| TERJEMAHAN 'FELLOW' DI DALAM BAHASA MALAYSIA | Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 16.03.2010 |
| Tajuk acara yang bakal dilangsungkan adalah Fellow INTAN 2011. Kami dimaklumkan bahawa FELO INTAN 2011 adalah terjemahan ke bahasa Malaysia. Mohon pengesahan FELO tersebut. Sekian terima kasih. | Dalam Glosari Pendidikan padanan Fellow ialah Felow (dieja mengikut bentuk visual). Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Istilah | 09.11.2011 |
| salam, saya masih keliru.apakah maksud "felo" dan ejaan sebenarnya? | Dalam Glosari Pendidikan padanan Fellow ialah Felow (dieja mengikut bentuk visual). | Istilah | 05.03.2012 |
| salam, boleh sy tanya.. apa maksud "Felo-felo"? adakah ejaan ini tepat? | Istilah yang betul islah felow, iaitu padanan daripada fellow. Istilah felow tidak perlu dijamakkan kerana felow boleh bermaksud tunggal atau ramai bergantung pada konteks ayat yang digunakan. | Istilah | 24.02.2012 |
| masih keliru penggunaan 1. Felo kehormat atau felow kehormat 2. Felow penyelidik atau felo penyelidik mohon pencerahan. terima kasih. | Jawapan yang betul ialah ‘felow penyelidik’. ‘Felow’ daripada perkataan ‘fellow’ yang bermaksud ahli sesuatu institusi sama ada akademik atau profesional. | Ejaan | 03.10.2018 |
| Salam sejahtera. Bolehkah saya hendak minta cadangan padanan istilah untuk perkataan "dying god" ke dalam bahasa Melayu? Adakah sesuai jika saya terjemahkan menjadi "dewa kematian" atau "dewa sudah luput"? Menurut maklumat Wikipedia, defisini dying god ialah: "The term "dying god" is associated with the works of James Frazer, Jane Ellen Harrison, and their fellow Cambridge Ritualists. At the end of the 19th century, in their The Golden Bough and Prolegomena to the Study of Greek Religion, Frazer and Harrison argued that all myths are echoes of rituals, and that all rituals have as their primordial purpose the manipulation of natural phenomena." | Cadangan terjemahan bagi dying god ialah kematian dewa atau dewa yang mati. Walau bagaimanapun, cadangan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian konsep dan penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 20.04.2021 |