Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.mi.li] | فاميلي

Definisi : 1. keluarga: dlm ~ saya, anak yg diharapkan saya seorang; 2. kerabat, sanak saudara: hampir tiap bulan datang ~ku dr kampung; 3. salah satu kategori pengelasan benda hidup antara order dgn genus; berfamili berkeluarga, berkerabat, bersanak saudara: aku sekarang telah kenal hidup ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fa.mi.li] | فاميلي

Definisi : 1 keluarga (termasuk ibu, bapa dan adik-beradik): Encik Husain mempunyai ~ yg besar. 2 sanak saudara; kaum kerabat. 3 peringkat atau kategori pengelasan benda hidup (haiwan atau tumbuh-tumbuhan), sebelum genus. berfamili mempunyai famili; berkeluarga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata famili


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud armadilo?Armadilo ialah sejenis binatang kecil daripada famili Dasypodidae yang bersisik tebal, mengorek tanah dan menggulingkan badannya seperti bola apabila diserang. Binatang ini biasanya terdapat di bahagian tengah dan selatan benua Amerika.Makna10.04.2008
Assalamualaikum, Saya nak tahu istilah dalam Bahasa Melayu dan Nama dalam Istilah Saintifik (famili & spesis) pokok berikut: Nama Pokok : Ibol (Bahasa Murut) Kegunaan : Untuk menghasilkan warna Hitam dicampur dengan arang untuk mewarna buluh. Terima kasihPihak DBP tidak menyimpan senarai nama pokok seperti yang diperlukan. Saudara boleh menghubungi Jabatan Pertanian atau Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar di tempat saudara.Lain-lain01.03.2008
maksud perkataan balam,kandis,damar,tengar,mendengut,serapah,serati,selara

Balam maksudnya sejenis burung atau nampak kurang jelas, kandis maksudnya sejenis tumbuhan (pokok yang masam buahnya) dalam famili Guttiferae, damar maksudnya bahan berupa getah keras yang diperoleh daripada beberapa jenis pokok, tengar maksudnya sejenis tumbuhan (pokok yang kulitnya digunakan untuk menyamak jaring, kulit binatang, dan lain-lain), mendengut maksudnya berbunyi dengut (seperti bunyi burung puyuh, atau gong yang dipalu), serapah maksudnya kutuk atau sumpah, serati maksudnya gembala gajah, selara maksudnya bulu halus (seperti miang) pada tumbuh-tumbuhan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Kamus Dewan.

Makna01.11.2009
Adakah perkataan beruang mempunyai maksud lain? Adakah perkataan beruang adalah kata tunggal?Perkataan beruang adalah kata tunggal bagi 'beruang', bermaksud sejenis mamalia buas (yg besar, berbulu tebal, dan berekor kontot) dlm famili Ursidae. Perkataan beruang juga adalah kata terbitan bagi 'ruang', bermaksud mempunyai ruang yang kosong/lapang.Lain-lain13.01.2010
salam. apakah maksud perkataan 'kohort'Maknanya ialah kumpulan taksonomi tidak tetap yang digunakan dalam cara berlainan oleh pakar yang berlainan, misalnya kumpulan dalam taraf di atas superorder, kumpulan di antara kelas dan order, atau kumpulan famili yang berkaitan.Istilah27.06.2010
Tuan, Macam manakah agaknya 'pagar' memakan padi dan bolehkah pagar makan padi? Kita semua tahu yang 'pagar' itu adalah benda tidak bernyawa, anpa mulut dan sistem untuk menghazam makanan dan membuang apa-apa yang tidak di perlukan, seperti manusia atau binatang makan dan minum, menghazam apa yang di makan dan di minum dam sama ada membuang air beasr ataupun air kecil. Pagar tidak boleh buat semua itu. Burung Pegar atau Ayam Pegar (lihat gambar) adalah nama umum dari kelompok burung famili Phasianidae ordo Galliformes (pheasant), termasuk burung-burung jenis Kuau dan lain-lain. Mereka dicirikan dengan sifat dimorfisme seksual yang kuat, warna spesies jantan lebih cerah dan kaya warna serta memiliki ekor yang lebih besar dan panjang. Ukuran tubuh jantan umumnya lebih besar dari pada betina. Jantan tidak memiliki peran dalam membesarkan Burung Pegar muda. Burung Pegar umumnya memakan biji-bijian dan beberapa memakan serangga.

Saudara, seperti yang dinyatakan dalam jawapan sebelum ini mungkin ada benarnya 'Harapkan pegar, pegar makan padi' beranalogikan fakta pagar tidak boleh makan padi dan pada zaman dahulu pagar tidak memagari sawah padi. Namun sehngga kini tidak ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Wallahua'lam.

Lain-lain27.01.2012

Kembali ke atas