Laman web pusat rujukan DBP memberi terjemahan pesta untuk fair. Sesuaikah jika "job fair "diterjemahkan sebagai pesta kerjaya? Atau pameran kerjaya? | Cadangan padanan bagi istilah job fair dalam bahasa Melayu ialah pameran kerjaya. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 08.09.2024 |
Apakah terjemahan dalam bahasa Melayu yang betul bagi terma "right to fair trial" dan "right to fair hearing" dalam bidang undang-undang? Adakah perkataan "fair" diterjemah sebagai "adil" atau "saksama"? | Sila berikan cadangan terjemahan frasa Undang-Undang tersebut dalam bahasa Melayu dan kemukakan huraian lengkap yang menerangkan konsep frasa tersebut bagi memudahkan pihak kami memberikan cadangan terjemahan yang bersesuaian. | Istilah | 07.03.2024 |
1. Property Fair dalam Bahasa Malaysia 2. Business Development dalam Bahasa Malaysia 3. Circulation Department dalam Bahasa Malaysia | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut; 1. Property Fair - Pameran Harta Tanah 2. Business Development - Pembangunan Perniagaan 3. Circulation Department - Bahagian Pengedaran | Istilah | 21.03.2016 |
Dalam bidang sumber manusia terutama di Amerika, pekerja yang berhak bagi bayaran kerja lebih masa dikenali sebagai 'non-exempt employee' mengikut Fair Labour Standard Act. Apakah padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi 'exempt and non-exempt employees'? | Padanan bahasa Melayu untuk "exempt employees" ialah "pekerja terkecuali". Padanan istilah untuk "non exempt employee" ialah "pekerja tak terkecuali"
| Istilah | 21.03.2017 |