Bahasa Melayu;  Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu (DBP); Ismail Hussain (1966), Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita; Harun Aminurrashid (1966), Kajian Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu.Lain-lain09.07.2008
1234

Kembali ke atas