Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. (return of ) information about product etc , maklum balas; 2. (electr) suap balik. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata feedback


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dear Sir/Madam, Referring to my question on 1 July 2024, I have received your feedback on 4 July 2024. From your feedback, it seems like there should be attachment come together with your feedback. However, I could not find the attachment. I re-attach herewith our Word file, can you check whether the Malay text (Malay translation) is grammatically correct or not?Mohon lampirkan semula lampiran kerana tidak dapat dibuka dan sila gunakan bahasa Melayu bagi setiap pertanyaan dalam bahasa Melayu agar pihak kami dapat membantu menyelesaikan permasalahan dalam bahasa Melayu.Lain-lain04.07.2024
Assalamualaikum Saya ingin bertanya kepada tuan.. sekiranya saya ingin translatekan dalam bahasa feedback orientation = berorientasikan maklum balas atau orientasi maklum balas... seperti - pengurus menggalakkan pembelajaran berorientasikan maklum balas. Terima kasihBerdasarkan ayat yang diberikan, terjemahan yang dicadangkan ialah berorientasikan maklum balas.Penyemakan dan penterjemahan20.03.2016
Saya dari syarikat HNHygiene&Services. Ingin bertanya berkenaan permohonan untuk mendapatkan sijil bagi signboard kedai saya. Kenapa tiada sebarang feedback lagi dari pihak dbp ye? Hampir sebulan kami menunggu. Harap permohonan diluluskan.Untuk makluman tuan, setiap permohonan yang dikemukakan kepada dan telah dibuat bayaran akan diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.  Kami tidak dapat menghubungi pihak tuan kerana nombor telefon yang didaftarkan tidak lengkap. Mohon kerjasama tuan menghubungi kami melalui talian 03-21479400/9691/9398 dan kami akan membantu tuan dengan kadar yang segera.Lain-lain22.08.2017
Saya ada memohon pengesahan pada 16/12/2014 @ 11:50 pm, tetapi sampai hari ini pun tak dapat apa apa feedback dari pihak tuan / tuan. No. pendaftaran ialah : 32033/2014 Boleh tak tolong semak status dia macam mana? Thank You.Permohonan tuan telah disemak.Lain-lain18.12.2014
SALAM BAHAGIA, SAYA PN ARUNA INGIN TAHU SAMADA TERDAPAT SEBARANG PEKERJAAN SECARA FREELANCE DALAM BIDANG PENTERJEMAHAN. SAYA ADALAH SEORANG SURIRUMAH DAN PERNAH BEKERJA SEBAGAI SEORANG PENYUNTING DI BERNAMA SELAMA 5 TAHUN. SAYA AMAT ALU-ALUKAN FEEDBACK TUAN. TERIMA KASIH

Sekiranya sdr. berminat untuk menjadi penterjemah, sila hubungi Institut Terjemahan Negara, no. tel. 03-41497210 atau Persatuan Penterjemah Malaysia, no. tel. 03-21424381.

Lain-lain27.06.2009
Berikut adalah beberapa soalan berdasarkan konteks IT: 1) Apakah istilah BM yang sesua untuk "solution aggregator" (seperti Microsoft Solution Aggregato)? Patutkah saya guna penggabung penyelesaian, agregator penyelesaian, atau ??? 2) Apakah istilah yang sesuai untuk Edge Computing dan Enterprise Computing? Betulkah kalau saya guna Pengkomputeran Pinggiran dan Pengkomputeran Perusahaan? Adakah istilah yang lebih tepat? 3) Apa pula istilah BM untuk "edge-to-enterprise solution"? Ayat lengkap: We are now better abled to deliver edge-to-enterprise solutions that drive digital transformation across every industry. 4) Dalam contoh ayat BI di atas, adakah betul terjemahan "across every industry" = "di setiap industri"? 5) Betulkah kalau saya terjemahkan "billions of connected things" (dalam konteks Microsoft Internet of Things) sebagai "berbilion benda-benda yang berhubung"? 6) Apakah istilah BM yang sesuai untuk feedback loops, seperti dlm contoh ayat "Microsot IoT systems of intelligence enables these feedback loops". Betulkah kalau saya terjemahkan seperti berikut: "Sistem kepintaran Microsoft IoT membolehkan gelung maklum balas ini terbentuk." 7) Dalam contoh ayat di atas, adakah perkataan gelung atau kitaran lebih sesuai? Terima kasih!1) Untuk  makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk bagi istilah yang diberikan. Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah:
 
solution aggregator - penggabungan penyelesaian
Edge Computing - pengkomputeran pinggir
Enterprise Computing - pengkomputeran perusahaan.
edge-to-enterprise solution - Penyelesaian Perusahaan Pinggir
across every industry - Melangkaui setiap Industri
billions of connected things - Berbilion benda yang berkait
feedback loops - gelung maklum balas balas atau gelung suap balik

Untuk pertanyaan istilah yang lebih terperinci, tuan/ puan boleh berhubung dengan bahagian Peristilahan.  Jawapan kemungkinan mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel.  Untuk makluman, DBP tidak membuat kerja-kerja penterjemahan.  Untuk soalan terjemahan akan datang saudara boleh bertanya kepada Persatuan Penterjemah Malaysia (03-21442506/21424381) atau kepada ITBM, iaitu Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, (03-41451800)



Makna23.10.2017

Kembali ke atas