Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fak.ta] | فکتا

Definisi : 1. sesuatu yg benar-benar berlaku; 2. sesuatu yg benar dan boleh dibuktikan; 3. maklumat tentang seseorang atau sesuatu; ~ adjudikasi (Udg) perkara fakta berkaitan dgn pihak-pihak dlm prosiding pentadbiran berbanding dgn fakta-fakta perundangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fak.ta] | فکتا

Definisi : butir-butir yg benar bkn sesuatu: Kita boleh menggunakan ~ ini utk menyukat kekuatan arus elektrik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fakta


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Shaharom Ahmad Salam DBP Mohon kerjasama dan bantuan. Saya mendapati ada beberapa fakta, gambar yang tidak tepat berada dalam buku teks Sejarah Tingkatan 3 KBSR. Mohon kerjasama untuk mendapatkan pegawai yang berkaitan untuk saya hubungi dan kita sama-sama membetulkan fakta-fakta tersebut. Terima kasih Shaharom Ahmad MHG - PenyelidikBerkaitan dengan perkara yang tuan timbulkan, dengan hormatnya tuan boleh menghubungi Ketua Editor Buku Sekolah, iaitu Hajah Zainah binti Mohd Azahari melalui talian 03-21479550, e-mel: zainah@dbp.gov.my atau pegawai projek Puan Siti Masni binti Kospin melalui talian 03-21479551, e-mel: masni@dbp.gov.my.Lain-lain02.05.2014
Apakah istilah bahasa Melayu yang paling tepat bagi "quick facts" - fakta pantas atau fakta ringkas atau ada istilah lain yang lebih bersesuaian? Terima kasih.Cadangan terjemahan bagi "quick fast" ialah Fakta Ringkas.Penyemakan dan penterjemahan17.08.2022
Pada semester 2 di IPKS ini, saya sedang mempelajari bidang 'Pengatar Psikolinguistik'. Jadi, masalah saya dalam hal ini adalah berkaitan sumber-sumber carian mengenai bidang ini. Begitu juga masalahnya mengenai teori-teori bahasa dan teori pemerolehan bahasa yang susah bagi saya memahaminya. Bolehkan pihak tuan/puan memberitahu sedikit sebanyak fakta-fakta mengenai bidang Pengatar Psikologi ini terutamanya mengenai teori bahasa dan teori pemerolehan bahasa. Sekian, terima kasih.Saudara dinasihati supaya membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau di perpustakaan di ipt di tempat saudara. Saudara juga  boleh berbincang untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada pensyarah yang mengajarkan bidang ini.    Lain-lain27.06.2008
Saya guru sains SKPJ2 ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa buku Teks Sains Tahun 5 (Terbitan 2010) ada kesilapan fakta. Muka surat: 98 kesalahan fakta : Scorpion can bee seen..........stinger between June and August. Sebenarnya December and February. Dan juga Orion can be seen.... between December and February sepatutnya june and August. Silalah buat pembetulan jika masih tidak diubah. Terima Kasih, Cikgu Kamal SKPJ2.(0192870692) atau 03-80767004Salam. Pernyataan yang cikgu berikan adalah salah. Pernyataan dalam buku teks adalah betul berdasarkan penyemakan dan pembetulan yang dibuat pada tahun 2008. Sekian terima kasih.Lain-lain20.09.2012
fakta huraian adalah seperti berikut; peratus respons responden berpengalaman 11 - lebih 20 tahun lebih tinggi serta menunjukkan perbezaan yang ketara berbanding responden 1-5 tahun. selain itu, peratus respons responden berpengalaman lebih 20 tahun juga lebih tinggi serta berbeza dengan responden 6-10 tahun. soalan saya, bolehkah fakta di atas digabungkan menjadi satu ayat seperti berikut; (mohon cadangan ayat yang sesuai) Didapati bahawa peratus respons responden pengalaman mengajar 11-lebih 20 tahun dan lebih 20 tahun masing-masing lebih tinggi serta terdapat perbezaan yang ketara berbanding responden kumpulan pengalaman mengajar 6-10 tahun dan 11-15 tahun. tqPengulangan perkataan yang sama dan hampir sama (respons dan responden)  dalam satu ayat boleh menimbulkan kekeliruan kepada pembaca. Oleh itu, ada baiknya ayat tersebut dikekalkan dalam dua ayat berlainan dan tidak dijadikan ayat majmuk.Tatabahasa22.05.2015
Saya keliru dengan istilah trivia.Mengikut maksud kamus dewan edisi keempat trivia ialah pelbagai maklumat atau fakta yang kurang penting tetapi menarik.boleh ke menggunakan perkataan trivia dalam siaran radio bagi menyampaikan info?memandangkan maksud trivia itu sendiri fakta atau info yg kurang penting.Sebagai contoh Trivia Sejarah (kemudian diselitkan info sejarah kemerdekaan negara). terima kasih.Pada pendapat kami, perkataan trivia tidak sesuai digunakan untuk menyatakan sejarah kemerdekaan. Sejarah kemerdekaan dianggap penting kerana banyak tarikh dan peristiwa yang berkaitan dengan kemerdekaan. Kami mencadangkan rancangan Trivia Sejarah boleh digantikan dengan Info Sejarah dan Peristiwa Sejarah.Tatabahasa18.07.2013
apakah kesalahan dalam ayat ini?1)saya tidak boleh lari laju kerana badan saya gemuk.2)FAKTA YANG DIKEMUKAKAN ADALAH BERDASARKAN UNDANG-UNDANG.3)TUJUAN KAJAIAN INI DIBUAT ADALAH UNTUK MENGENALPASTI MASALAH-MASALAH YANG DI HADAPI SEMASA PENULISAN KARANGAN.1) Saya tidak boleh lari laju kerana badan saya gemuk. - betul.
2) FAKTA YANG DIKEMUKAKAN ADALAH BERDASARKAN UNDANG-UNDANG. - kata pemeri yang betul ialah.
3) TUJUAN KAJIAN INI DIBUAT ADALAH UNTUK MENGENALPASTI MASALAH-MASALAH YANG DI HADAPI SEMASA PENULISAN KARANGAN. - betulkan ejaan mengenal pasti dan dihadapi.
Untuk membina ayat dengan betul, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa23.04.2012
Salam Sejahtera. Saya dalam proses penulisan sebuah buku yang berkonsep fakta berkaitan dengan bidang sukan. Saya ingin nasihat daripada DBP untuk beberapa perkara; 1. Adakah DBP mempunyai perkhidmatan utk menyemak dan membetulkan tulisan saya.? Jika ya berapa kos? 2. Adakah DPB mempunyai translator utk menterjemahkan tulisan saya kepada Bahasa Inggeris? 3. Adakah DBP mempunyai perkhidmatan menyemak kualiti penulisan terutama dalam pengolahan ayat dan peggunaan bahasa? 4. Adakah DBP akan menyemak kejituan fakta yg saya menulis? 5. Bolehkah DBP mencetak dan memasarkan buku saya? Terima Kasih.Untuk makluman tuan, DBP hanya bertanggungjawab terhadap manuskrip atau judul untuk terbitan DBP. Oleh itu, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak atau menyunting karya individu atau terbitan luar. Tuan boleh menghantar manuskrip yang lengkap kepada Pengarah Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk diusahakan oleh Bahagian Penerbitan yang sesuai. Beliau juga boleh dihubungi melalui talian 03-21479000/01/02 atau e-mel khalik@dbp.gov.my (Tuan Haji Khalik bin Sulaiam). Manuskrip lengkap mestilah mengandungi:

(i)   bahan awalan

(ii)  bahan teks

(iii) bahan akhiran 

Untuk mengetahui lebih lanjut akan maklumat yang perlu ada dalam setiap bahan itu, tuan boleh merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan DBP. Setiap halaman manuskrip perlu diberikan nombor secara berturutan. Setiap manuskrip yang dihantar ke DBP akan melalui beberapa peringkat penilaian dan hanya jika didapati sesuai baru boleh diterbitkan oleh DBP. 

Lain-lain18.12.2016
Jika soalan karangan fakta yang diberikan ialah "Jelaskan langkah-langkah anda untuk menjaga kesihatan diri". Adakah jawapan saya masih boleh diterima walaupun saya menggunakan perkataan"kita" dlm setiap ayat isi. Sekiranya jawapan tersebut tidak boleh diterima, agak berapa markah akan dipotong jika markah penuhnya ialah 30%.

“Anda” tergolong dalam kata ganti nama orang kedua manakala “kita” tergolong dalam kata ganti nama orang pertama. Sekiranya soalan menanyakan “anda”, jawapannya pula hendaklah menggunakan kata ganti nama “saya” atau “kita”.

 

Walau bagaimanapun, tuan hendaklah merujuk pihak penyedia soalan atau guru bagi menjawab soalan yang seperti ini.

 

Skema pemarkahan dan pemberian markah juga tertakluk pada penyedia soalan yang menangani jawapan yang diberikan.





Tatabahasa24.04.2026
pertanyaan megenai penggunaan fakta yang terdapat dalam buku teks sekolah untuk membuat nota padat dalam bentuk ebook.docxSila kemukakan soalan dengan jelas. Lampiran yang disertakan tidak dapat dibuka.Tatabahasa18.08.2014
12345678910...

Kembali ke atas