Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fé.de.ral] | فيدرل

Definisi : (féderal) IB yg bersekutu (negeri-negeri dll); kaum ~ orang yg menganut (menghendaki) faham negara yg berbentuk persekutuan; negara ~ negara yg dibentuk drpd negeri-negeri yg bersekutu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata federal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Maksud FELDA?FELDA akronim bagi Federal Land Development Authority (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan).Istilah23.01.2006
apakah penterjemahan bahasa melayu bagi nama-nama negara berikut: Czech Republic Faeroe Islands Federal Republic of Germany Perancis Gibraltar Grand Duchy of Luxembourg Greece Greenland Hungary Ireland Italy Kingdom of Belgium Kingdom of Denmark Kingdom of Norway Kingdom of Spain Kingdom of Sweden Kingdom of the Netherlands People's Republic of China Portuguese Republic Principality of Andorra Principality of Liechtenstein Republic of Austria Republic of Bulgaria Republic of Cyprus Republic of Estonia Republic of Finland Republic of Iceland Republic of Indonesia Republic Of Korea Republic of Latvia Republic of Lithuania Republic of Malta Republic of Poland Republic of San Marino Republic of Singapore Republic of Slovenia Romania Saint Pierre and Miquelon Slovak Republic State of Israel Swiss Confederation Ukraine United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland United States of America dan dimanakah sumber rujukan untuk penterjemahan nama negara yang tepat?

Penterjemahan bahasa Melayu bagi nama negara luar adalah seperti yang disenaraikan dalam Garis Panduan Penentuan Nama Geografi,Edisi Kedua, 2006 yang diterbitkan di Malaysia oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.

Penyemakan dan penterjemahan03.12.2014
assalamulaikum sy pelajar kolej mara seremban saya ad buat kajian tentang novel Alias Ali iaitu Krisis terbitan Federal Berhad....saya nk mendapatkan biografi pengarang Alias Ali dan Sinopsis novel ni..... terima kasih...

Waalaikumusalam wbk. Bagi mendapatkan biografi pengarang Alias Ali, sdr bolehlah mendapatkan/merujuk kepada buku Biografi Penulis WAJAH (Edisi Ketiga), terbitan DBP, 2005. Buku tersebut boleh dibeli di mana-mana kedai utama atau dirujuk di mana-mana perpustakaan utama di tempat sdr atau di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur. Tentang sinopsis novel Krisis karya penulis tersebut, sdr bolehlah merengkaskan ceritanya selepas karya tersebut dibaca.

Sekian dimaklumkan dan wassalam.

Lain-lain04.08.2010
Salam sejahtera, Adakah terjemahan berikut boleh digunakan? 1. Sherman Act -> Akta Sherman 2. Clayton Act -> Akta Clayton 3. Federal Trade Commission Act -> Akta Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan 4. Robinson-Patman Act -> Akta Robinson-Patman 5. Hart-Scott-Rodino Act -> Akta Hart-Scott-Rodino Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih. Padanan yang diberikan bersesuaian.Lain-lain14.01.2018
Salam, Saya cuba untuk mendapatkan beberapa definasi dalam konteks malaysia bertujuan untuk tujuan pembelajaran antaranya : 1. Malaysian government agencies 2. Badan-badan berkanun kerajaan (federal / state) 3. Syarikat berkaitan Malaysia (GLC) 4. perbadanan kemajuan ekonomi negeri kerjasama dari pihak tuan didahului dengan ribuan terima kasih.

Saudara boleh merujuk buku Malaysia Kita dan Who is who bagi tujuan tersebut di samping menghubungi Jabatan Perdana Menteri (MAMPU) dan melayari laman sesawang Perbadanan Kemajuan setiap negeri.

.

Lain-lain26.11.2008
Salam sejahtera, Maaf. Saya sudah membetulkan soalan saya. Sila tolong satu kali lagi. Bolehkah anda menasihati saya, dalam kamus2 Malay-Inggeris di pasaran, yang mana satu mempunyai paling banyak volcabularies. Pilihan kedua saya ialah kamus Malay-Cina. Sila berikan ISBN juga. Saya sedang mencari kamus supaya saya boleh mengetahui lebih banyak perkataan Melayu semasa menonton TV. Saya sedang mengguna kamus Malay-English-Cina dari Penerbit Fajar Bakti S/B, tetapi tidak mencukupi. Terima kasih. YeoSalah satu pilhan yang ada ialah Kamus Melayu Inggeris Dewan yang ada dijual di Kedai Buku DBP dan kedai-kedai buku lain. Berdasarkan semakan kami belum ada lagi kamus lengkap Melayu - Cina, kecuali Kamus Ringkas Bahasa Malaysia - Bahasa Cina yang diterbitkan Penerbitan Seni Hijau, 1996 dan Kamus Tiga Bahasa Federal: Bahasa Malaysia -Cina - Inggeris, terbitan Ferderal Publications Sd. Bhd., 1987. Walau bagaimanapun kamus ini agak sukar untuk diperoleh di pasaran.Lain-lain31.05.2016

Kembali ke atas