apakah maksud armadilo? | Armadilo ialah sejenis binatang kecil daripada famili Dasypodidae yang bersisik tebal, mengorek tanah dan menggulingkan badannya seperti bola apabila diserang. Binatang ini biasanya terdapat di bahagian tengah dan selatan benua Amerika. | Makna | 10.04.2008 |
Assalamualaikum, Saya nak tahu istilah dalam Bahasa Melayu dan Nama dalam Istilah Saintifik (famili & spesis) pokok berikut: Nama Pokok : Ibol (Bahasa Murut) Kegunaan : Untuk menghasilkan warna Hitam dicampur dengan arang untuk mewarna buluh. Terima kasih | Pihak DBP tidak menyimpan senarai nama pokok seperti yang diperlukan. Saudara boleh menghubungi Jabatan Pertanian atau Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar di tempat saudara. | Lain-lain | 01.03.2008 |
Apakah istilah "Plum blossom" dalam Bahasa Melayu? | Cherry blossom (sakura) dan plum blossom (ume) tergolong dalam famili tumbuhan yang sama. (Dalam kurungan ialah nama pokok dalam bahasa Jepun). Untuk cherry blossom, istilahnya ialah bunga sakura. Oleh itu, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk plum blossom ialah bunga ume. | Istilah | 13.02.2018 |
plant family: Piperaceae terjemahan bahasa malaysianya? adakah tumbuhan keluarga | Terjemahan untuk Plant Family dalam bidang perhutanan dan biologi ialah Famili Tumbuhan | Istilah | 23.05.2014 |
maksud perkataan balam,kandis,damar,tengar,mendengut,serapah,serati,selara | Balam maksudnya sejenis burung atau nampak kurang jelas, kandis maksudnya sejenis tumbuhan (pokok yang masam buahnya) dalam famili Guttiferae, damar maksudnya bahan berupa getah keras yang diperoleh daripada beberapa jenis pokok, tengar maksudnya sejenis tumbuhan (pokok yang kulitnya digunakan untuk menyamak jaring, kulit binatang, dan lain-lain), mendengut maksudnya berbunyi dengut (seperti bunyi burung puyuh, atau gong yang dipalu), serapah maksudnya kutuk atau sumpah, serati maksudnya gembala gajah, selara maksudnya bulu halus (seperti miang) pada tumbuh-tumbuhan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Kamus Dewan. | Makna | 01.11.2009 |
Adakah perkataan beruang mempunyai maksud lain? Adakah perkataan beruang adalah kata tunggal? | Perkataan beruang adalah kata tunggal bagi 'beruang', bermaksud sejenis mamalia buas (yg besar, berbulu tebal, dan berekor kontot) dlm famili Ursidae. Perkataan beruang juga adalah kata terbitan bagi 'ruang', bermaksud mempunyai ruang yang kosong/lapang. | Lain-lain | 13.01.2010 |
salam. apakah maksud perkataan 'kohort' | Maknanya ialah kumpulan taksonomi tidak tetap yang digunakan dalam cara berlainan oleh pakar yang berlainan, misalnya kumpulan dalam taraf di atas superorder, kumpulan di antara kelas dan order, atau kumpulan famili yang berkaitan. | Istilah | 27.06.2010 |
bakteria Wolbachia. Adakah Wolbachia mempunyai nama di dalam bahasa melayu? | Wolbachia merupakan salah satu genus bakteria yang hidup sebagai parasit pada haiwan artropod. Nama sains termasuklah Order, Famili, Genus pada haiwan atau hidupan perlulah dikekalkan dalam ejaan Latin. Transliterasi tidak dibenarkan. Nama genus dicetak dengan huruf condong dan huruf pertamanya huruf besar. (Rujukan: Gaya Dewan, Edisi Ketiga) | Istilah | 04.03.2020 |
Yang mana satu ejaan yang betul adakah bakteria Wolbachia atau bakteria wolbachia | Wolbachia merupakan salah satu genus bakteria yang hidup sebagai parasit pada haiwan artropod. Nama sains termasuklah Order, Famili, Genus pada haiwan atau hidupan perlulah dikekalkan dalam ejaan Latin. Transliterasi tidak dibenarkan. Nama genus dicetak dengan huruf condong dan huruf pertamanya huruf besar. (Rujukan: Gaya Dewan, Edisi Ketiga) | Istilah | 04.03.2020 |
Tuan, Macam manakah agaknya 'pagar' memakan padi dan bolehkah pagar makan padi? Kita semua tahu yang 'pagar' itu adalah benda tidak bernyawa, anpa mulut dan sistem untuk menghazam makanan dan membuang apa-apa yang tidak di perlukan, seperti manusia atau binatang makan dan minum, menghazam apa yang di makan dan di minum dam sama ada membuang air beasr ataupun air kecil. Pagar tidak boleh buat semua itu. Burung Pegar atau Ayam Pegar (lihat gambar) adalah nama umum dari kelompok burung famili Phasianidae ordo Galliformes (pheasant), termasuk burung-burung jenis Kuau dan lain-lain. Mereka dicirikan dengan sifat dimorfisme seksual yang kuat, warna spesies jantan lebih cerah dan kaya warna serta memiliki ekor yang lebih besar dan panjang. Ukuran tubuh jantan umumnya lebih besar dari pada betina. Jantan tidak memiliki peran dalam membesarkan Burung Pegar muda. Burung Pegar umumnya memakan biji-bijian dan beberapa memakan serangga. | Saudara, seperti yang dinyatakan dalam jawapan sebelum ini mungkin ada benarnya 'Harapkan pegar, pegar makan padi' beranalogikan fakta pagar tidak boleh makan padi dan pada zaman dahulu pagar tidak memagari sawah padi. Namun sehngga kini tidak ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Wallahua'lam. | Lain-lain | 27.01.2012 |