Assalamualaikum dan salam sejahtera. Adakah surah al-Fatihah atau Surah al-Fatihah apabila digunakan dalam ayat. Contoh: Mereka menghadiahkan surah al-Fatihah atau | Surah merupakan kata nama am. Apabila berada pada pangkal ayat, surah dieja menggunakan huruf besar, sekiranya pada pertengahan ayat dieja menggunakan huruf kecil. Untuk maklumat lanjut tentang penggunaan huruf besar dan kecil, sila rujuk Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 147. | Tatabahasa | 26.12.2024 |
Salam sejahtera, Saya mohon pencerahan DBP tentang penulisan nama-nama ayat atau surah di dalam al-Quran, apakah harus di huruf besar? Kerana saya tidak menemukannya di dalam Kamus, nama-nama seperti berikut: ayat kursi/ Ayat Kursi/ ayat Kursi surah al-Baqarah/ Surah al-Baqarah/ surah al-baqaroh fatihah/ Fatihah Sekian saja atas penerangannya saya ucapkan terima kasih. Salam hormat, Ahmad Shah | Nama-nama surah di dalam al-Quran ditulis dengan huruf besar kerana ia merupakan nama khas, seperti Al-Furqan dan Al-Fatihah. | Ejaan | 15.04.2020 |
Fatihah Ruzlan Aug 17th, 11:19am assalamualaikum dan salam sejahtera..boleh saya tahu pihak DBP ada menganjurkan pertandingan deklamasi puisi merdeka kategori terbuka tahun ini? saya amat berminat dalam penyertaan. terima kasih.. | Tuan boleh menghubungi Bahagian Komunikasi Korporat DBP melalui ketuanya, Tuan Haji Razali Che Mat di talian 03-21479464 atau e-mel razali3@dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. | Lain-lain | 17.08.2015 |
Adakah 'al-Fatihah' dikira sebagai kata nama khas? Perlukah diletakkan tanda sempang jika ayatnya begini: "Solatnya hanya ber-al-Fatihah yakni tanpa surah, hanya untuk cukup syarat, badannya terlalu lemah dan itu sahaja yang mampu diucapnya." Atau tidak perlu bertanda sempang seperti 'beral-Fatihah'. | Untuk makluman, al- fatihah ialah kata nama khas dan kata ini tidak boleh diberi imbuhan ber kerana imbuhan ber hanya untuk kata kerja sahaja. Oleh itu, ayat yang sesuai ialah "Solatnya hanya membaca al-Fatihah sahaja, iaitu tanpa surah, hanya untuk cukup syarat, badannya terlalu lemah dan itu sahaja yang mampu diucapnya." | Tatabahasa | 06.05.2019 |
1. Surah al-Fatihah wajib dipelajari setiap orang Islam kerana ia merupakan satu daripada rukun di dalam solat. 2.Surah al-Fatihah merupakan surah yang pertama mengikut susunan di dalam mushaf. Menurut para ulama, dinamakan surah ini dengan kalimah al-Fatihah, iaitu pembukaan kerana ia merupakan pembukaan di dalam mushaf dan juga pembukaan bacaan semasa mendirikan solat. soalan saya; adakah dalam soalat atau di dalam solat? di dalam mushaf atau dalam mushaf? | Frasa sendi nama "di dalam" digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang mempunyai ruang, manakala kata sendi nama "dalam" digunakan apabila memperkatakan sesuatu yang bersifat abstrak atau tidak mempunyai ruang seperti perkara, peristiwa, hal, urusan, bahasa, bidang, dan sebagainya. Frasa yang betul ialah "dalam solat" dan "dalam mushaf". | Tatabahasa | 23.04.2024 |
saya nama FATIHAH PAENEA pelajar bahasa melayu dasar ingin bertanya tentang bahasa melayu apakah makna keruan terimakasih | Keruan bermaksud sudah diketahui, untuk maklumat lanjut sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=keruan. | Lain-lain | 28.10.2015 |
Assalamualaikum wbt./Salam sejahtera. Saya, Ainul Fatihah, seorang penterjemah/ahli linguistik bebas bahasa Melayu. Saya ingin melaporkan bahawa sejak akhir-akhir ini, tapak web kamus dalam talian PRPM DBP sangat kerap mengalami gangguan atau ralat yang tertera dalam fail yang dilampirkan bersama-sama dengan aduan ini, apabila sesuatu carian perkataan dibuat. Hal ini sememangnya menganggu tugas saya sebagai seorang penterjemah/ahli linguistik yang senantiasa harus menyemak istilah bahasa Melayu. Saya juga berpendapat bahawa perkara ini mungkin juga terkesan buat para penterjemah/ahli linguistik bahasa Melayu yang lain. Dengan ini, saya memohon pihak DBP agar menyiasat dan menyelesaikan masalah ini agar tidak berlarutan terlalu lama. Hal ini juga berpotensi menjejaskan reputasi bahasa Melayu itu sendiri di mata dunia dek ralat yang sering menimpa. Harap pihak DBP dapat mempertimbangkan permintaan saya tersebut. Terima kasih. | Kami ambil maklum berkaitan aduan tuan. Kami akan terus mempertingkatkan perkhidmatan kami. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 20.08.2024 |
apa maksud otar-otar | Nurul Fatihah, Otar-otar bermakna perisai kecil | Makna | 23.04.2010 |
Nurfatihah Syalwiah Aug 29th, 11:27pm assalamualaikum saya fatihah wakil dari UTP Writing Group kami akan mengadakan karnival penulisan di Universiti Teknologi PETRONAS pada 28-29 September 2015 kami ingin menjemput Tuan Ketua Pengarah, YB Datuk Dr. Haji Awang sebagai VVIP program kami boleh saya tahu prosedurnya? | Rujuk jawapan sebelumnya. | Lain-lain | 29.08.2015 |
Nurfatihah Syalwiah Aug 29th, 11:27pm assalamualaikum Nurfatihah Syalwiah Aug 29th, 11:28pm saya fatihah wakil dari UTP Writing Group kami akan mengadakan karnival penulisan di Universiti Teknologi PETRONAS pada 28-29 September 2015 kami ingin menjemput Tuan Ketua Pengarah, YB Datuk Dr. Haji Awang sebagai VVIP program kami boleh saya tahu prosedurnya? | Undangan boleh dikemukakan terus kepada Ketua Pengarah di alamat: Pejabat Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KUALA LUMPUR. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat Ketua Pengarah, melalui pembantu beliau Puan Norazlina Sakri, 03-21479011/azlina@dbp.gov.my. | Lain-lain | 29.08.2015 |