Noraini Abu Samah Feb 12th, 5:06pm Salam Noraini Abu Samah Feb 12th, 5:07pm Sy Ain. Sy nk tnya bagaimana hendak register dgn DBP tentang pembelian buku2 & majalah. Noraini Abu Samah Feb 12th, 5:08pm Coz sy merupakan pembekal buku2 & majalah di sekolah2. Noraini Abu Samah Feb 12th, 5:08pm So sy berminat utk berdaftar dgn DBP. Noraini Abu Samah Feb 12th, 5:08pm Bgaimana caranya? | Untuk maklumat yang berkaitan mohon hubungi Encik Abdul Khalid bin Mohd Diah, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-89611836, 012-3176678 atau e-mel pp@dbp.gov.my. | Lain-lain | 12.02.2015 |
Rajvinderjeet Singh Feb 27th, 11:20pm Kepada Dewan Bahasa dan Pustaka Rajvinderjeet Singh Feb 27th, 11:20pm Apakah perbezaan sukar dan susah Rajvinderjeet Singh Feb 27th, 11:21pm Dan apakah perbezaan jawapan dan jawaban? Adakah jawapan masih boleh diguna? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, makna perkataan sukar adalah susah. Kedua-dua perkataan tersbeut sama makna. Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. | Ejaan | 27.02.2015 |
Muhammad Sazrul Feb 19th, 9:34am ASSALAMMUALAIKUM Muhammad Sazrul Feb 19th, 9:35am SAYA ALADINI@ FATAH AL TAMIMI @ MOHD SAZRUL Perlu FULL SPONSOR For Study in UK for Coarse DEGREE ETHICAL HACKER & SECURITY Muhammad Sazrul Feb 19th, 9:41am Saya Ada cadangan buat lagu raya ALDIFITRI Ada DLM BAHASA MALAYSIA juga dalam BAHASA INGRIS, BAHASA YG ADA DLM MALAYSIA MCM BAHASA CHINA & TAMIL. Lagu Raya China pun sama Ada versi daripada BAHASA lain yg banyak diguna Di MALAYSIA supaya ORG MALAYSIA MAHIR BANYAK BAHASA jug a BAHASA TAMIL bila raya Depa boleh ada versi tetapi lagu yg digunakan Ada Unsur NASIHAT & Boleh diguna pakai dalam AGAMA lain & Bangsa lain. Maksudnya lagu tu UMUM . | Untuk makluman tuan, Khidmat Nasihat DBP menangani pertanyaan yang berkaitan dengan bidang bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa; kesusasteraan dan penerbitan. Sila kemukakan permohonan saudara kepada pihak yang berwenang dalam hal itu. | Lain-lain | 19.02.2015 |
Lieya Hassan Feb 9th, 5:26pm Adakah Sistem pemenggalan waktu yang dikeluarkan oleh DBP ini betul? (Sumber DBP) Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59 Petang -dari pukul 2.00 hingga 6.59 Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59 Tengah malam-dari pukul 12.00 hingga 12.59 Pagi -dari pukul 1.00 hingga 11.59 | Pemenggalan waktu ini betul. Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59 Petang -dari pukul 2.00 hingga 6.59 Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59 Tengah malam - dari pukul 12.00 hingga 12.59 Pagi -dari pukul 1.00 hingga 11.59 | Tatabahasa | 09.02.2015 |
Amir Imran Feb 27th, 5:07pm salam...saya ada satu soalan, apa perbezaan penggunaan E (emak) dan E (ekor), dan bagaimana untuk menentukan sebutan 'E' dalam satu perkataan? | Lihat pola keselarasan vokal bagi e (pepet) dan e (taling): e(p) - a, lekat e (p) - i, lebih e (p) - u, tempuh e(t) - a, petak e (t) - e (t), leceh e(t) - o, esok, selekoh, tempoh Semoga panduan ini dapat membantu tuan, selebihnya sila rujuk buku Tatabahasa Dewan atau maklumat dalam pangkalan data kami. | Tatabahasa | 27.02.2015 |
Chow Sheng Feb 27th, 2:50pm salam sejahtera ..bolehkah saya tanya soalan BM ? 1..sebuah impian / sebuah pengalaman betul atau salah? 2. harap jangan betul atau salah? thanks(^_^) | 1. Karya kreatif biasa menggunakan ungkapan sebuah impian dan sebuah pengalaman. Namun begitu dalam ungkapan umum, frasa yang betul ialah suatu impian dan suatu pengalaman. Soalan tuan yang kedua tidak jelas. Sila hubungi kami semula melalui domain "Khidmat Nasihat DBP" di laman web kami. | Tatabahasa | 27.02.2015 |
Sanusi Rifaie Feb 25th, 3:01pm Kenapa 'kambing hitam' ie 'black sheep' di maksudkan sebagai 'orang yg di persalahkan'? Itu 'scapegoat ' atau 'sacrificial lamb' dalam bahasa Inggeris. Black sheep atau kambing hitam adalah orang yang di pinggirkan atau discriminated . | Pada pandangan kami, kambing hitam bagi scapegoat telah ada dalam BM dan meluas penggunaannya. Walau bagaimanapun, bagi pengguna yang tahu simpulan bahasa blacksheep dalam BI tidak menggunakan kambing hitam untuk scapegoat (contoh: Kamus Oxford Fajar, KIMD, Istilah). Berdasarkan korpus dan kamus-kamus ekabahasa, kambing hitam (scapegoat) lebih banyak digunakan. Bentuk terbitan mengambinghitamkan juga sudah digunakan dengan meluas berbanding dgn kambing hitam (blacksheep). Istilah lempar salah yang dicadangkan bagi scapegoat hanya digunakan 7 kali daripada dua sumber sahaja dalam korpus DBP. Berdasarkan rujukan di atas, kambing hitam ada dua makna, iaitu makna scapegoat dan kata terbitan mengambinghitamkan, dan kedua makna untuk blacksheep. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.02.2015 |
Mohamed Ashik Feb 19th, 5:33pm Kehadapan Yang Berbahagia, Datuk Dr. Haji Awang bin Sariyan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Semoga mendapat Rahmah Allah dan sehat sejahtera. Tuan, Saya Mohamed Bin Ashik, mantan juruhebah, Penerbit Kanan dan Mantan Wartawan Penyiar Radio Warna Mediacorp Singapura. Saya telah menyiapkan rencana bertajuk ULASAN PANTUN dari muka 1 hingga 29 muka surat. Saya berhasrat untuk mencetaknya menjadi buku, di atas penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Saya harap dapat persetujuan Tuan yang sangat saya hormati. Terima Kaseh Tuan! Mohamed Bin Ashik Blok A, Pulau View Condo, Jalan Skudai, Johor Bahru. | Tuan yang dihormati, Kami menghargai hasrat tuan untuk menerbitkan karya tuan. Kami mencadangkan tuan berhubung terus dengan Ketua Bahagian Buku Sastera, YBhg. Datin Hajijah binti Jais di talian 03-21479434 atau e-mel hajijah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 19.02.2015 |
Faizol Azha Feb 18th, 7:23pm Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya berminat nak tahu sama ada DBP ada menerbitkan kamus/buku yg mengandungi perkataan yg hampir sama ejaan,bunyi dan maksud,tapi memiliki huruf ejaan berbeza... Contoh...Busuk,Buruk,Lupuk Hentak,Lantak,Sentak,Santak. Terima Kasih | Perkataan ygan sama ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya disebut homograf. Tidak ada terbitan khusus yang mengumpul semua kata-kata tersebut, melainkan senarai beberapa perkataan sebagai contoh sahaja. | Tatabahasa | 18.02.2015 |
Ween Zarul Feb 18th, 5:26am Saya ambil gambar ini di FB sepupu saya.... Cuba lihat simpulan bahasa menara gading.. Sungguh mengecewakan.... | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menara gading bermaksud keadaan atau kedudukan yang tersisih daripada keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yang dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (seperti universiti). Kontroversi makna simpulan bahasa menara gading yang disiarkan menerusi sebuah buku terbitan tempatan dipercayai merujuk kepada istilah Melayu lama. Simpulan bahasa itu pernah digunakan bagi merujuk payu dara pada zaman Hikayat Hang Tuah. Bagaimanapun, istilah itu tidak sesuai digunakan kini kerana menara gading merujuk kepada universiti. Pada zaman Hang Tuah, universiti belum wujud lagi. | Lain-lain | 25.02.2015 |