Bagaimana nak mencari terjemahan istilah? terutama istilah saintifik dalam bidang biologi bioteknologi farmaseutikal | Sila gunakan carian kata dalam Khidmat Nasihat Bahasa dengan melayari Laman Web DBP . | Lain-lain | 04.04.2008 |
Mencari kata 'pharmaceutikal kepada bahasa melayu yang tepat | Ejaan yang betul ialah farmaseutikal. Maknanya ialah berkaitan dgn ubat-ubatan atau farmasi. | Istilah | 05.04.2010 |
Adakah terjemahan yang dilakukan sesuai untuk kualiti polisi ISO untuk syarikat idaman pharma ? | 1. Menghasilkan produk farmaseutikal secara konsisten, dengan mematuhi piawaian antarabangsa dan piawai yang berkaitan demi kepentingan kualiti, identiti, keberkesanan dan keselamatan serta memenuhi kehendak pelanggan. 2. Mematuhi Amalan Pengilangan Baik, Terkini dan Mematuhi Peraturan. 3. Menggunapakai, Mengekal dan Menambah Baik Sistem Pengurusan Kualiti secara berterusan. 4. Menggunakan Teknologi Terkini. 5. Fokus kepada Pembangunan Tenaga Mahir. 6. Mengguna Pakai Pembaikan Secara Berterusan. 7. Kualiti adalah tangungjawab semua. 8. Penyata polisi ini akan dikaji semula dan disampaikan kepada semua kakitangan agar mematuhi polisi ini dengan taat. | Tatabahasa | 05.09.2014 |
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Overchair table 2. Blood Drawing Chair 3. Stand Assist Chair 4. Gurney 5. Pharmaceutical Tableting Machine. Sekian, terima kasih. | Istilah yang diberikan masih tidak ada dalam pangkalan data kami. Cadangan istilah daripada pihak kami merujuk kepada konsep ialah: 1. Overchair table - Meja Boleh Laras 2. Blood Drawing Chair - Kerusi Derma Darah 3. Stand Assist Chair - Kerusi Bantuan Berdiri 4. Gurney - Pengusung Beroda 5. Pharmaceutical Tableting Machine - Mesin Pemprosesan Tablet Farmaseutikal | Istilah | 03.05.2016 |