Salam sejahtera Tuan, Saya bagi pihak Profesion Penolong Pegawai Farmasi Malaysia ingin mendapat khidmat nasihat pihak Tuan berkaitan pemilihan nama jawatan baru. Kami telah di minta oleh pihak atasan untuk mengenal pasti dan memilih nama jawatan baru selaras dengan pendaftaran didalam Akta Farmasi baru nanti yang mana akan diguna pakai oleh pihak penjawat Awam, Badan berkanun, Swasta dan Industri. Cadangan kami dalam Persatuan adalah menggunakan Teknologis Farmasi (Pharmacy Technologist) atau Juruteknologi Farmasi. Apakah pandangan pihak Tuan? Terima kasih | Salam sejahtera. Tuan, tiada istilah "Teknologis" dalam data istilah kami. Perkataan "Technologist" ditakrifkan sebagai "ahli teknologi atau juruteknologi", manakala "pharmacy" ialah "farmasi". Oleh itu, "Juruteknologi Farmasi" lebih sesuai digunakan. | Istilah | 17.05.2015 |
Assalamualaikum & Salam Sihat 1Malaysia, Saya ingin bertanya mengenai penggunaan kata "penguatkuasa" atau "penguat kuasa" atau "penguatkuasaan". Sebelum itu saya pegawai farmasi daripada Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri Kelantan. Terima kasih | Menurut data kami, ejaan yang betul ialah penguat kuasa dan penguatkuasaan. Penguat kuasa ialah orang yang menguatkuasakan (undang-undang dan sebagainya) http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=penguat+kuasa manakala penguatkuasaan ialah perihal menguatkuasakan: ~ undang-undang http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=penguatkuasaan | Ejaan | 29.12.2015 |
Mana satu ayat yang betul, (1) atau (2)? (1) Kami mendapati bahawa majoriti responden paling gemar kaunseling terus dengan ahli farmasi untuk mendapatkan maklumat tentang ubat. (2) Kami mendapati bahawa majoriti responden paling gemar kaunseling terus daripada ahli farmasi untuk mendapatkan maklumat tentang ubat. Terima kasih | Penggunaan yang betul ialah Kami mendapati bahawa majoriti responden paling gemar kaunseling terus dengan ahli farmasi untuk mendapatkan maklumat tentang ubat. | Tatabahasa | 15.08.2018 |
Sila telitikan deraf iklan papantanda seperti ini:- FARMASI TAUTAN BAROKAH (KC0025405) | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 03.08.2016 |
Istilah dalam Bahasa Inggeris yang tepat untuk gelaran jawatan Penolong Pegawai Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia Pharmacist Assistant atau Assistant Pharmacist | Istilah bahasa Inggeris yang dicadangkan ialah Assistant Pharmacist. | Istilah | 13.09.2016 |
Apakah perkataan dalam Bahasa Melayu yang sesuai bagi istilah "adulteration", "adulterated product" dan "adulterant?" -Bidang Farmasi / Perubatan. Kami biasa gunakan istilah "campur palsu" atau "cemar palsu" sebelum ini untuk produk atau ubat yang dicampur dengan bahan kimia atau racun yang tidak diisytihar atau tidak dibenarkan. | Jika merujuk bidang Perubatan dan Veterinar, padanannya ialah pencemaran, bahan cemar atau produk cemar. | Istilah | 04.06.2010 |
apakah maksud " fabrikasi " | Fabrikasi bermakna pembikinan atau pembuatan atau pasang siap. Perkataan ini digunakan dalam bidang kimia, ubat, farmasi, fizik dan kejuruteraan | Makna | 21.07.2008 |
Mencari kata 'pharmaceutikal kepada bahasa melayu yang tepat | Ejaan yang betul ialah farmaseutikal. Maknanya ialah berkaitan dgn ubat-ubatan atau farmasi. | Istilah | 05.04.2010 |
KKM akan menerbitkan majalah/buletin dimana kandungannya berkaitan aktiviti semasa perkhidmatan-perkhidmatan Sains Kesihatan Bersekutu seperti Penolong Pegawai Perubatan (Pembantu Perubatan), Jururawat, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Juruteknologi Makmal Perubatan, Pembantu Farmasi dll. Mohon pandangan tuan memilih salah atau daripada tajuk-tajuk dibawah atau pihak mengesyorkan satu tajuk yang sesuai. 1) Info SKB (Sains Kesihatan Bersekutu) 2) Rangkaian SKB (Sains Kesihatan Bersekutu) 3) Buletin SKB (Sains Kesihatan Bersekutu) Atas khidmat nasihat pihak tuan, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. AMIN ZAFRI BIN ABD RAHMAN | Berdasarkan latar belakang yang ringkas dan tidak mendalam yang diberikan oleh sdr, saya mencadangkan buletin/mjalah sdr di berikan judul "Buletin SKB". | Lain-lain | 21.04.2008 |
Salam, saya sedang mencari terjemahan yang sesuai untuk istilah invasive species. Entri mengenai istilah invasive sendiri dalam kamus Inggeris-Melayu Dewan terhad kepada makna invasive sebagai kata-kata kesat. Terima kasih. | Dalam ungkapan umum invasive diterjemahkan kepada kata-kata kesat, dan dalam bidang perubatan dan farmasi, invasive diterjemahkan dan disesuaikan ejaan menjadi invasif. Jika penggunaan yang berkaitan dengan konteks perubatan dan farmasi, invasive species boleh diterjemahkan kepada spesies invasif boleh digunakan. Untuk maklumat lanjut, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=invasive. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.03.2016 |