Huraian tentang kebudayaan: 1. Adat resam berbilang kaum dan suku kaum 2. Bentuk, corak dan ciri-ciri di dalam bidang tarian, drama,muzik dan seni tampak. 3. Falsafah-falsafah dalam kesenian | Sila rujuk bahan ini : 1. Asas pemikiran kebudayaan Malaysia A. Aziz Deraman Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2005 2. Beberapa Aspek Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia Aziz Deraman Kementerian Kebudayaan Belia & Sukan 1998 3.Ideologi dan kebudayaan kebangsaan Jabatan Pengajian Melayu 1985 4.Kebudayaan Kebangsaan Siti Razmah Hj. Idris Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996 5.Kebudayaan rakyat di Malaysia Zakaria Abdullah PAM Publishing 1992 6.Adat resam dan adat istiadat Melayu Alwi Sheikh Al-Hadi, Syed Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1986 | Lain-lain | 20.06.2007 |
Yang mana yang betul: a) Pemasaran adalah falsafah b) Pemasaran ialah falsafah | Pemasaran ialah falsafah. | Tatabahasa | 05.10.2011 |
falsafah pendidikan negara,sistem pendidikan di malaysia pada zaman pra-british,sistem pendidikan sekolah agama,pendidikan perguruan pada era pra-british sehingga kini. | Untuk menjawab soalan ini saudara perlu membuat rujukan dan pembacaan di perpustakaan di tempat saudara atau merujuk buku atau makalah tentang perkara teresebut. | Lain-lain | 16.11.2008 |
Yang mana betul: a) Disney Co. mempunyai falsafah, iaitu Impi, Percaya, Berani, Buat. b) Disney Co. mempunyai falsafah, iaitu impi, percaya, berani, buat. | Yang betul ialah (a) kerana bagi falsafah awalan katanya hendaklah ditulis dengan huruf besar. | Lain-lain | 01.11.2011 |
saya ingin mengetahui apakah yg dimaksudkan dengan sifat eklektik dari sudut falsafah pedidikan | Pertanyaan ini menyentuh falsafah pendidikan. Oleh itu, kami mencadangkan puan memperoleh maklumat tentang "Falsafah Pendidikan" di Kementerian Pelajaran Malaysia: www.moe.gov.my | Lain-lain | 24.07.2007 |
Mohon pencerahan, mana satu yang betul. 1. Ijazah Kehormat Doktor Kepimpinan Islam; 2. Ijazah Kehormat Doktor (Kepimpinan Islam); 3. Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepimpinan Islam; 4. Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kepimpinan Islam); 5. Ijazah Doktor Kehormat Kepimpinan Islam; 6. Ijazah Doktor Kehormat (Kepimpinan Islam); 7. Ijazah Doktor Falsafah Kehormat Kepimpinan Islam; atau 8. Ijazah Doktor Falsafah Kehormat (Kepimpinan Islam). | Frasa yang betul ialah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepimpinan Islam. | Tatabahasa | 17.03.2019 |
Adakah terdapat perbezaan dari segi ejaan penggunaan Dr. bagi doktor perubatan dengan doktor falsafah? Ada pendapat yg menyatakan Dr. adalah untuk Dr falsafah manakala dR @ DR untuk doktor perubatan. Adakah benar pendapat itu? | Tidak ada perbezaan untuk ejaan singkatan bagi doktor falsafah atau doktor perubatan, kedua-duanya dieja sebagai Dr. (dengan tanda titik). | Tatabahasa | 18.11.2011 |
Asslamualaikum, Tuan, saya ingin kepastian tentang penulisan gelaran doktor falsafah dan doktor perubatan dalam dokumen rasmi. Benarkah ada perbezaan dari segi huruf besar (DR.) untuk doktor perubatan dan huruf kecil (Dr.) untuk doktor falsafah. Saya pernah terbaca jawapan tuan tentang perkara ini pada tahun 2014 dalam rekod PRPM tetapi apabila saya ingin merujuk fakta ini dalam PRPM, maklumat itu sudah tiada. Oleh itu, saya ingin kepastian sama ada telah berlaku sebarang perubahan cara penulisan singkatan DR. dan Dr. antara doktor perubatan dengan doktor fafsafah. Terima kasih, tuan | Waalaikumussalam, bagi penggunaan gelaran Dr. adalah sama bagi gelaran doktor falsafah atau doktor perubatan dalam dokumen rasmi | Lain-lain | 10.09.2019 |
Salam. Apakah cara penulisan yang betul bagi "Dr" (doktor falsafah) di dalam tulisan Jawi? Terima kasih. | Kami mencadangkan doktor falsafah dieja penuh seperti ejaan berikut: دوکتور فلسفه | Ejaan | 02.01.2020 |
1.Penggunaan 'r' dan 'R' untuk singkatan doktor perubatan dan doktr falsafah.( Dr. dan DR. ) | Tidak ada perbezaan dalam penggunaan singkatan untuk gelaran doktor falsafah dan doktor perubatan. Kedua-duanya ditulis sebagai Dr. sebagai singkatan perkataan doktor. | Lain-lain | 10.04.2010 |