Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj 1. that will cause or is capable of causing death, membawa maut, menyebabkan kematian; (of injury) parah: a ~ accident, kemalangan yg membawa maut; the disease can be ~ to young children, jika dihidapi kanak-kanak, penyakit itu boleh membawa maut; he received ~ injuries, dia mengalami cedera parah; 2. disastrous, membawa padah: a ~ decision, keputusan yg membawa padah; he has one ~ flaw, dia mempunyai satu kelemahan yg membawa padah; his death was ~ to the movement, kematiannya membawa padah pd pergerakan itu; 3. decisively important, penentuan; 4. destined, ditakdirkan, tersurat: the ~ day has arrived, hari yg ditakdirkan itu telah tiba. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fatal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan. Saya ingin mengetahui terjemahan yang betul perkataan "where" dalam bahasa Inggeris yang berfungsi sebagai Kata Hubung dalam bahasa Melayu. Ini adalah kerana perkataan "where @ di mana" merujuk kepada tempat. Apakah perkataan yang sesuai digunakan? Terima kasih.

Salam sejahtera. Untuk makluman tuan/puan, lazimnya, perkataan where  boleh digantikan dengan kata hubung “yang” dan “apabila”.  Ayat bahasa Inggeris yang berikut menggunakan perkataan where yang tidak membawa maksud tempat:

1.     A phobia is where you have a fear of, say, clowns, and this fear seemingly has no rational basis. (Fobia ialah keadaan apabila anda berasa takut akan badut, misalnya, dan perasaan ini timbul tanpa asas yang rasional.)

2.    The dog suffered from hypothermia, a condition where the body temperature drops to a near-fatal level. (Anjing itu mengalami hipotermia, iaitu suatu keadaan yang menyebabkan suhu badan turun ke takat hampir mati.)

 

Sekian. Terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan23.02.2017

Kembali ke atas