Salam Mohon kerjasama menyalurkan pertanyaan ini kepada Pengarah Bahagian Sastera berkaitan pertanyaan susulan kepada Urus Setia PPSB mengenai bayaran tuntuntan elaun fasilitator PPSB P3 Kem Tegas Mesra Selama Perak. Setelah berjumpa Urus Setia dan Bahagian Kewangan di tingkat 27 Menara DBP pada 22.09.2010 dan pengakuan Ketua Fasilitor menyatakan borang telah dihantar di awal Ramadan iaitu seminggu selepas program diselesaikan oleh kami. Sehubungan dengan masalah yang sering berbangkit maka adalah diharapkan pengurusan DBP menyiasat siapa yang menyebabkan bayaran sering lewat. Harus juga diingatkan ada segolongan fasilitator adalah freelance bukan guru sekolah yang menghargai elaun yang disediakan oleh DBP maka janganlah ada pihak yang tak prihatin. Terima kasih menyediakan ruangan ini untuk kami bersuara secara tertutup dan masih menghormati DBP | Encik Sallehuddin, Pihak kami telah membuat semakan terhadap maklumat yang diberikan dan kami dapati borang tuntutan fasilitator PPsb Kem Tegas Mesra, Selama baru sahaj diterima pada 29 September. Pihak kami kini sedang memproses borang tuntutan tersebut dan berharap pembayaran dapat dibuat dengan kadar yang segera. Kami juga memohon maaf atas kesulitan ini. | Lain-lain | 01.10.2010 |
Apakah panggilan bagi seseorang yang menjadi pengacara pembentangan kertas kerja ? Adakah dpanggil pengerusi Pembentangan Kertas kerja atau fasilitator? atau moderator? Terima kasih. | Lazimnya Pengerusi Sesi Pembentangan yang mempengerusikan sesi tersebut. | Tatabahasa | 03.07.2012 |
Salam Tuan. Saya ingin mendapat pandangan DBP mengenai kemungkinan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) menggunakan istilah "jurufasilatih" untuk merujuk kepada tenaga pengajar kami. Ia mengandungi maksud seseorang yang mempunyai sifat/skil kepakaran, pemudahcara dan jurulatih kerana tenaga pengajar INTAN perlu memiliki ketiga-tiga komponen tersebut. Mohon nasihat tuan. | Untuk makluman istilah pemudah cara atau fasilitator telah diterima pakai sebagai padanan untuk facilitator dan telah mantap penggunaannya. DBP juga tidak menggalakkan pemenggalan dan percantuman beberapa perkataan untuk membentuk satu istilah yang baru. | Istilah | 14.01.2011 |