Salam, Saya ingin mendapatkan huraian bagi kemusykilan2 di bawah ini: 1) Kalau 'Hooray' diterjemahkan dalam bahasa Melayu menjadi 'Hore', bagaimana pula dengan 'Yay' yang menunjukkan reaksi gembira? 2) Perkataan 'teruja' atau 'ghairah' boleh digunakan untuk menunjukkan perasaan 'excited'. Jikalau ayat Inggeris berbunyi 'I felt so excited', apakah ayat bahasa Melayunya jikalau saya hendak menggunakan perkataan ghairah? Adakah 'Saya berasa ghairah' mencukupi? Pada pendapat saya, perlu diperluaskan ayat tersebut, menjelaskan kenapa ada perasaan sedemikian. Terima kasih kerana menyediakan wadah sebegini. Sekian, terima kasih. | 1. Perkataan "Yay" tidak terdapat dalam pangkalan data kami kerana perkataan ini merupakan perkataan bahasa Inggeris untuk menggambarkan perasaan gembira. Perkataan ini boleh ditukar kepada "yei" dalam bahasa Melayu dan hanya digunakan dalam bahasa percakapan. 2. Ayat "Saya berasa ghairah" dan "Saya berasa teruja" boleh digunakan. Walau bagaimanapun, pemilihan perkataan yang sesuai, sama ada "ghairah" atau "teruja" bergantung pada konteks penggunaan ayat tersebut. | Ejaan | 21.08.2013 |
tuan/puan/cik, Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut perkataan 'transportation' yang sesuai dengan ayat "Transportation into a narrative refers to the process by which an individual becomes immersed into a story, losing track of the real world as he or she experiences the unfolding events in the story (Gerrig, 1993; Green & Brock, 2000). Transportation is measured by asking viewers about the extent to which they forgot about their surroundings while viewing and felt present in the mediated environment they were viewing (Green & Brock, 2000)". Harap pihak DBP dapat membantu saya..Ini kerana makna sebenar 'pengangkutan' daripada transportation dilihat tidak sesuai dengan ayat tersebut. Terima kasih atas bantuan DBP. | Puan Suraini, Dalam konteks ini padanan yang sesuai bagi perkataan transportation ialah 'penghayatan', dalam erti kata yang lain pembaca atau penonton akan berasa seolah-olah mengalami peristiwa yang diceritakan. | Istilah | 29.06.2010 |
APAKAH MAKSUD INTEGRITI? | Puan Normazidlan, Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna perkataan integriti ialah 1. kejujuran: mencemarkan nama baik dan ~ jabatan; 2. keadaan sempurna dan utuh, keutuhan; Mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan integriti bermakna 1. quality of being honest and upright, integriti: he felt that his ~ had been impugned, dia berasa bahawa integritinya dipersoalkan; a man of ~, orang yg mempunyai integriti; 2. completeness, keutuhan: border clashes that threatened the territorial ~ of neighbouring countries, pertempuran sempadan yg mengancam keutuhan wilayah negara jiran; the cultural ~ of a race, keutuhan kebudayaan sst bangsa. | Makna | 09.07.2009 |