Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.sih]/[fa.sih] | فصيح

Definisi : 1. lancar dan baik sebutannya (ketika bercakap-cakap), petah; ~ lidah = berlidah ~ lancar dan mudah bercakap, pandai berkata-kata; 2. lancar dan baik sebutannya (apabila bertutur dlm sesuatu bahasa lain), petah: ~ berbahasa Perancis; memfasihkan menjadikan fasih (berkata-kata atau bertutur dlm sesuatu bahasa), memetahkan; kefasihan perihal fasih, kepetahan: ~nya bertutur dlm bahasa Melayu membanggakan kami; ~ berkata-kata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fa.sih]/[fa.sih] | فصيح

Definisi : lancar dan baik sebutannya (ketika bercakap); petah: Anak itu telah ~ bercakap. ~ lidah, = berlidah ~ a. lancar dan baik lafaznya. b. pandai berkata-kata. kefasihan keadaan atau sifat fasih; kepetahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fasih


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. 1. Dia fasih dalam bahasa Melayu. 2. Dia fasih dalam Bahasa Melayu. 3. Dia fasih dalam bahasa Malaysia. 4.Dia fasih dalam Bahasa Malaysia. Yang manakah betul ? Sekian, terima kasih.

Penggunaan yang betul ialah 'Dia fasih bertutur dalam bahasa Melayu/bahasa Malaysia' - Mengikut Perlembagaan Malaysia istilah yang betul ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun kabinet Malaysia telah mengeluarkan arahan agar istilah bahasa Malaysia digunakan menggantikan istilah bahasa Melayu bagi tujuan perpaduan. Dalam hal ini kami berpendapat penggunaan bahasa Melayu atau bahasa Malaysia perlu disesuaikan mengikut konteks penggunaannya. contohnya, jika penggunaan ini bagi tujuan ilmu dan 'Dia' yang dikaitkan dalam ayat ini adalah orang asing/luar negara maka istilah bahasa Melayu yang paling tepat digunakan kerana bahasa itu dikaitkan dengan ilmu dan peradaban.

Tatabahasa09.04.2011
1. Juri yang dilantik hendaklah fasih berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris. 2. Juri yang dilantik hendaklah fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Ayat 1 atau 2 lebih baik? Ada cadangan lain?1. Juri yang dilantik hendaklah fasih berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris. 2. Juri yang dilantik hendaklah fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Kedua-dua ayat tersebut betul tetapi yang lazim digunakan ialah ayat yang kedua.Tatabahasa10.11.2010
salam, sy aisyah, pelajar tahun 2 di UKM, kos Liguistik, sy merupakan pelajar luar negara, sy fasih menulis dan bertutur dalam bahasa melayu, dan fasih bertutur dalam basaha thai, boleh sy dapatkan syarat-syarat pemohonan Latihan Industri di DBP. Terima kasihTerima kasih atas pertanyaan dan minat saudari untuk mengikuti Latihan Industri di DBP. Sila kemukakan permohonan rasmi melalui pihak UKM menyatakan tempoh dan bidang kerja yang hendak dipelajari. Permohonan hendaklah dialamatkan kepada Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Aras 7, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain22.10.2012
apakah mksud istilah berkelakuan baik, menderhaka terhadap kerajaan, dan fasih berbahasa melayuBerkelakuan baik bermaksud mempunyai akhlak yang baik, bermoral ataupun beretika. Menderhaka terhadap kerajaan bermaksud menentang atau tidak mengikut undang-undang yang telah sedia ada dalam sesebuah kerajaan yang sah. Fasih berbahasa Melayu bermasud seseorang itu boleh menuturkan bahasa Melayu dengan baik terutamanya dari sudut tatabahasa dan difahami oleh orang lain.Lain-lain29.06.2008
Assalamualaikum. Didapati ialah bahawa masih ada orang bukan Melayu yang tidak fasih bertutur bahasa Melayu. Mohon penjelasan pihak tuan tentang penggunaan ungkapan “adalah bahawa” dalam ayat ini. Terima kasih.

Saudara,

Perkataan 'adalah' merupakan kata pemeri dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contohnya : Sumbangan beliau adalah dari segi peningkatan ekonomi rakyat luar bandar; Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan badan.

Perkataan 'bahawa' merupakan kata hubung komplemen yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa pertama. Contohnya: Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin; Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad saudagar besar.

Berdasarkan keterangan di atas, ayat yang betul ialah ' Didapati bahawa masih ada orang bukan Melayu yang tidak fasih bertutur bahasa Melayu. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan edisi Ketiga.   

   

Tatabahasa04.11.2009
Sebagai rakyat Malaysia, kita harus fasih bertutur di dalam bahasa kebangsaan kita iaitu bahasa Malaysia. tuan, Bahasa Malaysia atau bahasa Malaysia digunakan dalam ayat ini. TQMengikut Perlembagaan Persekutuan dan Akta bahasa Kebangsaan penggunaan yang betul ialah bahasa Melayu. Begitu juga dari aspek ilmu bahasa itu disandarkan kepada peradaban Melayu, maka bahasa Melayu yang digunakan. Namun mengikut keputusan Kabinet Malaysia pada tahun 2006 perkataan bahasa Malaysia digunakan untuk menyemai rasa kekitaan dalam kalangan rakyat dan dalam konteks perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Lain-lain05.02.2012
Saya mohon bantuan jika DBP dapat memberi beberapa contoh kertas pidato kerana anak saya dipilih mewakili sekolah dlm pertandingan pidato. BM saya kurang fasih. Terima kasih.Puan bolehlah menghubungi Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan maklumat tersebut memandangkan bahawa Bahagian ini yang menganjurkan Pertandingan pidato peringkat sekolah. puan boleh juga mendapatkan nasihat dan bimbingan daripada para guru di sekolah anak puan.Lain-lain26.07.2007
Salam Encik Sulaiman, Saya berniat ingin menulis sebuah buku dan ingin panduan dari pihak tuan dari segi,undand undang dan peraturan.Saya ingin tanya jugak perkara yang saya sepatutnya fasih sebelum dan selepas saya menulis buku dan juga penerbitanya.Terima kasih.Salam sejahtera,
Penulis perlu menguasai tiga perkara, iaitu mahir dalam bidang ilmunya, mahir dalam bahasa yang ingin ditulisnya serta tahu aspek penulisan.
Penulis perlu peka dengan Akta Hak Cipta dan Akta Mesin Cetak. Dalam hal ini,  penulis perlu memberi perakuan bahawa karyanya adalah hasil penulisannya sendiri dan tidak diciplak daripada pihak lain. Beliau juga mesti memastikan karyanya tiada unsur fitnah atau hasutan. Penulis juga perlu  tahu dasar penerbitan bagi sesebuah penerbit sebelum menghantar karyanya.
Terima kasih kerana mengajukan pertanyaan dan minat tuan untuk menulis.
Lain-lain08.01.2012
1. Adakah ayat berikut betul? a. Boleh membaca semua huruf dengan lancar. b. Hanya menguasai sebahagian huruf ajar. c. Dapat mengeja dan membaca suku kata dengan lancar. d. Belum menguasai suku kata yang dipelajari sepenuhnya. e. Tidak dapat bercerita dengan bahasa. f. Boleh memahami dan bertutur dengan bahasa yang mudah. Tidak dapat menbaca dengan lancar. g. Fasih dalam bercerita dan komunikasi. h. Fasih dalam pembacaan ayat.Seperti yang dijelaskan dalam soalan sebelum ini, ayat contoh yang diberikan tidak lengkap. Contohnya dalam ayat 1: Boleh membaca semua huruf dengan lancar - predikat dan keterangan predikat, tetapi tidak ada subjek dalam ayat ini. Untuk membina ayat dengan lengkap sila rujuk buku Tatabahasa Dewan dan lihat tajuk Pembentukan Kata dan Pembentukan Ayat.Tatabahasa14.05.2012
Adakah perkataan lancar digunakan dengan betul? 1. Aktiviti itu berjalan dengan lancar. 2. Dia boleh bercakap dengan lancar. 3. Perjalanan ke kampung itu lancar. 4. Kereta itu bergerak dengan lancar.Kamus Dewan Edisi Keempat, mentakrifkan perkataan lancar sebagai terlalu pantas dan licin (pergerakan sesuatu benda, percakapan, dll), fasih (hafaz) benar, laju, tidak tersangkut-sangkut: bacaannya ~; bas itu berjalan dgn ~nya; ~ kaji kerana diulang prb kepandaian dan kemahiran didapati kerana selalu berlatih. Oleh itu,  berdasarkan keterangan tersebut, contoh ayat 1-4 yang saudara kemukakan itu betul. Tatabahasa11.03.2010
12

Kembali ke atas