Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : fajar mula terbit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : hari mula siang; terbit fajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fajar menyingsing


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan yang tepat bagi "Dawn of the Light" - Fajar kepada Cahaya atau hanya Fajar Cahaya?"Dawn of the Light" lebih sesuai diterjemahkan sebagai "Fajar Menyingsing".Makna28.08.2019
1) Adakah simpulan bahasa merupakan kata-kata yang kita warisi dari nenek moyang ataupun kata-kata yang kita boleh cipta sendiri mengikut peredaran zaman. 2) Antara kata-kata yang saya perolehi fajar menyingsing, bulan bahasa, bahasa isyarat dan bintang filem. Ada pihak mengatakan kata-kata ini merupakan simpulan bahasa. Benarkah?Ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang membentuknya seperti kaki ayam, telinga kuali, tangkai jering dan sebagainya. Ungkapan seperti fajar menyinsing, bulan bahasa, bahasa isyarat dan bintang filem bukan tergolong dalam simpulan bahasa.Tatabahasa21.07.2010
apakah maksud dihindariMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna dinihari ialah fajar belum menyingsing, lebih kurang pukul 3-5 pagi, pagi-pagi benar. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna12.04.2009
Saya tidak menemukan perkataan menyinsing dan sinsing dalam kamus dewan.Apakah maksud perkataan tersebutUntuk makluman tidak terdapat perkataan menyinsing dan sinsing. Ejaan yang betul ialah singsing dan menyingsing. Maksud kedua-dua perkataan tersebut ialah 1. menarik ke atas (kain, lengan baju, dll) supaya pendek, menggulung (supaya pendek) 2. hilang (awan, kabus, dll), lenyap, menyisih  3. mulai terbit (fajar), mulai terang 4. menyingkap, mendedahkan  Makna26.07.2011

Kembali ke atas