Apakah maksud fail timbul? | Fail timbul atau fail terapung ialah fail yang mengandungi salinan surat daripada fail induk atau fail asal. Fail ini digunakan oleh ketua atau pegawai berkenaan sebagai rujukan untuk mengambil tindakan tanpa perlu menggunakan fail induk. Dalam bahasa Inggeris fail ini dinamai floating file. | Lain-lain | 18.11.2008 |
SAYA HENDAK TANYA PERKATAAN FAIL MEMAIL ATAU FAIL MEMFAIL | Perkataan yang betul ialah fail-memfail. Perkataan fail apabila menerima imbuhan meN menjadi memfail. Kata fail-memfail ialah kata ganda dan dieja dengan tanda sempang. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Ejaan | 01.04.2009 |
Salam, saya bekerja di sektor kerajaan dan bertugas menjaga fail sulit (hijau) dan fail biasa (putih). Bolehkah tuan membezakan penggunaan KLT. (Kulit) dan JLD. (Jilid). Apa yang saya praktikkan sekarang mengikut fail asal. kalau KLT. saya gunakan apabila fail hijau ditutup dan fail seterusnya menjadi KLT.2 apabila ditutup menjadi KLT.3 dan sekiranya fail putih ditutup dan fail seterusnya menjadi JLD.2 apabila ditutup menjadi JLD.3. | Soalan saudara tidak berkaitan dengan bahasa, sila kemukakan soalan kepada bahagian yang berkenaan. | Lain-lain | 19.07.2010 |
Ayat yang manakah ayat yang gramatis? A) Setelah selesai majlis hari jadi pada pagi tadi mereka terus pulang. B) Di dalam bilik itu terdapat susunan fail - fail pejabat yang teratur. | Kedua-dua ayat tersebut boleh digunakan dan gramatis. | Tatabahasa | 15.11.2013 |
Antara ayat yang berikut yang manakah betul tatabahasanya? 1. Ali sedang menyimpan dan mengumpul bahan dalam fail. 2. Ali sedang mengumpul dan menyimpan bahan dalam fail. 3. Ali sedang menyimpan dan mengumpul bahan ke dalam fail. 4. Ali sedang mengumpul dan menyimpan bahan ke dalam fail. 5. Ali sedang menyimpan dan mengumpul bahan di dalam fail. 6. Ali sedang mengumpul dan menyimpan bahan di dalam fail. Sekian, terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah "Ali mengumpul dan menyimpan bahan di dalam fail". | Tatabahasa | 12.09.2011 |
Selamat petang, Soalan saya,Saya sebagai guru tadika ingin tahu pada masa kini,Bahasa Malaysia diajar melalui sebutan atau diajar melalui suku kata. Contohnya perkatan durian, fail dan buah-buahan. Adakan ejaannya seperti berikut:-du+ri+an / fa+il / bu+ah-bu+ah+an atau du+rian / fail + buah+bua+han. Saya mendapati bahawa kebanyakan penerbitan mempunyai suku kata atau ejaan yang berlainan. Dimana saya boleh mendapat sebuah buku ejaan terkini yang betul, sila beritahu secepat mungkin. Beribuan terima kasih atas pertolongan tuan/puan. | Lazimnya, murid tadika diajar pemenggalan perkataan berdasarkan sebutan. Oleh itu pemenggalan berdasarkan sebutan untuk durian = du + rian, fail = fail, buah-buahan = buah+bua+han. Saudara boleh merujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, terbitan DBP tahun 2008 untuk tujuan tersebut. | Istilah | 17.03.2010 |
Hi, apakan terjemahan "tub file" yang sebenarnya? Saya mendapati bahawa "tub file" ialah "fail tub", manakala "bath tub curve" ialah lengkung tab mandi. Kan baik jika adanya setakat ketekalan dengan istilah-istilah lain seperti "tab mandi", "kebuk pembakaran tab mandi", " tab luar", dan sebagainya. Bolehkah "fail tub" ditukarkan menjadi "fail tab"? | Mengikut istilah komputer, "tub file" ialah "fail tub". | Istilah | 03.08.2007 |
Buka fail gambar. Bagi contoh berikut, gambar yang digunakan adalah gambar air terjun di dalam bingkai / dalam bingkai. | Ayat yang gramatis ialah ... gambar air terjun di dalam bingkai .... | Tatabahasa | 22.12.2011 |
Lampiran fail di bawah merupakan kekeliruan saya tentang soalan di bawah atas penjelasan yang diberi oleh guru di sekolah. | 1. Kata dengan dalam ayat tersebut bermaksud bersama-sama. Kesesuaian penggunaan perkataan tersebut dalam ayat bergantung pada maksud yang hendak disampaikan.2. Tidak salah jika perkataan perkara digandakan dalam ayat tersebut. 3. Perkataan yang lebih sesuai digunakan dalam ayat tersebut ialah halaman. 4. Maksud alah bisa tegal biasa ialah segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa. Kedua-dua situasi tiada kaitan dengan maksud peribahasa tersebut. | Tatabahasa | 22.05.2008 |
Correspondence File : Fail Surat Menyurat? | Betul. Padanan bahasa Melayu bagi correspondence file ialah fail surat-menyurat. | Istilah | 08.04.2009 |