Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata felow


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
masih keliru penggunaan 1. Felo kehormat atau felow kehormat 2. Felow penyelidik atau felo penyelidik mohon pencerahan. terima kasih.Jawapan yang betul ialah ‘felow penyelidik’.  ‘Felow’ daripada perkataan ‘fellow’ yang bermaksud ahli sesuatu institusi sama ada akademik atau profesional.Ejaan03.10.2018
salam, boleh sy tanya.. apa maksud "Felo-felo"? adakah ejaan ini tepat?Istilah yang betul islah felow, iaitu padanan daripada fellow. Istilah felow tidak perlu dijamakkan kerana felow boleh bermaksud tunggal atau ramai bergantung pada konteks ayat yang digunakan.Istilah24.02.2012
Mohon menyemak penggunaan ejaan sama ada Felo atau Felow Ia berkaitan dengan penyelidik terima kasih.
Menurut data kami, ejaan yang betul ialah felow yang bermaksud ahli sesuatu institusi sama ada akademik atau profesional.
Ejaan03.10.2018
salam, saya masih keliru.apakah maksud "felo" dan ejaan sebenarnya?Dalam Glosari Pendidikan padanan Fellow ialah Felow (dieja mengikut bentuk visual).Istilah05.03.2012
Tajuk acara yang bakal dilangsungkan adalah Fellow INTAN 2011. Kami dimaklumkan bahawa FELO INTAN 2011 adalah terjemahan ke bahasa Malaysia. Mohon pengesahan FELO tersebut. Sekian terima kasih.Dalam Glosari Pendidikan padanan Fellow ialah Felow (dieja mengikut bentuk visual). Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Istilah09.11.2011
salam/selamat sejahtera. saya ingin bertanyakan apakah yang dimaksudkan dengan fellowship dalam bahasa melayu.Apakah fungsi penggunaan bahasa tersebut dalam bidang pendidikansalam/selamat sejahtera. saya ingin bertanyakan apakah yang dimaksudkan dengan fellowship dalam bahasa melayu.Apakah fungsi penggunaan bahasa tersebut dalam bidang pendidikan
Fellowship mempunyai empat makna iaitu,  1. persahabatan;
2.  perkumpulan; 3. dieja (felow) merupakan ahli sesuatu akademik (kolej atau universiti) atau institusi 4. biasiswa. Soalan kaitan antara bahasa tersebut dengan bidang pendidikan tidak jelas, namun makna ketiga dan keempat boleh dikaitan dengan bidang pendidikan.
Makna17.12.2013
Saya Ingin bertanyakan penggunan kata "Fellowship" adakah boleh digunakan di dalam bahasa melayu atau terdapat penggunaan kata yang lebih sesuai. Ayat penggunaan: Anugerah Fellowship Naib Canselor
Perkataan fellowship mempunyai empat makna iaitu, 1. persahabatan; 2.  perkumpulan; 3. dieja (felow) merupakan ahli sesuatu akademik (kolej atau universiti) atau institusi 4. biasiswa. Bagi padanan perkataan fellowship dalam nama “Anugerah Fellowship Naib Canselor” boleh dipilih antara empat makna yang diberikan bergantung pada tujuan pemberian anugerah berkenaan.  Atau anda juga boleh memberikan konsep anugerah tersebut kepada DBP untuk cadangan padanan yang bersesuaian.
Makna20.04.2017

Kembali ke atas