[Sejak kecil Fatimah gemar membaca.] Adakah ayat di atas betul ? terima kasih! | Ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 22.10.2009 |
Apakah kesalahan ayat ini : Ketidakhadiran Cikgu Fatimah dalam majlis itu adalah disebabkan badannya yang kurang sihat. | Ayat yang gramatis ialah Cikgu Fatimah tidak hadir dalam majlis itu kerana kurang sihat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 04.08.2013 |
Apakan kata sendi yang sesuai di dalam ayat ini? "Status Fatimah bertukar dari/daripada golongan bangsawan ke/kepada/hingga seorang wanita yang kehilangan kampung halaman." Terima kasih. | Status Fatimah bertukar daripada golongan bangsawan kepada seorang wanita yang kehilangan kampung halaman. | Tatabahasa | 04.03.2007 |
Ejaan nama pokok yang berasaskan nama orang, contohnya tongkat ali, kacip fatimah dan ceri terengganu; adakah perlu ditulis huruf besar pada pangkalnya (cth., Tongkat Ali). Mohon bantu. | Nama pokok tidak perlu ditulis dengan huruf besar kecuali di awal ayat kerana nama pokok merupakan kata nama am. Dalam pangkalan data kami, tongkat ali, kacip fatimah dan ceri ditulis dengan huruf kecil. Istilah ceri Terengganu tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Oleh sebab Terengganu merujuk kepada nama negeri, iaitu nama khas, ejaan yang kami cadangkan ialah ceri Terengganu. | Ejaan | 16.05.2012 |
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Muhammad, Puan Fatimah, Saudara Nurmin, Saudari Jamilah, Pak Cik Atan, Bonda Zubaidah dan Anakanda Ardiana. Tepatkah penggunaan huruf besar dalam ayat contoh ini? Terima kasih. | Dalam penulisan rasmi hanya dua sapaan sahaja yang digunakan bagi yang tidak bergelar iaitu Tuan (Encik) dan Puan seperti Tuan Ahmad (Encik Ahmad) dan Puan Jamilah. Sapaan seperti saudara, saudari, bonda, pak cik, makcik dan sebagainya digunakan dalam ranah tidak rasmi atau dalam bahasa percakapan. Walau bagaimanpun jika ada keperluan menggunakan sapaan tersebut dalam urusan rasmi bentuk pengejaan yang diberi betul. | Tatabahasa | 15.05.2012 |
apakah perkataan bahasa Melayu bagi 'online'? Terima kasih | Salam Sejahtera Muszalina Fatimah Binti Mohamed Shaffee, Soalan : Apakah perkataan bahasa Melayu bagi 'online'? Jawapan : Perkataan bahasa Melayu bagi 'online' ialah 'dalam talian'. Selain itu juga, puan boleh membuat rujukan kamus tersebut dengan menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). RPPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Yang menjalankan tugas, Abdul Razak Mohammad | Lain-lain | 30.06.2009 |
Cerita2 Hikayat Hang Tuah adalah sebuah legenda yang tidak pasti kewujudannya. Bagaimana pula Hikayat Seniman Agung P. Ramlee dan Hikayat Tun Teja yang hidup di zaman Hang Tuah? Dan siapa pula Dang Anum dan Tun Fatimah? Bolehkah mereka dipanggil Serikandi? | Hang Tuah adalah tokoh legenda Melayu yang dipercayai oleh para sarjana tentang kewujudannya berdasarkan tulisan-tulisan yang terdapat dalam manuskrip Melayu dan tinggalan seperti pergi Hang Tuah di Melaka. Manakala Seniman Agung P. Ramlee yang terbukti kewujudannya melalui filem-filem lakonnya. Beliau dipanggil sebagai lagenda kerana keagungannya dalam bidang perfileman Melayu yang tiada tolok bandingnya. Tun Teja, Dang Anum dan Tun Fatimah pula adalah tokoh srikandi yang kisah mereka diceritakan dalam Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu. Mereka digelar sebagai srikandi kerana semangat keberanian mereka dalam menegakan kebenaran. | Lain-lain | 31.05.2010 |
salam tuan. saya menggunakan sebuah buku latihan/buku kerja tatabahasa bertajuk 'Latih Tubi Total (Terkini)' Tatabahasa Tahun 4 keluaran Sasbadi tahun 2006. Penulis buku; Norida Tan & Fatimah Azzahra Mat Yunus. Dalam Unit 5 buku itu bahagian penjodoh bilangan disediakan nota/fakta iaitu: kaki - untuk payung dan bunga SOALAN: adakah betul penjodoh bilangan kaki boleh digunakan untuk bunga? setakat yg saya tahu, penjodoh bilangan bunga; kuntum, jambak, tangkai, pasu. -Terima kasih- | Penjodoh bilangan bagi bunga ialah kuntum, jambak dan tangkai, manakala "pasu" boleh digunakan untuk bunga tetapi bukan penjodoh bilangan. Jika bunga ditanam di dalam pasu, boleh digunakan "sepohon bunga" tetapi "kaki" tidak boleh digunakan untuk bunga. | Lain-lain | 04.03.2010 |
Saya masih keliru: 1. Ejaan bagi pokok "Jelutong", "Chengal" dan "Nyatoh" bolehkah diubah kepada "Jelutung", "Cengal" dan "Nyatuh"? 2. Adakah nama-nama pokok seperti tongkat ali, kacip fatimah, jelutung, cengal, meranti sarang punai, meranti tembaga dll. ditulis dengan huruf besar (huruf pertama) jika ia berada di dalam teks? Adakah nama-nama pokok ini dianggap nama khas? Contoh ayat: Pak Ali sedang mengusahakan ladang pokok tongkat ali untuk dikomersialkan. | 1. JELUTUNG - tumbuhan (pokok), Dyera costulata; ~ badak sj tumbuhan (pokok renek), Ervatamia corymbosa; ~ laut sj tumbuhan (pokok), Euphorbia atoto; rotan ~ sj rotan, rotan segera (kerai, gelang, kemunting), Daemonorhops geniculatus. CENGAL- ~ batu = ~ emas = ~ sabut = ~ siput sj tumbuhan (pokok yg kayunya keras dan elok utk dibuat rumah dll), Balanocarpus heimii; ~ kampung = ~ pasir sj tumbuhan (pokok besar), Hopea odorata. NYATUH - sj tumbuhan (pokok yg kayunya elok utk bahan rumah), tabah putih, Palaquium obovatum; 2. = ~ beringin = ~ sondai sj tumbuhan (pokok yg kayunya elok utk bahan rumah), Payena Lavilandii. 2. Nama-nama pokok tidak perlu ditulis dengan huruf besar kecuali di awal ayat kerana nama-nama pokok tersebut merupakan kata nama am. | Tatabahasa | 16.04.2008 |
Adakah ayat di bawah salah: 1. Tiap pelajar perlu berpakaian kemas dan memakai lencana sekolah. 2. Pengusaha kilang itu tidak patuh larangan membuang sisa toksik ke dalam sungai itu. 3. Encik Ali mengadakan kenduri kesyukuran atas kelahiran anak sulungnya. 4. Puan Fatimah membeli alat-alat keperluan perkhemahan untuk abang di kedai itu. Pada pendapat saya, 3 & 4 tidak mempunyai kesalahan tetapi 1 & 2 sepatutnya, 1. Tiap-tiap/ Setiap pelajar perlu berpakaian kemas dan memakai lencana sekolah. 2. Pengusaha kilang itu tidak mematuhi larangan membuang sisa toksik ke dalam sungai itu. atau ( patuh akan larangan ) Apakah pendapat tuan/ puan. Terima kasih. | 1. Tiap pelajar perlu berpakaian kemas dan memakai lencana sekolah. Betul kerana tiap sama dengan setiap dan tiap-tiap. 2. Pengusaha kilang itu tidak patuh larangan membuang sisa toksik ke dalam sungai itu. Salah, yang betulnya ... tidak mematuhi larangan .... 3. Encik Ali mengadakan kenduri kesyukuran atas kelahiran anak sulungnya. Tiada kesalahan. 4. Puan Fatimah membeli alat-alat keperluan perkhemahan untuk abang di kedai itu. Tiada kesalahan.
| Tatabahasa | 17.10.2012 |